Tahukah anda apa langkah pertama untuk menjadi seorang pelajar cemerlang?
Pernahkah anda terfikir, mengapa anda mudah hilang semangat, kecewa, putus-asa, lupa apa yang telah anda pelajari, tidak boleh menumpukan perhatian dan tidak mampu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan?
Dan soalan paling penting, jika anda masih belum mencapai kecemerlangan yang anda idamkan, wujudkah cara berkesan untuk mencapainya.....?
Ketahui jawapan bagi persoalan berikut di dalam buku Persediaan Minda Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang........ |
Pengenalan kepada Buku Persediaan Minda Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang |
|
Sewaktu saya di zaman kanak-kanak, saya sangat takutkan hantu. Lebih tepat lagi kalau saya katakan, saya takut kepada tempat-tempat yang gelap dan sunyi.
Ini menyebabkan saya tidak mahu ke mana-mana pada waktu malam tanpa berteman. Banyak ketikanya, hendak ke bilik air pun saya perlukan seseorang untuk menemani saya. Perkara ini amat merisaukan ayah saya kerana saya adalah seorang lelaki. Beliau risau jika saya akan kekal takut kepada tempat gelap dan sunyi hingga saya dewasa. |
Jadi, pada suatu malam ayah saya cuba menerangkan kepada saya bagaimana hantu muncul di tempat gelap. Kata ayah saya, “ Man, tau tak kenapa hantu cuma muncul pada waktu malam, kat tempat gelap atau kat tempat sunyi je?” Saya terdiam sebentar.
Saya cuba fikirkan tentang kebenaran kata-kata ayah saya itu. Benar juga katanya. Kalau waktu siang, tidak pernah pula saya merasa takut walaupun bermain di kawasan hutan kecil di belakang rumah saya. Tetapi pada waktu malam, di dalam rumah pun saya takut disebabkan saya rasa seperti ada sesuatu yang menanti saya di dalam gelap. |
|
|
“Tak tau,” jawab saya setelah gagal memikirkan mengapa hantu mungkin hanya muncul pada waktu tertentu sahaja. Ayah saya tersenyum lalu berkata, “sebenarnya kan, dalam kepala (minda) orang yang takutkan hantu ni, ada satu video tape dan satu video player,”. (Ketika itu vcd player belum wujud lagi).
“Bila orang yang takutkan hantu ni pergi ke tempat gelap atau sunyi, video tape ni akan terpasang dengan sendirinya,” sambung ayah saya lagi. |
“Bila dah terpasang, jadi macam mana pulak?” Tanya saya ingin tahu. “Bila dah terpasang, dia jadi macam tayangan gambar la. Mata orang tu akan nampak bayangan hantu, telinga dia pulak akan dengar bunyi-bunyi yang menakutkan,” balas ayah saya lagi. Saya terdiam sambil berfikir. “Betul ke ni?” Soal hati saya. “Jadi, hantu yang ditakutkan sangat tu sebenarnya ada dalam kepala (minda) orang yang takut tu sendiri.” Sambung ayah saya lagi.
Penerangan ayah saya ketika itu sangat mudah saya fahami. Apa yang saya benar-benar faham ketika itu ialah, perkara yang sentiasa saya takutkan selama ini sebenarnya datang dari minda saya sendiri. Sejak hari itu, perlahan-lahan saya dapat mengatasi rasa takut saya. Saya merasa seolah-olah telah bebas dan dunia saya menjadi lebih luas kerana saya bukan sahaja bebas bergerak pada waktu siang, tetapi bebas bergerak pada waktu malam juga. |
|
Kini, berdasarkan cerita bagaimana hantu muncul di tempat gelap itu, saya mendapat ilham bagaimana untuk saya terangkan cara membuat persediaan minda bagi pelajar yang ingin menjadi cemerlang. Tetapi, apa kaitannya cerita itu dengan cara membuat persediaan minda?
Sekarang, cuba anda bayangkan, setiap pelajar mempunyai vcd dan pemain vcd di dalam minda mereka. Bagi pelajar yang tidak cemerlang, apabila mereka mahu belajar atau mengulangkaji, sejenis vcd akan terpasang dengan sendirinya. |
|
Vcd itu akan memainkan gambaran yang belajar itu susah, menyakitkan, membosankan, menimbulkan rasa mengantuk dan membuang masa. Sebab itulah mereka sentiasa tidak bersemangat untuk belajar.
