PowerPoint

video-powerpoint.jpg

Animasi atau Video ringkas

Apabila satu animasi atau video ringkas selama 1 minit sudah siap, ia nampak ‘simple’ seolah-olah ia begitu mudah dihasilkan. Ramai yang sudah tahu dan sedar, ia tidak begitu.
Saya dapati, bagi saya, untuk hasilkan tips SmartStudy dalam bentuk video begini, saya perlu lalui beberapa langkah.
1. Cari idea, tulis dan susun tips.
2. Cari gambar sesuai.
3. Taip tips masukkan gambar dalam slides.
4. Lihat dan ubah flow slides berulang ulang ulang ulang ulang ulang kali.
5. Buat rakaman.
6. Cari lagu tema sesuai.
7. Buka video editor dan masukkan lagu dalam rakaman slides.
8. Save video dan buat penilaian akhir.

Hmmm… agak-agaknya, dalam beberapa langkah ini,
1. Langkah mana yang mungkin mengambil masa paling lama?
2. Berapa minit atau jam diperlukan untuk hasilkan video 1 minit begini?
3. Jika anda mahu hasilkan video tips begini, bahagian mana yang paling menakutkan bagi anda?
read more
Osman AffanAnimasi atau Video ringkas
testimoni-powerpoint.jpg

21 Pantang Larang dalam penggunaan Microsoft PowerPoint / Macbook Keynote.

Pelajari 21 Pantang Larang dalam penggunaan Microsoft PowerPoint / Macbook Keynote.
Apabila seorang trainer atau penceramah menggunakan slides untuk presentation, mereka gagal menarik perhatian disebabkan beberapa kesilapan besar yang mereka lakukan.
Saya kompilasikan kesilapan ini semua ke dalam satu senarai yang saya namakan sebagai ’21 Pantang Larang PowerSlides’. Senarai ini akan dikongsikan di dalam program PowerSlides Presentation Skills Ahad ini.
Bukan itu sahaja, apabila pantang larang ini diikuti, saya akan terangkan pula langkah seterusnya bagaimana membuat slides presentation menjadi lebih menarik, berkesan dan mampu menarik perhatian audiens TIDAK KIRA di peringkat mana UMUR mereka sekalipun.
Hasilnya, audiens akan seronok melihat visual yang dipaparkan, persembahan kelihatan natural dan bersahaja serta peserta tidak sempat hendak merasa mengantuk. smile emoticon
**************************************************************
Program PowerSlides Presentation Skills Osman Affan
**************************************************************
Tarikh: Ahad, 15 November 2015
Masa : 9 pagi – 5 petang
Lokasi: SmartStudy Training Centre, Taman Setiawangsa KL.
Yuran : RM300
(Diskaun RM50 untuk 7 pendaftaran pertama. Yuran: RM250 sahaja)
Tawaran Istimewa: Bantuan panduan selepas program selama 3 bulan. Jika ada masalah, masih tidak faham atau hadapi kesukaran semasa mengaplikasikan teknik penggunaan slides, boleh hubungi kami untuk bantuan sepenuhnya, percuma selama 3 bulan.
SMS/Whatsapp Cik Adilla 012-521 8747 untuk maklumat pendaftaran.

read more
Osman Affan21 Pantang Larang dalam penggunaan Microsoft PowerPoint / Macbook Keynote.
testimoni-powerpoint-2.jpg

Orang yang present guna Slides selalunya MESTI BORING!

“Orang yang present guna Slides selalunya MESTI BORING!”
“Trainer yang bagus takkan guna slides banyak-banyak. Dia kena banyak menulis atau buat aktiviti!”
“Siapa yang present guna slides powerpoint umpama orang yang bertongkat, takde power nak buat nak buat presentation yang bagus dengan kebolehan diri sendiri!
“Saya tak suka guna slides. Tak natural!”
Pernah dengar komen begini tentang penggunaan slides dalam presentation? Sedarkah anda BAHAWA orang yang komen begini SELALUNYA
1) TIDAK PANDAI gunakan Slides
2) TIDAK PERNAH LIHAT contoh presentation menggunakan slides dengan BETUL BERKESAN.
Satu perkara perlu difikirkan. Di zaman semua orang sibuk memerhatikan Skrin (laptop, smartphone, smartTV) dan mendapat stimulasi VISUAL di mana-mana, kita pula TERIKAT pada menarik perhatian mereka melalui TELINGA mereka sahaja…. Mampukah kita?
**************************************************************
Program PowerSlides Presentation Skills Osman Affan
**************************************************************
Tarikh: Ahad, 15 November 2015
Masa : 9 pagi – 5 petang
Lokasi: SmartStudy Training Centre, Taman Setiawangsa KL.
Yuran : RM300
(Diskaun RM50 untuk 7 pendaftaran pertama. Yuran: RM250 sahaja)
Tawaran Istimewa: Bantuan panduan selepas program selama 3 bulan. Jika ada masalah, masih tidak faham atau hadapi kesukaran semasa mengaplikasikan teknik penggunaan slides, boleh hubungi kami untuk bantuan sepenuhnya, percuma selama 3 bulan.
SMS/Whatsapp Cik Adilla 012-521 8747 untuk maklumat pendaftaran

read more
Osman AffanOrang yang present guna Slides selalunya MESTI BORING!
tips-powerpoint.jpg

21 Tips Microsoft PowerPoint

Pembuka kata

Setelah saya fikirkan apakah soft skills yang boleh saya kongsikan bersama anda disini, saya terfikir tentang kemahiran menggunakan perisian Microsoft PowerPoint. Perisian ini adalah amat penting jika anda mahu membuat sebarang presentation tidak kira anda masih belajar atau anda sudah bekerja. Di dalam era informasi ini, anda akan jauh ketinggalan jika anda tidak tahu menggunakan perisian ini untuk membantu presentation anda.

