7 Petua Pandai Bahasa Inggeris – Petua 4

0

englishPetua yang keempat untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah ‘Berfikir dalam Bahasa Inggeris’. Apakah maksudnya?

Begini. Apabila anda sedang fikirkan sesuatu, anda selalunya berfikir dalam bahasa Ibunda anda sendiri iaitu bahasa Malaysia bagi kita orang Malaysia. Namun, jika anda sedang belajar Bahasa Inggeris dan mahu cepat pandai, anda perlu mula belajar berfikir dalam bahasa ini. Contohnya, apabila anda melihat sekeping gambar seorang budak lelaki sedang menangis, apakah yang akan anda fikirkan? Anda mungkin terfikir, “kenapa budak ni menangis?”, “Siapa buat budak ni menangis?”, “Budak ni sakit ke?” dan bermacam-macam lagi yang boleh anda fikirkan dalam bahasa Ibunda anda. Namun, apabila anda mahu cepat pandai Bahasa Inggeris, fikir dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, “Why is this boy crying?”, What is happening here?”, Where is his parents?”, “what is he doing here?” dan bermacam-macam lagi.

Anda mungkin kata, “Macam mana nak buat, saya tak tahu Bahasa Inggeris, macam mana nak fikir dalam Bahasa Inggeris?”. Ya, anda mungkin belum fasih lagi bahasa ini dan apabila anda cuba fikir, mungkin ayat anda tidak betul. Anda tidak perlu risau. Apa yang bagusnya ialah, jika ayat anda salah semasa anda berfikir, tidak ada sesiapa yang tahu dan tidak ada sesiapa yang akan ketawakan anda. Jadi anda boleh berlakon seolah-olah anda sedang bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan lancar.

EnglishApabila anda mula berfikir begini, anda juga akan mula peka kepada bagaimana cara melafazkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris.  Katakan suatu hari, anda sedang berdiri di dalam bas bersama kawan anda dan kawan anda menyuruh anda duduk kerana ada kerusi kosong. Anda mahu katakan “Saya tidak terasa pun hendak duduk, awak je lah duduk.” Tetapi anda tidak tahu bagaimana cara menyebutnya. Anda cuba fikirkan ayatnya tetapi masih tidak dapat bagaimana cara menyebutnya.

Kemudian, apabila anda sedang menonton cerita dalam bahasa Inggeris, ada situasi yang sama seperti di dalam bas tadi. Anda lihat, watak dalam cerita itu berkata “I don’t feel like sitting, why don’t you sit.”. Oleh kerana anda sudah berfikir dalam Bahasa Inggeris tadi, anda akan sedar akan ayat ini dan anda pun boleh menggunakannya.

Anda perlu, salah satu sebab mengapa seseorang sukar menguasai Bahasa Inggeris ialah dia asyik berfikir dalam bahasa Ibundanya. Dia asyik berfikir dalam bahasa Ibunda dan cuba menukarkannya kepada Bahasa Inggeris. Inilah yang menyebabkan proses pembelajaran menjadi sukar.

Jadi mulai hari ini, cuba berfikir dalam Bahasa Inggeris. Jangan risau jika ayat itu salah. Ayat yang salah itu akan betul juga nanti. Selamat mencuba. :)

Comments

  • AzamWahid

    Hi semua. :)

    tips kali ini tak ternilai! terutamanya bagi saya yang sering dibelenggu untuk ‘tidak’ speaking di khalayak ramai. secara tidak sedar, saya dapat lakukannya bersama saya sendiri! ini menyelesaikan masalah yang sering dihadapi saya selama ini.

    thanks Sifu! :D

    = AzamWahid@yahoo.com =

  • nurul izzati

    as’skum..
    sye bleh ckp ingglis tapi tkut kalu slah
    dan malu..
    tapi inshaalah sye try..

  • Nurul'Izzah Mohammad Nasir

    salam ……..
    tpi klu x ble2 nk buat cmna

  • norainee

    hai, saye pn same mgalami situasi yg same…english..macam mane ye nak cepat belajar cakap englis nii…

  • salam…..i want u try said english coz u can do and u can do the examination……. .

  • salam……saye ni pakai ckp je saye mana tahu ape yng saye kate tapi dkt atas tu kata kalo salh x paa la belajar la…….. .