Bengkel Praktikal Teknik, Tip, Prosedur & Rahsia menulis Proposal Program yang mudah diterima oleh pihak Sekolah, Kolej & Universiti.

Apabila rakan trainer melihat Program SmartStudy sangat sibuk dijalankan di sekolah-sekolah hampir setiap hari, ramai yang bertanya tentang cara-cara & prosedur untuk menghubungi pihak sekolah dengan betul.

Antara soalan popular yang sering diajukan ialah

  1. Kepada siapa surat proposal perlu dihantar?
  2. Apa yang patut ditulis?
  3. Apa yang patut dimasukkan bersama dalam surat proposal?
  4. Bagaimana mahu membuat pihak sekolah tertarik dengan proposal yang dihantar?
  5. Bolehkah jika tidak hantar proposal dan hubungi sahaja terus pihak sekolah (melalui telefon)?
  6. Bagaimana proposal boleh jadi berbeza berbanding ribuan proposal yang dihantar?
  7. Mahu tulis dalam bentuk rasmi atau santai?

BERITA BURUK

Berita buruknya ialah pihak sekolah selalunya mendapat ratusan (mungkin ribuan) proposal atau ‘company’s profile’ yang dihantar oleh konsultan setiap tahun.

Saya biasa lihat guru kaunseling tunjukkan kepada saya timbunan proposal dan company’s profile yang datang setiap tahun. Segala macam cadangan program ada dihantarkan. Segala macam rupa, warna dan saiz. Segala macam jenis GAYA!

Jadi persoalannya, bagaimanakah cara mahu hantarkan proposal yang ringkas, unik, mudah difahami dan menarik perhatian pihak sekolah?

Lebih penting, bagaimana mahu menulis proposal yang membuat anda mahu dijemput untuk menjalankan program di sekolah?

 

======================================

RAHSIA MENULIS PROPOSAL MEMUKAU PERHATIAN?

Percaya atau tidak, apabila rakan trainer bertemu saya, duduk minum-minum, sama ada yang baru atau sudah lama, kebanyakan mereka ajukan soalan berkenaan BAGAIMANA CARA untuk membuat pihak sekolah sedar dan tertarik dengan program yang mereka kendalikan.

Jawapan ringkas saya selalunya proposal tidak perlu terlalu unik hingga PELIK dan SUKAR DIFAHAMI. Ia perlu balik kepada tujuan asal mengapa ia ditulis iaitu supaya pihak sekolah MUDAH FAHAM dengan jelas apa yang cuba disampaikan.

======================================

SEBELUM ANDA LABURKAN RM500 ATAU RM5000 UNTUK MENGHANTAR PROPOSAL KE SEKOLAH-SEKOLAH

Sebelum anda laburkan RATUSAN malah RIBUAN ringgit ke dalam bentuk bahan bercetak, ‘free gift’, kalendar dan kos pos untuk menghantar proposal ke sekolah-sekolah, apa kata anda pelajari dahulu beberapa asas penting dalam menyediakan proposal yang berkesan dan mudah menarik perhatian pihak sekolah.

 

======================================

BENGKEL MENULIS PROPOSAL PROGRAM SEKOLAH

Saya akan menjalankan BENGKEL RINGKAS & PADAT berkenaan bagaimana cara yang betul untuk menulis surat proposal kepada pihak sekolah.

Topik ini pernah saya ajarkan kepada trainer-trainer dalam program-program tertutup secara tidak formal namun kali ini saya akan jalankan secara TERBUKA, TERATUR & SISTEMATIK.

Harapan saya, apabila saya berkongsi tip dan rahsia penulisan ini, saya akan temui lebih ramai konsultan dan trainer berkaliber dalam industri.

Kemudian, apabila kami jalankan promosi program di sekolah dan kami terima jemputan yang berselisih dengan jadual kami, dapatlah kami cadangkan trainer dan konsultan ini sebagai pengganti. Win Win!

======================================

APA KATA MEREKA?

======================================

 

TARIKH & LOKASI PROGRAM

Lokasi 1, Tarikh 1

Tarikh: Rabu, 18 Oktober 2017 (Cuti Deepavali)

Masa: 9 pagi hingga 12 tengahari.

Lokasi: MPWS Training Centre, 63-1, Jalan Kajang Impian 1-11, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan.

Lokasi 2, Tarikh 2

Tarikh: Jumaat, 20 Oktober 2017

Masa: 9 pagi hingga 12 tengahari.

Lokasi: Pejabat Urusan Saidina Smart Family Programme, Taman Molek, Johor Bahru.

YURAN PENGENALAN

Yuran program ini nanti adalah RM200. Namun kami tawarkan yuran sebanyak RM150 sahaja seorang untuk pendaftaran dua orang  atau lebih. Jangan lupa ajak sahabat-sahabat lain ya untuk turut serta ya.

======================================

APA KATA MEREKA?

======================================

SIAPA YANG PATUT SERTAI?

1. Trainer-trainer program pelajar atau program bersama guru & ibu bapa.

2. Pengusaha pusat tuisyen yang bercadang mahu kembangkan program tuisyen ke sekolah-sekolah.

3. Guru-guru tuisyen yang mahu mengembangkan perkhidmatan dengan mengajar kepada kumpulan lebih besar dalam bentuk training.

4. Guru tuisyen, Pengusaha tuisyen & Trainer yang ingin mempelajari teknik bagaimana mahu memaparkan imej perkhidmatan yang lebih profesional.

5. Konsultan training yang mahu memasarkan program-program di sekolah-sekolah.

APA YANG BAKAL DIPELAJARI?

1. Teknik asas paling penting semasa menulis kertas cadangan atau proposal kepada pihak sekolah.

2. Teknik menyediakan bahan-bahan sokongan (supplementary documents) yang wajib ada dan perlu dihantar bersama.

3. Prosedur asas dalam menghubungi pihak sekolah termasuk Do’s & Dont’s semasa menghubungi atau bertemu mereka.

4. Sesi soal jawab segala keraguan peserta berkenaan topik ini.

======================================

APA KATA MEREKA?

======================================

LATIHAN PRAKTIKAL.

Program ini adalah bengkel latihan praktikal. Semasa program dijalankan, peserta akan diminta untuk menghasilkan surat cadangan mereka agar boleh terus digunakan selepas tamat program.

Peserta juga digalakkan untuk bertanya tentang keraguan mereka berkenaan isu hantar proposal ini kepada saya agar lebih banyak lagi maklumat yang mungkin terselindung selama ini dapat dikongsikan.

======================================

APA KATA MEREKA?

======================================

======================================

BONUS! BONUS! BONUS!

Bagi penyertaan kali ini, akan diberikan

  1. Salinan PROPOSAL PENUH SEBENAR yang kami hantarkan ke sekolah-sekolah, kolej dan universiti.
  2. Rahsia bagaimana SmartStudy wujudkan situasi di mana pihak sekolah yang meminta kami untuk hantarkan proposal, bukan kami hantarkan proposal secara rawak ke sekolah-sekolah.

CARA MENDAFTAR

Bengkel Penulisan Proposal Program Sekolah
Bangi
18 Oktober 2017
MPWS Training Centre, Bangi
Bengkel Penulisan Proposal Program Sekolah
Johor Bahru (Dibatalkan)
20 Oktober 2017
Pejabat Urusan Saidina Smart Family Programme, Johor Bahru

 

APA KATA MEREKA?

======================================