3 dalam 1

Semalam, hampir sepanjang hari, saya memegang peranan sebagai Designer, Copywriter & Web Developer. Bermula jam 12 tengahari hingga 5.15 petang (campur tolak rehat, termenung, intai youtube & facebook, makan minum, solat dsb…), melekat saya depan laptop membina page untuk Bengkel PowerSlides Presentation.

Bila sudah siap, nampak macam simple sahaja. Tapi kalau difikirkan prosesnya, memang sangat memeningkan kepala terutamanya bila difikirkan apa yang mahu DITULIS dan imej apa yang mahu DIPAPARKAN.

Alhamdulillah, sudah siap. Mungkin ini fasa pertama. Daripada semasa ke semasa akan ditambah lagi dengan maklumat yang terbaru.

Kerja jadi lebih mudah juga apabila mendapat bantuan Tim Internet dan teknikal kami Tuan Azlan Idris. Bila sangkut bab coding atau teknikal berkenaan website, kena minta bantuan beliau.

Boleh lihat hasil kerja saya semalam di sini:

http://www.osmanaffan.com/powerslides-presentation-skills/

Comments are closed.