Dalam berkongsi tips ini, saya akan berikan 21 tips berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jika anda hadiri kelas-kelas komputer yang mengajar perisian, mungkin banyak lagi perkara yang anda akan tahu. Namun, saya percaya anda tidak perlu tahu semua perkara untuk menjadi lebih maju. 21 tips ini ialah tips-tips yang praktikal menurut pandangan saya dan tips-tips ini sering saya kongsikan bersama peserta semasa saya menjalankan program-program public speaking atau presentation skills. Ia juga berdasarkan pemerhatian saya terhadap kesilapan-kesilapan utama yang dilakukan oleh pelajar atau presenter semasa menggunakan perisian ini.

21 tips ini pula saya akan bahagikan kepada 3 bahagian.

  • 7 tips pertama (tips 1 -7) saya namakan ‘7 perkara yang perlu dielakkan’.
  • 7 tips kedua (tips 8 – 14) saya namakan ‘7 perkara yang perlu dipelajari’.
  • 7 tips ketiga (tips 15 – 21) saya namakan ‘7 petua untuk lebih maju’.

Mengikut pengalaman saya sendiri, saya tidak pandai menggunakan perisian ini walaupun setelah saya tamat pengajian sarjana muda saya. Ini mungkin kerana tidak banyak presentation yang perlu saya lakukan semasa saya belajar dalam bidang perakaunan dulu. Pertama kali saya ingat saya gunakan perisian ini ialah semasa saya perlu buat presentation di depan senior managers di syarikat saya bekerja PriceWaterHouseCoopers Chartered Accountant.

Kini saya banyak menggunakan perisian ini untuk tujuan presentation dan training saya. Saya rasa perisian ini sangat hebat dalam membantu melancarkan perjalanan program saya dan dalam membantu menarik perhatian peserta program saya.

Satu perkara yang anda perlu sedar ialah, tujuan anda kuasai tips-tips Microsoft PowerPoint ini bukanlah supaya anda boleh gunakan kesan-kesan khas yang pelik-pelik dan menarik seperti ada rama-rama yang terbang atau gambar kartun yang bergerak-gerak. Tetapi sebab utama anda pelajari tips-tips ini ialah untuk anda majukan teknik anda untuk menyampaikan idea anda secara jelas dan teratur. Maksudnya, dengan memajukan kemahiran anda dalam Microsoft PowerPoint, anda akan majukan teknik anda berkomunikasi.

Tips #1

Tip Microsoft PowerPoint yang pertama ialah, elakkan daripada menggunakan background berwarna putih sahaja. Kadangkala anda mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bersedia lalu anda cuma gunakan latar belakang tanpa apa-apa warna dan design.

Apa akan jadi jika anda menggunakan warna putih itu sahaja sebagai latar belakang?

  • Pertama, anda kelihatan seperti tidak bersedia, dan membuat kerja pada saat akhir. Saya biasa melihat pelajar yang membuat presentation menggunakan latar belakang begini. Ia kelihatan seolah-olah pelajar tersebut tidak serius dalam presentation beliau.
  • Kedua, anda tidak kelihatan professional. Ada bermacam-macam latar belakang yang boleh anda gunakan tetapi anda tidak menggunakan satu pun daripadanya. Orang yang melihat presentation anda mungkin terfikir bahawa anda belum pandai menggunakan powerpoint dan belum berpengalaman dalam membuat presentation. Jadi, mereka memandang rendah pada presentation anda.
  • Ketiga, presentation anda tidak akan mempunyai daya tarikan. Ia kelihatan sangat hambar.

Mungkin ada antara anda yang berkata anda suka warna putih jadi anda gunakannya. Tidak salah menggunakan warna putih, tetapi anda mungkin boleh tambah dengan beberapa warna lain supaya ia nampak lebih menarik. Sekurang-kurangnya, letakkan warna seperti gambar kedua yang saya berikan. Ia kelihatan lebih menarik.

Anda perlu ingat, Microsoft PowerPoint digunakan untuk membantu pendengar presentation anda memahami apa yang anda sampaikan melalui rangsangan visual. Jadi, apa yang anda tunjukkan secara visual mesti mampu menarik perhatian mereka. Jadi, untuk tip pertama ini, elakkan daripada menggunakan latar belakang satu warna putih sahaja.

