Bengkel PowerSlides Presentation

Alhamdulillah, Bengkel PowerSlides Presentation semalam berlangsung dengan agak lancar. Walaupun ada satu bahagian sedikit sangkut semasa hendak menerangkan proses animasi yang saya lakukan, selebihnya saya rasa berjaya diterangkan dengan jelas.

(Semalam saya guna laptop baru yang saya hanya guna untuk presentation. Jadi bila mahu buat demonstrasi tentang animasi, entah kenapa settingnya kelihatan berbeza dan tidak menjadi seperti apa yang biasa saya lakukan. Terus kelam-kabut gunakan laptop lama semula.

Inilah sebab utama tersangkut pada satu bahagian penerangan animasi. Pengajaran buat saya, perlu guna laptop yang biasa digunakan untuk sesi demonstrasi. Hihi.. )

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Sangat sporting semuanya. Banyak perkara saya kongsikan buat KALI PERTAMA semalam dan tidak pernah saya kongsikan kepada sesiapa sebelum ini berkenaan teknik sebenar saya hasilkan slides presentation saya.

Jadi sekarang saya sudah tidak ada rahsia lagi…..

Semoga apa yang dikongsikan semalam memberi manfaat dan menaikkan lagi tahap profesionalisme sahabat semua semasa membuat persembahan menggunakan PowerSlides. Amin…

Comments are closed.