Adab menuntut ilmu online

Pembuka kata

Hari ini saya terpanggil untuk sekali lagi menulis mengenai adab menuntut ilmu secara online. Saya menulis satu artikel pada tahun 2006 mengenai perkara ini dan beberapa maklum balas yang saya dapat ialah maklum balas yang membidas saya semula. :)? Antara email dan maklum balas yang saya terima mengatakan, saya sebagai guru perlu sabar dan berfikiran positif. Jangan buruk sangka. Orang-orang yang tidak mengikut etika atau adab itu tidak bermaksud melakukannya. Dan banyak lagi?. Nampak macam saya pula yang buat salah.?:)

Maklum balas ini semua tidak melihat mesej yang saya cuba sampaikan. Apabila saya menulis tentang perkara ini, ia bukan bermaksud saya merungut. Saya tak suka merungut. Daripada saya merungut, lebih baik saya tidak tulis posting atau saya delete sahaja mana-mana komen yang yang saya tidak suka atau melampau batas.?:)?Mesej yang ingin saya sampaikan ialah

  • Kalau majoriti pelajar atau orang dewasa mahu belajar sesuatu dengan cara tidak beradab,?mereka akan rugi?kerana orang tidak akan mahu berkongsi ilmu dengan mereka. Maksud saya, kalau di laman web ini cara begitu digunakan, di laman web lain apatah lagi. Perumpamaannya, bayangkan ada seorang tiba-tiba masuk rumah anda, tanpa diundang, tanpa memberi salam dan tanpa mengetuk pintu. Kemudian, dia berkata kepada anda, ?Eh,?TOLONG AJAR SAYA MACAM MANA NAK TULIS SURAT!?. Agaknya, apa reaksi anda? Kalau ada orang yang buat begini, adakah anda akan tegur dia supaya dia lebih beradab?atau?anda tegur tuan rumah supaya berfikiran lebih positif. (Kata pada tuan rumah, ?sabar, dia tak ada niat nak biadab, awak kena berfikiran positif.?)
  • Adab belajar onlineKebanyakan pelajar atau orang dewasa sangat bersopan jika mereka bertanya atau menuntut ilmu secara berdepan tetapi apabila secara online, mereka lupa segalanya. Mereka sangka kerana wajah mereka tidak dapat dilihat, adab mereka tidak perlu dijaga. Mereka mungkin lupa, ilmu tetap ilmu. Secara online atau offline, ia masih perlu dimiliki dengan cara yang baik agar kita mendapat rahmat yang berkekalan.
  • Sedar atau tidak, banyak ilmu yang dikongsikan online adalah secara percuma. Disebabkan ia percuma, ada segelintir pelajar atau orang dewasa yang melayan tuan punya ilmu seperti pekerja mereka. Jadi, ayat-ayat mereka juga berbunyi?seperti seorang boss mengarah pekerjanya. ?Tolong?emailkan saya benda ni?.?Tolongjawab dan emailkan kepada saya. Saya nak segera!?.? Ini semua contoh benar yang saya pernah terima. Ada satu yang saya terima setelah orang ini download ebook saya. ?Saya dah download ebook ni. Tolong berikan dan emailkan kepada?saya maklumat motivasi pelajar tingkatan 1, 2, 4 dan 5. Saya mahu sebarkan kepada pelajar.? Hmm? saya terfikir, bila masa pula saya bekerja dengan orang ni??:)?(jika ayat mengarah, perkataan ?tolong??tidak akan dapat membantu melembutkan maksud ayat tersebut.)
  • Ada yang menghantar email email atau sms seperti semua orang sedang bekerja di bawah mereka. Saya sangka mungkin hanya saya sahaja yang ada masalah begini, rupa-rupanya hampir semua sahabat saya yang ada berkongsi ilmu secara online menghadapi situasi yang sama. Contohnya banyak email yang hadir begini, ?Kenapa saya nervous sangat sampai tak?ingat semua apa yang saya belajar?? Hmmm? bayangkan, itu sahaja yang tertulis dalam emailnya. Kadang-kadang, tajuk email pun tak ada. Banyak juga saya terima terima email yang tidak ada hujung pangkal begini.

