3 Rahsia keyakinan diri – Rahsia 3.3

3 Rahsia keyakinan diri – Rahsia 3.3

Bermula 19 Februari,  saya ada tulis mengenai 3 rahsia keyakinan diri. Lama sungguh tulisan saya ini tertunda. Namun yang tertunda hanyalah bahagian akhir sahaja (posting terakhir rahsia keyakinan diri ialah pada 7 Mac 2008. Jika anda rujuk semula tulisan saya, dalam rahsia ke-3 saya ada berikan 3 soalan:

  1. Keyakinan diriJika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain, siapakah yang anda mahu jadi?
  2. Semasa anda menatap wajah anda di dalam cermin setiap pagi atau setiap kali, adakah anda suka apa yang anda lihat?
  3. Selama ini, apabila anda melihat kehebatan orang lain, adakah anda mula merasa rendah diri?  

Saya sudah berikan penjelasan untuk soalan pertama dan kedua. Kini giliran soalan ketiga pula. Adakah anda mudah merasa rendah diri apabila melihat kehebatan orang lain atau apabila anda berada bersama orang-orang yang hebat? Berdasarkan pengalaman saya, merasa rendah diri apabila melihat kehebatan orang lain adalah satu perkara yang biasa berlaku. Jika saya jalankan program-program untuk pelajar universiti, saya pasti tanya sama ada para pelajar ada merasa yang diri mereka kurang bijak dan pandai berbanding kawan-kawan mereka. Majoriti pelajar akan mengaku merasa demikian.
Ini nasihat saya.  Nasihat ini ialah nasihat yang saya amalkan apabila saya mula merasa rendah diri semasa melihat kehebatan orang lain. Begini. Apabila anda melihat kehebatan seseorang

  • Pertama, kagumi kehebatan mereka. Jangan rasa marah, benci atau cemburu. Jika anda benci pencuri, adakah anda mahu jadi pencuri? Tidak bukan? Jika anda benci orang biadab, adakah anda mahu jadi biadab? Tentu tidak Keyakinan dirijuga bukan? Sama juga. Jika anda benci orang yang hebat dan cemerlang, secara tidak sedar anda mendidik diri anda untuk bencikan kehebatan dan kecemerlangan. Akibatnya, anda tidak jadi hebat seperti mereka.
  • Kedua, kata dalam hati, “hebatnya awak ni! Bagus, saya juga akan jadi hebat macam awak tak lama lagi. Orang lain pun akan rasa macam apa saya rasa sekarang setiap kali melihat saya.”
  • Ketiga, bayangkan diri anda hebat seperti orang tersebut. Bayangkan bagaimana cara anda bercakap, berjalan, duduk, bekerja dan sebagainya jika anda sehebat mereka.

Aktiviti ini semua bukan sahaja akan mengurangkan rasa rendah diri kita malah ia akan meningkatkan lagi semangat kita untuk berjaya. Jika anda kurang yakin dengan teknik ini (hehe, kurang yakin dengan teknik keyakinan diri…. macam kelakar pula bunyinya..) apa kata anda cuba sahaja. Lihat apa kesannya kepada keyakinan diri anda.
Selamat mencuba! 🙂

Comments are closed.