3 Sumber keyakinan diri – Sumber 2.1

3 Sumber keyakinan diri – Sumber 2.1

Sedarkah anda bahawa apabila kita merasa rendah diri, kita akan terlupa sebenarnya ada ramai orang yang menyokong kita dan ada ramai orang yang sebenarnya kagum dengan kehebatan kita.
Keyakinan diriAda masanya, kita tidak pandai dalam sesuatu bidang dan kita rasa rendah diri. Contohnya kita tidak pandai dalam bidang akademik lalu rasa rendah diri terutamanya bila berada diantara kawan-kawan yang cemerlang akademiknya. Tetapi tahukah kita bahawa kita mungkin ada kehebatan lain yang kawan-kawan kita tadi tidak ada? Mungkin kita pandai bersukan? Mungkin kita pandai berkawan atau pandai bergaya? Itu semua adalah sesuatu yang patut kita banggakan dan patut rasa yakin dengan diri kita sendiri.
Kita perlu tahu, kita mungkin tidak akan hebat dalam semua bidang. Takkanlah kita nak buat semua perkara di dunia ini. Perkara yang kita tak berapa pandai, biarkan orang lain yang buat. Bagi saya sendiri, saya rasa saya yakin dan cekap dalam teknik belajar. Tetapi bila saya balik ke rumah dan ada kerosakan elektrik, saya angkat tangan (menyerah kalah)ย dan panggil juru elektrik untuk membaikinya. Perlukah saya rasa rendah diri apabila juru elektrik itu keyakinan diridatang ke rumah saya? Perlukan saya bersedih kerana saya tidak pandai membaiki kerosakan itu sendiri? Tentu tidak bukan?
Mesejnya di sini ialah, kita ada kelebihan dan kekuatan kita tersendiri. Jangan biarkan kekuatan orang lain membuat kita rasa rendah diri. Jadi, setiap kali kita rasa rendah diri apabila melihat kehebatan orang lain, fikirkan tentang kehebatan kita sendiri. Tetapi dalam masa yang sama, buat keputusan sama ada kita mahu miliki kehebatan seperti orang tadi atau tidak. Contohnya, jika ada kawan pandai main catur dan kita tidak, jangan rasa rendah diri dan fikirkan tentang satu perkara di mana kita lebih hebat daripada kawan tadi. Kemudian, fikirkan, adakah kita mahu jadi pandai main catur? Kalau mahu, fikirkan begini, ‘kalau aku belajar betul-betul permainan ni, aku pun akan jadi sehebat dia’. Insyaallah perasaan rendah diri itu tidak akan mengganggu.
Selamat meningkatkan keyakinan diri. ๐Ÿ™‚

No Comments

  • mira says:

    salam..
    memeng setiap orang ada kelebihan,tapi sya kurang bersetuju kalau kita nak bangga kerana kita berkelabihan dalam sukan tapi dalam pelajaran tidak. yang memandang kita ke arah masa depan ada akademik kita sendiri bukan sukan,so ape yang nak di bangga sanagt degan kepandaian sukan itu.sedangkan akedemik la yang akan membuat oarng berbangga degan kita dan membuakan kita rasa yakin kerana ada orang yang memandang kita dengan kepandaian kita. saya rasa malu saya hebat dalam sukan sampai peringkat negeri saya pergi dalam sukan.tapi tak ada orang yang memandang sukan tu perkara yang memberi kajayan.saya kurang dalam akedemik.saya xpenah dapat a dalam peperiksaan. orang sekeliling pandang saya ni adalah seoarng yang lembab belajar. sampai sekarang saya cuba improve diri saya tapi saya perlukan dorongan yang akan menaikkan semangat saya untuk terus berjaya dalam apa jua.

Leave a Comment