Malah, mereka akan jauhi diri dari belajar dengan membuat aktiviti lain yang lebih menarik seperti membuat bising, mengganggu pelajar-pelajar lain atau tidur di dalam kelas. Jika vcd ini sentiasa terpasang setiap kali pelajar-pelajar ini hendak belajar, bolehkah mereka mencapai kecemerlangan? Tentu tidak bukan? |
Setelah mengetahui tentang perkara ini, bolehkah anda meneka apa yang patut dilakukan supaya perkara ini tidak lagi berlaku. Maksud saya, apa yang patut dilakukan supaya pelajar-pelajar tadi tidak lagi merasa malas dan tidak bersemangat setiap kali mahu belajar?
Mungkin ada di antara anda yang meneka dengan betul. Ada 3 langkah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. |
Vcd-vcd itu perlu dimusnahkan terlebih dahulu. Jika ia tidak dimusnahkan, ia akan sentiasa terpasang dengan sendirinya setiap kali pelajar-pelajar tadi mahu mengulangkaji pelajaran. |
Vcd baru perlu dicipta. Alangkah baiknya jika setiap kali anda ingin mengulangkaji pelajaran, vcd yang terpasang sendiri akan memaparkan yang belajar itu menyeronokkan, menenangkan, mudah, membanggakan dan menggembirakan? Jadi, anda perlu mencipta vcd sebegini supaya ia dapat menggantikan vcd yang telah dimusnahkan tadi. |
“Play’. Mainkan vcd baru itu. Anda perlu pastikan vcd baru yang telah anda cipta itu terpasang setiap kali anda mahu belajar atau mengulangkaji pelajaran.
Jadi, buku Menjadi Remaja SmartStudy – Persediaan Minda ini akan menerangkan bagaimana anda boleh menjadi cemerlang dengan melakukan 3 langkah tadi. |

|
Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera.
Saya percaya anda sudah tahu bahawa, membaca adalah jambatan ilmu. Membaca bukan sahaja menambahkan pengetahuan anda, malah ia membuka minda anda kepada peluang-peluang kejayaan yang lebih besar di masa hadapan.
Jika anda ada terfikir untuk berbelanja ke arah pendidikan, membeli buku-buku yang menggalakkan perkembangan minda adalah tempat yang bagus untuk bermula.
Jika anda berminat untuk membeli buku ini, ia berharga RM20 termasuk penghantaran ke seluruh Malaysia. Jika anda beli buku ini melalui laman web ini, anda tidak perlu bersusah-payah mencarinya di kedai-kedai buku kerana buku ini akan dihantar terus ke rumah anda!
Selamat berjaya! |
| |
Osman Affan |
|
|
Bayaran RM20 boleh dilakukan menggunakan:
Bank-in
Cek
Wang Pos / Kiriman Wang
Bank-in
Berikut adalah maklumat yang diperlukan.
Bank: Maybank Berhad
Nombor Akaun : 1530-1099-7192
Nama: Roslida Aima Bt Muda
Jumlah bank-in: RM20
Selepas membuat bayaran, sila emailkan kepada kami bank-in slip anda bersama maklumat berikut:
- Nama anda
- Alamat surat menyurat
- Alamat E-Mail anda
- Nombor telefon: Rumah dan Telefon bimbit
Hantarkan email kepada kami di info@OsmanAffan.com |
Cek
Pembayaran cek RM20 dibuat kepada: Roslida Aima Bt Muda
Hantarkan cek tersebut ke:
Roslida Aima Bt Muda
No 6-1, First Floor
Jalan AU 1A/4C
Taman Keramat Permai
54200 Kuala Lumpur
Malaysia
Sila turut sertakan maklumat berikut di belakang cek:
- Nama anda
- Alamat surat menyurat
- Alamat E-Mail anda
- Nombor telefon: Rumah dan Telefon bimbit
Kami akan menghubungi anda sejurus selepas cek anda diluluskan. |
Wang Pos/Kiriman Wang
Sila lakukan pembayaran Wang Pos/Kiriman Wang RM20 tersebut di bawah: Roslida Aima Bt Muda
Dan hantarkan kepada:
Roslida Aima Bt Muda
No 6-1, First Floor
Jalan AU 1A/4C
Taman Keramat Permai
54200 Kuala Lumpur
Malaysia
Sila turut sertakan maklumat berikut:
- Nama anda
- Alamat surat menyurat
- Alamat E-Mail anda
- Nombor telefon: Rumah dan Telefon bimbit
Kami akan menghubungi anda sejurus selepas kami menerima Wang Pos anda. |
Sebarang pertanyaan mengenai pembayaran sahaja,
sila email: info@OsmanAffan.com
|