Buat adik-adik pelajar SmartStudy

Buat adik-adik pelajar SmartStudy, tidak perlu TERIKUT-IKUT dengan gaya orang dewasa yang kononnya mahu mendidik dan mengajar dengan memberikan ayat-ayat ‘SENTAP’.

Niat mereka mengeluarkan ayat sentap mungkin murni tetapi mereka tidak sedar itu bukan cara terbaik untuk menyampaikan sesuatu ilmu. Malah cara itu lebih cenderung kepada membawa padah dan binasa.

Ayat sentap memang mampu membuat seseorang TERSEDAR atau TERKEJUT namun ia BUKAN satu JAMINAN bahawa seseorang itu akan FAHAM dan TERIMA ilmu yang sedang cuba disampaikan.

Jika adik-adik ikhlas mahu menegur kawan-kawan dan melihat mereka lebih berjaya dan gembira, gunakan panduan ini ya.

Insyaallah, kita akan dikurniakan ganjaran di atas keikhlasan tersebut dan diberikan pahala setiap kali ilmu yang disampaikan itu diamalkan.

Boleh kongsikan kepada kawan-kawan lain juga ya!

Comments are closed.