2 Modul SmartStudy Licensed Trainer

2 Modul SmartStudy Licensed Trainer akan dibuka.

Pada hari Isnin 24 Disember ini, kami akan buka jualan Pelesenan Modul bagi 2 modul SmartStudy:

1. SmartStudy Memory Master – Modul 2 jam
2. SmartStudy Quick Learner Strategies – Modul 6 jam

Modul Memory Master
================
Modul 2 jam ini menerangkan kepada pelajar tentang 7 Rahsia Tidak Lupa Apa Yang Cikgu Ajar Dalam Kelas. Bunyinya mudah tetapi di dalamnya ada beberapa teknik memori yang sangat asas dan penting untuk pelajar kuasai.

Modul ini juga akan membuat pelajar faham mengapa mereka SANGAT MUDAH LUPA apa yang telah mereka pelajari dalam kelas selama ini. Berita baiknya pula, masalah mudah lupa itu boleh diatasi melalui modul ini.

Modul Quick Learner Strategies
=======================
Modul 6 jam ini adalah gabungan 3 modul besar SmartStudy:

1. Memory Master
2. Speed Reading
3. Study Group

Modul Memory Master adalah sama seperti modul 2 jam di atas. Modul ini ditambah dengan 2 modul SmartStudy yang banyak mendapat permintaan terutamanya di sekolah berasrama penuh.

Modul Speed Reading akan mengajar pelajar bagaimana mereka boleh meningkatkan kepantasan mereka membaca sekurang-kurangnya 3-5 kali ganda lebih laju daripada biasa.

Semua pelajar tahu bahawa membaca adalah sebahagian daripada proses besar untuk belajar dan skor A dalam peperiksaan.

Apabila pelajar mempunyai keupayaan untuk membaca dengan lebih laju, mereka boleh belajar dengan lebih cepat dan dengan lebih berkesan.

Modul Study Group pula mengajar pelajar bagaimana caranya untuk belajar dan bekerjasama dalam kumpulan. Pelajar boleh belajar dengan berkesan seorang diri.

Namun jika mereka tahu rahsia dan strategi belajar dalam kumpulan yang berkesan, proses belajar akan jadi jauh lebih berkesan dan menyeronokkan.

Yang Mana Pilihan Anda?
==================

Modul 2 jam atau 6 jam? Terpulang.

Jika anda berminat untuk turut sama maju bersama kekuatan jenama SmartStudy, anda boleh memilih mana-mana modul pilihan anda.

Ada antara SmartStudy Licensed Trainer kami yang sudah memiliki modul Memory Master, sudah memesan untuk memiliki tambahan modul dalam Quick Learner Strategies.

Apa yang penting, beli dan gunakan modul ini untuk meluaskan program kendalian anda dan tambahkan pendapatan anda bermula tahun 2019 ini.

Isnin, 24 Disember 2018
===================

Nantikan peluang terbaru untuk menjadi SmartStudy Licensed Trainer pada hari Isnin 24 Disember 2018 ini, modul 1 hari, SmartStudy Quick Learner Strategies dan Modul 2 jam SmartStudy Memory Master.

Saya akan berikan link untuk mendapatkan 2 modul itu pada tarikh tersebut.

Maju Bersama Kekuatan Jenama SmartStudy!

Comments are closed.