Buku Buat Duit Dengan Tuisyen

Saya baru sedar ada ulasan mengenai buku Buat Duit Dengan Tuisyen oleh Tuan Izham Alias dalam blog beliau hometuitiontutoring.blogspot.com.Sangat menarik ulasan beliau mengenai buku ini. Terima kasih Tuan Izham. 🙂
Bagaimana saya tersedar tentang adanya ulasan ini? Saya tersedar semasa saya buat sedikit analisis dari mana datangnya pengunjung?OsmanAffan.com. Saya lihat ada beberapa pengunjung tiba melalui link yang diletakkan dalam posting blog ini.
Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Izham kerana sudi memberi ulasan mengenai buku ini. Buku ini sangat dekat di hati saya kerana mengajar tuisyen adalah di mana kerjaya saya ini bermula dan saya masih lagi seronok bergelar seorang cikgu setiap kali saya menjalankan program-program SmartStudy di seluruh Malaysia.
Jika ada sahabat saya di FB ini yang pernah buat ulasan mengenai buku atau program-program SmartStudy, boleh maklumkan kepada saya. Insyaallah saya akan kongsikan di wall Fb saya ini. 🙂

Comments are closed.