29 Oct 2007

All posts from 29 Oct 2007

Wealth Summit di Hotel Cititel MidValley Megamall

Osman AffanSabtu lalu saya bersama Azizi Ali dan 3 lagi penulis buku True Wealth Sdn Bhd menjayakan satu program keusahawanan yang dinamakan Wealth Summit. Program ini mendedahkan beberapa cabang keusahawanan yang bakal disampaikan oleh 5 penceramah utama iaitu Azizi Ali, Eruwan Gerry Norsen, Irwan Dahnil, Zamri Nanyan dan saya sendiri.
Hari ini merupakan satu hari yang saya nanti-nantikan. Selain daripada dapat berkongsi pengalaman dan tips mengenai keusahawanan internet, saya sendiri dapat belajar banyak perkara baru melalui 4 lagi penceramah lain.
Program ini bermula dengan ucapan pembukaan daripada Abang Azizi Ali dan beliau meneruskan ceramah beliau dalam sesi ceramah yang pertama. Dalam pembentangan beliau, peserta diberi pendedahan tentang ciri-ciri perniagaan idaman yang patut diambil kira oleh usahawan-usahawan sedia ada ataupun individu yang baru mahu menceburi bidang keusahawanan.
Saya merupakan penceramah pada sesi kedua. Di dalam sesi saya, disamping menerangkan 3 langkah menjual produk atau perkhidmatan di internet, saya menerangkan tentang ciri-ciri terpenting untuk memastikan apa yang usahawan lakukan akan kekal, terus maju dan terus berjaya. Selepas itu, saya berpeluang mendengar ceramah daripada Eruwan Gerry Norsen mengenai Lelong.com.my, daripada Irwan Dahnil mengenai peluang menjana wang melalui perniagaan sms dan seterusnya Zamri Nanyan mengenai perniagaan mlm melalui internet.
Semua penceramah mempunyai cara mereka yang tersendiri. Walaupun saya sudah berpengalaman mengendalikan berpuluh-puluh malah beratus ceramah atau training, masih banyak lagi dapat saya pelajari melalui penceramah-penceramah ini semua.
Jika anda ingin tahu, banyak perkara yang anda boleh pelajari daripada para usahawan. Saya sendiri banyak gunakan tips-tips keusahwanan dalam mengendalikan program-program motivasi dan kemahiran belajar. Usahawan adalah golongan yang perlu bekerja keras demi memastikan periuk nasi mereka sentiasa berisi. Jika mereka malas, tidak bersemangat dan tidak mahu belajar sesuatu yang baru, mereka akan jauh ketinggalan.
Ketika saya buat keputusan untuk berhenti kerja sebagai auditor pada tahun 2002 dahulu, saya hadapi banyak kesukaran dan cabaran hidup.
Ketika itu, sesuatu yang selalu membantu saya meneruskan perjuangan ialah buku-buku motivasi dan keusahawanan? yang saya baca.Buku-buku itu bukan sahaja memberi teknik dan tips yang berguna, malah buku itu semua seolah-olah memberi kekuatan dan keyakinan kepada diri saya bahawa satu hari nanti saya akan berjaya.
Jika anda sebagai seorang pekerja atau pelajar, menggunakan buku-buku dan tips-tips yang digunakan oleh para usahawan pasti akan dapat membantu anda.
Satu perkara lagi yang dapat saya saksikan disini ialah kesungguhan dan keinginan para peserta untuk mempelajari sesuatu yang baru. Ada peserta yang datang daripada Kelantan, Terengganu dan juga Sabah!.
Bayangkan betapa jauhnya mereka sanggup mengembara demi mencari ilmu. Bayangkan juga orang-orang yang tidak berjaya yang asyik merungut tentang banyak perkara. Kalau kursus bukan ditempat mereka, mereka akan kata terlalu jauh, bila kursus perlu dibayar, mereka akan kata terlalu mahal, dan bila kursus agak padat dengan ilmu, mereka akan kata terlalu memeningkan kepala.
Anda perlu contohi bakal-bakal usahawan yang bersemangat untuk terus berusaha ini kerana orang-orang yang selalu merungut dan mencari alasan pasti tidak akan mencapai kejayaan yang mereka harap-harapkan.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai program ini. Saya percaya sedikit sebanyak maklumat yang telah dikongsikan pasti akan memberi manfaat kepada anda semua. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew True Wealth Sdn Bhd di atas layanan baik dan istimewa yang saya dan penceramah lain terima sepanjang program ini dijalankan.
Insyaallah kaalau ada rezeki, mungkin program begini boleh dijalankan lagi agar lebih ramai peserta mendapat manfaat daripadanya.

read more
Osman AffanWealth Summit di Hotel Cititel MidValley Megamall