Posting ini tidak saya tujukan kepada sesiapa secara khusus. Saya faham, kebanyakan pelajar atau orang dewasa yang melakukan perkara ini tidak sedar atau tidak tahu tentang kesalahan ini semua. Jadi, baguslah kalau sekarang saya dapat kongsikan apa yang patut dilakukan bukan??:)

Harapan saya, kita semua (termasuk diri saya sendiri) dapat menjaga adab dalam menuntut ilmu. Ini kerana saya selalu percaya, jika saya benar-benar hormat kepada orang lain terutamanya orang-orang yang mengajar saya dengan sesuatu ilmu, hidup saya akan lebih tenang dan gembira hasil berkat ilmu yang telah saya perolehi tadi. Kita mulakan tips itu esok.?:)

Adab 1

Mari kita mulakan dengan ada?adab pertama -??Bagaimana tetamu masuk ke rumah.? Untuk?adab ini, bayangkan kita sedang mengunjungi rumah seseorang yang kita tidak kenal dan kita mahu belajar sesuatu daripadanya. Apa yang perlu kita lakukan apabila kita sedang berdiri di depan rumahnya? Jerit kuat-kuat nama orang tersebut? Tendang pintu dengan kasut kita yang kotor? Cuba buka pintu sendiri? Hmm? saya percaya soalan ini tidak sukar untuk dijawab. Saya percaya kita semua akan menjawab ketuk pintu dan beri salam. Jadi, tips pertama:

Ketuk pintu dan beri salam. –?Kalau kita menghubungi seseorang secara online, pastikan kita ketuk pintu dan beri salam dahulu. Maksudnya begini. Kalau kita hantar email,?pastikan ada 3 perkara, tulis tajuk, beri salam dan perkenalkan diri.

  • Tulis tajuk email. Sebaik-baiknya, tulis tajuk yang ada kena mengena dengan apa yang kita hendak tanya. Orang zaman sekarang selalunya sibuk dan mail box pula dipenuhi bermacam-macam email yang tidak diminta. Jadi, kalau kita tulis tajuk elok-elok, peluang untuk penerima membukanya adalah lebih besar. Saya sendiri selalu terpaksa menapis email yang saya terima kerana setiap hari lebih 50% email tersebut ialah email ?spam? oleh insan-insan yang mungkin tidak belajar etika perniagaan internet atau yang tidak mengambil peduli mengenai etika-etika tersebut :)? Jadi, apabila saya mahu buka email, saya akan baca tajuknya dahulu. Saya percaya kebanyakan penerima email lain akan berbuat demikian juga.
  • Saya cadangkan tulis nama?kita di dalam tajuk email. Contohnya tajuk email saya begini ?Surat?cadangan program motivasi – Osman Affan?. Satu sebabnya, kita sudah perkenalkan diri kita lebih awal kepada penerima. Satu lagi sebabnya, kadang-kadang penerima meletakkan email mereka di dalam folder berbeza. Jadi, bila mereka letakkan email kita dalam satu folder lain, mudah baginya untuk mencari email kita nanti.
  • Setelah ada tajuk, mulakan email kita dengan?memberi salam. Kalau untuk orang Islam, tulis ?Assalamualaikum? dengan ejaan penuh (nanti saya terangkan mengapa) dan kalau bukan Islam, selamat sejahtera, Hi atau hello pun boleh diterima.
  • Perkenalkan diri. Ini tidak perlu dilakukan dengan begitu terperinci sampai nombor kad pengenalan dan nombor sijil kelahiran pun hendak disertakan! :)? Cukup dengan memberitahu nama dan daripada mana kita datang supaya dapat memberi gambaran kasar siapa diri kita. Benar kata pepatah Melayu tak kenal maka tak cinta. Apabila kita sudah perkenalkan diri serba sedikit, penerima email kita akan rasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami apa yang cuba kita sampaikan.

Adab belajarBagaimana pula jika kita gunakan shoutbox atau sms? Sama juga cuma bezanya tidak ada tajuk. Penting untuk ucapkan salam dan perkenalkan diri kita. Satu nasihat saya, jangan terlalu mudah gunakan ejaan ringkas. Contohnya ?Assalamualaikum? jadi ?Akum?, ?bagaimana? jadi ?bgmn? dan sebagainya. Saya tahu ramai sudah menyedari bahawa perkara ini sudah menjadi ikutan dan fesyen terkini. Mungkin banyak disebabkan penggunaan sms.?Ada 2?kesan buruk utama jika menulis begini.

Pertama, penerima tidak faham. Kedua, ia akan menjadi tabiat yang tidak boleh dihentikan.?Klik di sini?(Blog Sifu Puan Ainon) untuk membaca satu contoh bagaimana seorang graduan yangsudah terbiasa dengan tabiat yang tidak elok ini.

