7 Petua Pandai Bahasa Inggeris – Kesimpulan

Alhamdulillah, saya telah berjaya menulis 7 petua untuk cepat pandai dalam Bahasa Inggeris untuk anda dan untuk diri saya sendiri. Mungkin ada diantara anda yang terfikir, pentingkah petua ini semua? Hmmm…. Di dalam dunia ini, anda boleh pelajari apa sahaja. Tetapi anda ada pilihan sama ada mahu belajar dengan cepat atau mahu belajar dengan lambat.
Belajar dengan lambat ialah apabila anda tidak mengikut panduan yang diberikan. Anda gunakan teknik cuba dan gagal. Maksudnya, anda terus mencuba hingga anda dapat cara yang betul. Sayangnya, cara ini tidak cukup pantas dan kadangkala boleh membuat anda putus-asa.
Belajar dengan cepat ialah belajar dengan menggunakan teknik dan panduan dan betul. 7 Petua ini ialah teknik dan panduan. Jika anda lakukan betul-betul, jangan terkejut jika anda boleh bertutur dengan fasih dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan sangat baik dalam masa kurang 6 bulan. Jadi, sekali lagi saya tuliskan 7 petua ini untuk anda:

  • Petua 1 – Kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda.
  • Petua 2 – Kuasai perbendaharaan kata.
  • Petua 3 – Kuasai Tatabahasa Bahasa Inggeris.
  • Petua 4 – Fikir dalam Bahasa Inggeris.
  • Petua 5 – Tulis diari dalam Bahasa Inggeris.
  • Petua 6 – Cari kawan pandai Bahasa Inggeris dan kawan yang mahu pandai Bahasa Inggeris.
  • Petua 7 – Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian.

Semoga petua ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda. Saya ucapkan selamat berjaya! 🙂

Comments are closed.