Adab menuntut ilmu online – Adab 2

Posted in Fikir, Khas, Motivasi, Petua, Soft Skills, Teknik Belajar at 8 Jan. 2008

adab

AdabMari kita mulakan dengan adab kedua – Apa yang perlu dilakukan oleh tetamu apabila berada di dalam rumah. Sekarang bayangkan jika kita menjadi tetamu di rumah seseorang. Budaya di negara kita amat menghormati tetamu. Namun ia tidak bermaksud semua tetamu patut dihormati. Ada tetamu yang tidak tahu kasut perlu dibuka apabila hendak masuk ke rumah. Jadi tuan rumah akan memberitahu tetamu itu tentang adat tempatan dengan baik. Selalunya, tetamu akan faham dan membuka kasutnya dengan senang hati (dan mungkin rasa sedikit bersalah kerana tidak tahu adat tempatan dan mungkin telah menyakiti hati tuan rumah tersebut).

Tetapi, bagaimana jika tetamu itu berdegil dan keras kepala tidak mahu membuka kasutnya? “I don’t care…! SEUMUR HIDUP I TAK PERNAH BUKA KASUT KALAU MASUK RUMAH TAU! Awak ni perlu berfikiran terbuka sikit!” katanya kepada tuan rumah. Kalau andalah tuan rumah itu, apa anda lakukan? Senyum dan biarkan dia masuk dengan kasut kotornya? Kalau saya, saya halau saja :)  . Hehe… mungkin tidak terus halau tetapi pastinya saya tidak akan benarkan dia masuk ke rumah saya.

Mesej saya di sini ialah jika kita mahu menuntut ilmu dengan seseorang, seseorang itu umpama tuan rumah. Kita kena hormatinya dan kena ikut caranya. Walaupun caranya nampak berbeza, kita perlu hormatinya. Namun, kalau kita rasa caranya sangat berbeza dan menyalahi tatasusila Adabatau bercanggah dengan agama contohnya, tidak perlulah kita masuk ke rumah tersebut. Dengan perkataan lain, janganlah menuntut ilmu dengannya.

Jika kita menjaga adab kita begini, saya percaya kita akan membawa imej yang baik untuk diri kita sendiri. Saya suka mendengar kisah-kisah yang diceritakan oleh cikgu-cikgu yang saya kenal betapa mereka sangat sayangkan anak-anak murid mereka yang tinggi budi bahasa dan pandai menghormati mereka. Ini bukan bermaksud seorang guru mengharapkan agar anak murid menghormati mereka tetapi disebabkan adab anak-anak murid tersebut, mengasihi mereka menjadi sesuatu yang sangat mudah dilakukan. :)

Esok saya akan kongsikan apa yang tidak patut dilakukan ketika berada di dalam rumah seseorang. :)

Salam Maal Hijrah 1429H
Adab menuntut ilmu online - Adab 1

Leave a Reply

Facebook Osman Affan Fanpage SmartStudy Instagram Osman Affan