Selamat mencuba.?:)

Adab 2

AdabMari kita mulakan dengan adab kedua –Apa yang perlu dilakukan oleh tetamu apabila berada di dalam rumah. Sekarang bayangkan jika kita?menjadi tetamu?di rumah seseorang. Budaya di negara kita amat menghormati tetamu.?Namun ia tidak bermaksud semua tetamu patut dihormati. Ada tetamu yang tidak tahu kasut perlu dibuka apabila hendak masuk ke rumah. Jadi tuan rumah akan memberitahu tetamu itu tentang adat tempatan dengan baik. Selalunya, tetamu akan faham dan membuka kasutnya dengan senang hati (dan mungkin rasa sedikit bersalah kerana tidak tahu adat tempatan dan mungkin telah menyakiti hati tuan rumah tersebut).

Tetapi, bagaimana jika tetamu itu berdegil dan keras kepala tidak mahu membuka kasutnya? ?I don?t care?!?SEUMUR HIDUP I TAK PERNAH BUKA KASUT KALAU MASUK RUMAH TAU! Awak ni perlu berfikiran terbuka sikit!? katanya kepada tuan rumah. Kalau andalah tuan rumah itu, apa anda lakukan? Senyum dan biarkan dia masuk dengan kasut kotornya? Kalau saya, saya halau saja :)? . Hehe? mungkin tidak terus halau tetapi pastinya saya tidak akan benarkan dia masuk ke rumah saya.

Mesej saya di sini ialah jika kita mahu menuntut ilmu dengan seseorang, seseorang itu umpama tuan rumah. Kita kena hormatinya dan kena ikut caranya. Walaupun caranya nampak berbeza, kita perlu hormatinya. Namun, kalau kita rasa caranya sangat berbeza dan menyalahi tatasusila?Adabatau bercanggah dengan agama contohnya, tidak perlulah kita masuk ke rumah tersebut. Dengan perkataan lain, janganlah menuntut ilmu dengannya.

Jika kita menjaga adab kita begini, saya percaya kita akan membawa imej yang baik untuk diri kita sendiri. Saya suka mendengar kisah-kisah yang diceritakan oleh cikgu-cikgu yang saya kenal betapa mereka sangat sayangkan anak-anak murid mereka yang tinggi budi bahasa dan pandai menghormati mereka. Ini bukan bermaksud seorang guru mengharapkan agar anak murid menghormati mereka tetapi disebabkan adab anak-anak murid tersebut, mengasihi mereka menjadi sesuatu yang sangat mudah dilakukan.?:)

Esok saya akan kongsikan apa yang tidak patut dilakukan ketika berada di dalam rumah seseorang.?:)

Adab 3

adab bealajr onlineApabila sudah berada di dalam rumah seseorang dan apabila kita bergelar tetamu, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan seperti jangan letak kaki atas meja, jangan terlalu meminta itu dan ini hingga menyusahkan tuan rumah dan jaga bahasa yang digunakan. Di dalam adab menuntut online pula, ketika menulis email atau komen di laman web, elakkan daripada

  • Adab belajar onlineMENGGUNAKAN HURUF BESAR UNTUK SEMUA HURUF! Menggunakan huruf besar memberi gambaran seolah-olah kita sedang meninggikan suara. Ia tidak sepatutnya dilakukan. Tambahan pula, semasa kita belajar di sekolah bermula di tadika dulu, kita sudah diajar di mana patut digunakan huruf besar dan huruf kecil bukan? Jadi, kita perlu aplikasikannya.
  • menggunakan ayat perintah. Ayat perintah maksudnya menyuruh tuan rumah berbuat sesuatu dengan menggunakan ayat perintah. Contohnya, ?emailkan saya ini.?, ?Berikan saya itu.? atau ?sila jawab segera.?
  • Menulis dengan tulisan ringkas walaupun alasan kita sudah terbiasa atau tidak sempat menulis dengan penuh. Ini boleh menjadi tabiat yang sukar dihapuskan.

Tips:

  • adab bealajr onlineJika kita bertanya soalan melalui email, biarlah kita harap mendapat jawapan melalui email juga. Janganlah hantar email dan suruh seseorang itu membalas menggunakan sms atau pos laju pula. Sama juga kalau kita bertanya melalui laman web, biarlah kita mendapat jawapan melalui laman web juga, bukan dihantar secara peribadi ke email kita.
  • Adab belajar online
  • Jika seseorang itu lebih tua daripada kita, eloklah menggunakan gelaran abang, kakak, Tuan, Puan, cikgu atau sekurang-kurangnya encik atau cik. Ini adalah amalan mudah untuk membuat seseorang itu rasa kita hormat kepada mereka. Bayangkan kalau kita jumpa seseorang di alam nyata, adakah kita akan panggil namanya begitu sahaja walaupun dia lebih tua daripada kita? Saya percaya tentu tidak.? Jadi, di dalam email dan laman web pun begitu juga.

