7 Petua Pandai Bahasa Inggeris – Petua 2.1

0

Seperti yang saya nyatakan semalam, untuk menguasai bahasa Inggeris, anda mesti menguasai perbendaharaan katanya. Anda mesti tahu apa perkataan-perkataan berkenaan yang anda mahu sebut. Satu cara paling cepat untuk anda menghafal sebanyak mungkin perbendaharaan kata ialah dengan menulis maksud-maksud perkataan bahasa Inggeris ke dalam satu buku khas.

Begini. Semasa saya membuat persediaan untuk belajar ke United Kingdom di PP ITM Shah Alam pada tahun 1994-1996, tahap penguasaan bahasa Inggeris saya masih agak lemah. Saya sebenarnya lebih cemerlang dalam subjek Bahasa Arab semasa di tingkatan lima. Jadi, saya fikir semula apa yang menyebabkan saya dapat menguasai bahasa Arab lebih cepat. Caranya ialah saya ada satu buku khas yang saya tulis maksud-maksud perkataan bahasa Arab. Bagaimana cara menulisnya?

Katakan anda membaca apa-apa bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, anda mungkin akan terjumpa mana-mana perkataan yang anda tidak faham. Apa patut anda lakukan? Ya, rujuk kamus. Selalunya, apa yang pelajar lakukan ialah mereka akan tulis maksud perkataan tersebut di atas bahan bacaan tadi. Maksudnya, jika mereka ada buku cerita bahasa Inggeris, buku itu akan dipenuhi dengan tulisan-tulisan maksud perkataan yang mereka tidak faham. Cara ini tidak berkesan untuk membuat anda hafal perkataan bahasa Inggeris dengan cepat. Mengapa?

Pertama, buku atau bahan bacaan itu akan hilang dan tidak selalu bersama anda. Kedua, apabila maksudnya sudah ada di situ, anda tidak akan mengeluarkan sebarang usaha untuk mengingat maksud tersebut. Anda akan hanya bergantung kepada buku yang sudah ditulis terjemahannya. Jadi, hentikan tabiat begini.

Ini cara yang betul. Ambil satu buku khas, jika boleh, buku berkulit tebal supaya ia lebih tahan. Setiap kali anda jumpa perkataan yang anda tidak tahu maksudnya, rujuk kamus dan tuliskan di dalam buku khas ini tadi. Tulis

  1. Perkataan itu
  2. Maksudnya (menggunakan bahasa inggeris atau bahasa Melayu)
  3. Contoh dalam ayat. (Salin satu contoh ayat. Tidak ada gunanya tahu maksud sesuatu perkataan tetapi tidak tahu bagaimana cara menggunakannya.)

Langkah ketiga itu penting. Anda perlu tahu bagaimana ia digunakan dalam ayat. Contohnya, katakan anda orang asing yang sedang belajar bahasa Melayu. Kemudian anda terjumpa perkataan ‘cekik darah’ dan anda tahu maksudnya iaitu mengenakan harga yang terlau tinggi hingga menganiayai orang lain. Jadi anda buat ayat begini, “Ali cekik darah orang kampung kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula”. Adakah betul ayat itu? Tidak bukan? Ayat yang sepatutnya,”Ali dikatakan cekik darah kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula.

Praktikkan teknik ini. Jika ia sukar, fikir kembali, andamahu menguasai bahasa ini atau tidak? :)

Comments

  • AzamWahid

    Hi semua. :)

    hajimemashite pada yang baru berkenalan… :)

    thanks a lot Sifu. this technic is brilliant! (juga teknik semalam)

    saya ternanti-nanti apakah lagi teknik yang berkaitan dengan poin 2 ini.

    tindakan adalah kunci bagi segala petua dan rahsia (ilmu-ilmu), ya tak Sifu. :)

    esok, saya akan sediakan 7 buku log khas. masing-masing akan saya kategorikan pada setiap bahasa yang ingin saya kuasai. (melayu, inggeris, arab, cina, hindi, jepun, france) dan saya akan mula praktiknya sebaik mungkin.

    again, thanks a lot Sifu.

    p/s: kepada rakan-rakan yang lain, cara saya (untuk menguasai 7 bahasa) adalah tergolong dalam usaha yang ekstrem – tapi tidak mustahil -. bagi yang lain, fokuskan kepada satu bahasa. step by step. and… ganbante all! :D

    = AzamWahid@yahoo.com =

  • Terima kasih sdr Osman kerana mengingatkan saya kembali tentang teknik ini. Dulu selalu guna, tetapi sekarang sudah seperti melupakan teknik ini.

    InsyaAllah saya akan mulakannya semula.

  • Azam, selamat berjaya!

    Azree, biasa la kalau lupa. Saya bila nak cerita tentang teknik ni baru teringat balik tentang teknik-teknik yang pernah digunakan dulu. Selamat bermula kembali. :)

  • man

    Thanks..all the best

  • ok TQ

  • laila

    i baru tringt teknik2 dulu

  • Ailosin

    tq kepada semua kawan-kawan…

  • nanie

    thank you…

  • adik

    thanks… baru teringat teknik nie..huhu…

  • farhan

    ha…jumpe pn tknik b.inggeris

  • adeq iman

    msih tk phamlh nk bt cm mne karangan b.inggeris…please,help me sir…

  • me to

  • nabeela

    thanx prof…
    teknik tu sungguh berkesan…

  • fauzi

    hai …sya nk ckp klau bleh buat dalam bentuk point.

  • amirah

    plesz help me..sy ssh tol nk phm bi..mcm ner sy nk wat?sy cbe bce srt khbr bi tp ttp sy ssh nk phm..ape prlu sy buat

  • Tips Belajar Bahasa Inggeris dengan berkesan

    1. Never Study A Single English Word
    That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.
    2. Never Study Grammar
    Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!
    3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
    Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.
    4. Slow, Deep Learning Is Best
    Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.
    5. Use Point Of View Mini-Stories
    You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.
    6. Only Use Real English Lessons & Materials
    How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.
    7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
    Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.

    The 2 Big Secrets to Confident English Speaking
    Click here to view more details

  • nadia

    hye……
    sye owg bru kt sini…
    so, clmt brkenaln r…
    sye hrp sngt anda sume dpt mmbntu sye dlm mmpertingkatkn kualiti bhase inggeris sye..
    TQ ^_^

  • aRe

    Thanks atas petua itu….sy brhrap lpas niy sy smkin mahir dlm b.inggeris….stakat niy bhasa inggeris sy cngt lmh…hingga dmarahi oleh ckgu…

  • nabilah

    saya memang lemah bahasa inggeris cakap pun sikit2 tapi saya cuba laaa dulu cara ini mana tau berkesan amin

  • palmoleo

    membaca jambatan ilmu
    kurang baca jadi dungu

  • wani

    boleh tuan bg cadangan cara terbaik n ringkas untuk belajar b.i dlm jangka mase yg singkat.
    Sy mempunyai masalah dalam m’uasai b.i
    t’utama dlm grammer.
    wlpn dh cube b’kli2 tp msih juga same hasilnya.
    tolonglah

  • ah bel

    assalamuailaikum..
    Sy sbnrnye b0lh brckp inggeris tetpi sy xdpt memahami nye b0leh tuan ajr atau bri tips utk sy memahami nye..
    Tl0ng la..

  • syafika

    salam tuan..sy form 3 dri tregganu ..even pmr dah lepas i would like to know more how to improve my english..sy memg minat subjek ni..sometimes i read english novels tp x sampai pn 15 mkesurat sy dh boring..could you please give me some tips??i have try the tips that you had gave but its not impressive.. help me sir,i’m begging you..