Buku Tip Belajar Saat Akhir

0

 Tip Belajar Saat AkhirTip Belajar Saat Akhir

Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa buku terbaru saya Tip Belajar Saat Akhir akan masuk ke setor PTS esok (Selasa). Seperti biasa, ini merupakan satu masa yang sangat ditunggu-tunggu oleh seorang penulis. Betapa seronoknya melihat apa yang telah diusahakan selama beberapa minggu menjadi sebuah buku di depan mata.

Buku ini adalah mengenai teknik bagaimana untuk bersedia bagi menghadapi peperiksaan apabila berada pada saat akhir. Ada beberapa soalan dengan nada sumbang :) bertanya kepada saya, “bukankah ini akan menggalakkan pelajar belajar pada saat akhir?”

Jawapan saya, pertama, jika tidak ada buku ini pun, pelajar sudah belajar dan suka belajar pada saat akhir. Kedua, buku ini adalah jawapan saya kepada ratusan soalan yang diajukan kepada saya oleh pelajar terutamanya pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi tentang teknik belajar pada saat akhir.

Apa yang perlu kita ketahui ialah bukan semua pelajar yang belajar pada saat akhir ialah pelajar yang malas belajar. Ada pelajar terpaksa belajar pada saat akhir kerana sibuk dengan aktiviti kurikulum, sukan, dan perkara-perkara yang tidak boleh dielakkan. Malah ramai juga pelajar di peringkat sarjana terpaksa belajar pada saat akhir kerana masih bekerja. Ini mengingatkan pengalaman saya sendiri semasa sibuk menjalankan program SmartStudy ketika masih menyelesaikan Master of Education (Counseling & Guidance) di UIA Gombak dahulu.

Tip Belajar Saat Akhir

Di dalam buku ini, bagi saya, isi dan teknik yang paling penting ialah teknik di mana pelajar boleh tahu di mana harus mereka bermula jika peperiksaan sudah begitu hampir. Ini akan memberi mereka peluang bagi mengatur strategi untuk mendapat keputusan peperiksaan yang lebih memuaskan.

Terima kasih kepada Tim PTS Millenia terutamanya kepada Cikpuan Shikin dan Tuan Ikram di atas bantuan dan sokongan yang diberi kepada saya sepanjang usaha menyiapkan buku ini. Tidak lupa juga kepada anda semua yang sentiasa menyokong dan membaca bahan-bahan bacaan SmartStudy.

Selamat membaca. :)

Comments

  • zanariah

    saye dah beli ..
    time kaseh..banyak input yg bermanfaat yg saye perolehi..
    dah tambah dah semangat dalam diri saye..sebab saye bukan suke blaja last minute tapi keadaan selalu jadikan saye last minute study sebab saye aktif bepersatuan

  • sopie

    sesuai ka sya yg dh msuk buln ke-4 nie…sya blum lgi nak bljr2 scra konsisten… dn peperiksaan tu bln 5, 10..nak beli buku sebegitu…