Adab 4

adab belajar onlineAdab belajar onliineAdab keempat dan adab terakhir yang ingin saya kongsikan jika kita menuntuy ilmu secara online ialah??apa yang perlu dilakukan ketika tetamu meninggalkan rumah?. Sekarang bayangkan jika kita menjadi tetamu di rumah seseorang. Setelah kita dihidangkan dengan minuman dan dilayan dengan baik, apa yang perlu kita lakukan sebelum meninggalkan rumah tersebut? Mudah sahaja bukan? Apa yang perlu dilakukan ialah meminta diri dan ucapkan terima kasih atas layanan yang kita terima.

Jadi semasa menuntut ilmu online, setelah kita dapat apa yang kita minta atau soal,

  • Minta diri. Cara paling mudah untuk minta diri ialah dengan mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan layanan seseorang yang telah membantu kita. Ucapan terima kasih adalah sesuatu yang sangat mudah dilakukan tetapi?adab belajar onlinekesannya kepada penerima sangat besar. Manusia sangat suka jika dihargai. Jika kita ucapkan terima kasih dengan baik dan ikhlas kepada sesiapa yang menolong kita, dia akan rasa gembira dan lebih besar kemungkinan akan menolong kita lagi di lain hari. Dia juga akan rasa dihargai dan turut merasa gembira. Bukankah ini perkara yang baik?

Tips:

  • Sebelum kita minta bantuan seseorang secara online seperti meminta jalan penyelesaian atau khidmat nasihat, pastikan kita bersungguh-sungguh mahu membuat perubahan. Saya biasa melihat pelajar yang suka bertanya soalan tetapi mereka tidak berminat untuk melakukan apa yang dinasihatkan.? Jadi, setelah diberi nasihat, mereka kata nasihat itu sukar dilakukan dan mula bertanya tentang masalah lain pula. Jika kita tidak berminat untuk berubah, orang juga tidak akan berminat untuk menolong.
  • Jika kita mahu bertanya, tanya soalan yang pendek, ringkas dan terus kepada masalah. Jangan tanya soalan yang cuba menunjukkan kita pandai. Contohnya,
  • ?Tuan, benarkah kita patut ada matlamat untuk berjaya? Setahu saya melalui buku-buku yang saya baca, matlamat adalah perkara terpenting untuk mencapai kejayaan. Kajian juga menunjukkan bahawa 3% sahaja orang dewasa yang ada matlamat dan mereka inilah yang berjaya dalam hidup. Saya sendiri banyak dengar dalam ceramah dan kursus-kursus yang pernah saya hadiri tentang kepentingan matlamat ini. Dalam Islam juga ada menerangkan tentang matlamat ini sebenarnya.?
  • Panjang bukan soalan ini? Namun jawapannya hanya, ?Ya, benar.? Soalan ini hanya menunjukkan yang penyoal lebih berminat untuk memberitahu apa yang dia rasa dia tahu. Jika ini berlaku, penyoal akan jadi seorang yang mahu belajar dalam keadaaan gelas yang penuh.?Klik di sini?dan baca petua 1 apa akibat jika anda menyoal begini.

Selamat mencuba.

Kesimpulan

adab belajar onlineAlhamdulillah. Saya telah kongsikan beberapa adab jika kita mahu menuntut ilmu secara online. Adab-adab ini amat penting jika kita hendak menuntut ilmu tanpa berdepan dengan seseorang yang berkongsi ilmu itu.

adab belajar onlineHarapan saya ialah tips-tips ini dapat difahami tanpa melihat dari arah yang salah. Arah yang salah ialah arah di mana anda melihat tips-tips ini sebagai arahan saya kepada anda supaya bersopan apabila berurusan dengan saya di laman web ini. Bukan itu mesej yang hendak disampaikan oleh tips-tips ini.

Arah yang perlu anda gunakan ialah tips-tips ini patut diamalkan oleh sesiapa sahaja yang mahu menuntut ilmu atau mahu berkomunikasi dengan seseorang di internet.?adab belajar onlineTips-tips ini juga penting untuk cara kita berkomunikasi dengan seseorang yang kita tidak kenali. Saya percaya jika kita menjaga adab semasa menuntut ilmu, kita akan lebih mudah menguasai sesuatu ilmu itu dan ilmu kita pasti akan lebih diberkati.

Selamat menuntut ilmu online.?:)

Leave a Comment