Dalam masa yang sama, elakkan daripada menggunakan latar belakang yang terlalu gelap seperti warna hitam pekat atau warna yang terlalu garang seperti warna merah terang. Ini akan mengganggu konsentrasi penonton anda. Jika anda menggunakan warna latar belakang yang terlalu terang juga, ia akan membuat tulisan anda tidak jelas.

Tips #2

Tip kedua ini adalah sangat penting. Ini adalah kesalahan utama bagi mereka yang jarang membuat presentation dan yang baru berjinak-jinak dalam membuat powerpoint presentation. Jika anda lakukan kesilapan ini, serta-merta anda akan kelihatan seperti amatur atau budak-budak baru belajar. 

Kesilapan itu ialah meletakkan imej animasi dalam presentation anda. Maksudnya, bila anda buat presentation, ada imej kecil atau besar yang bergerak-gerak. Kadang-kadang anda letak kerana imej itu nampak comel, geram pulak kalau tak letak. Namun anda perlu tahu, apabila ada imej yang bergerak-gerak tu, ada beberapa kesan utama.

  • Anda mengganggu konsentrasi penonton anda. Apabila ada benda yang bergerak dalam powerpoint anda, tumpuan penonton sama ada akan tertumpu kepada pergerakan itu kerana mereka sukakan benda itu atau mereka akan rasa terganggu kerana pergerakan itu boleh menyakitkan hati.
  • Kedua, dalam presentation, anda memerlukan 100% tumpuan daripada penonton supaya mereka dapat faham apa yang anda katakan. Tetapi, apabila ada pergerakan itu, penonton pasti tidak akan dapat menumpukan perhatian mereka 100% kepada anda. Jadi, anda yang akan rugi.
  • Ketiga, saya percaya hanya kanak-kanak kecil sahaja yang suka benda yang bergerak-gerak seperti animasi kartun. Jika presentation anda untuk kanak-kanak kecil pun, saya tidak galakkan gunakan animasi begini kerana ia masih lagi mencuri tumpuan penonton anda.

Semasa saya belajar A-level di Shah Alam dulu, saya aktif menyertai kelab teater hingga pernah bertanding untuk mewakili Selangor. Satu perkara yang diajar oleh pengarah teater saya ketika itu (Sekarang ni bergelar Dr. Sam, Phd in Physics), bila kita berada di depan penonton, kita perlu tamak sikit. Bukan tamak apa, tamakkan perhatian mereka. Jadi, kalau ada apa-apa kat atas pentas yang boleh mencuri perhatian penonton kita, kita mesti elakkan atau hapuskan.

Sama seperti powerpoint presentation ini, elakkan daripada meletakkan sesuatu yang mencuri perhatian penonton anda.

p/s Saya rasa anda pun akan pening bila baca posting saya yang banyak animation macam ni. 

Tips #3

Tips yang ketiga agak mudah. Elakkan daripada menggunakan bunyi-bunyi yang tidak berkenaan. Anda mungkin pernah lihat presentation yang mengeluarkan pelbagai bunyi setiap kali perkataan atau gambar keluar kan? Kadang-kadang ada bunyi yang keluar setiap kali slide bertukar. Ada bunyi orang tepuk tangan, bunyi machinegun, bunyi kereta berhenti kecemasan dan bermacam-macam bunyi lagi.

Pada pendapat saya, bunyi-bunyi itu bertujuan membantu penerangan anda jika anda membuat sebarang animasi yang melibatkan imej bergerak. Animasi akan jadi lebih menarik apabila ada bunyi. Tetapi bunyi-bunyi itu telah disalah gunakan dengan mengeluarkannya setiap kali perkataan keluar atau setiap kali slide bertukar.

Ada beberapa akibat jika anda gunakan bunyi-bunyi yang tidak berkenaan ini:

  • Presentation anda kelihatan tidak professional dan kelihatan seperti anda sedang membuat presentation untuk kanak-kanak 5-6 tahun. Adakah itu imej yang cuba anda tonjolkan dalam presentation anda?
  • Penonton anda akan rasa terganggu dengan bunyi-bunyi tersebut. Jika anda lihat sesiapa yang membuat presentation dengan bunyi-bunyi begini, cuba lihat reaksi penonton-penonton lain. Saya pasti ada penonton yang akan tersenyum sinis kerana bunyi-bunyi sangat tidak sesuai digunakan.
  • Anda tidak akan dapat menyampaikan mesej presentation anda dengan baik. Ini kerana penonton anda akan hilang tumpuan mereka beberapa ketika setiap kali ana keluarkan bunyi-bunyi yang tidak sesuai itu.

Jadi, elakkan daripada melakukan kesilapan yang menjatuhkan imej presentation anda. Namun, jika anda rasa ada bunyi yang perlu anda gunakan untuk membantu menerangkan mesej anda, jangan ragu-ragu menggunakannya….. 

Tips #4

Tip yang keempat ini saya pelajari semasa saya sedang mengikuti pengajian Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa. Saya sedang belajar Psikologi Pendidikan dibawah didikan Dr Norazian. Ketika itu pelajar membuat presentation untuk mendapat markah dalam semester pertama.

Ketika membuat presentation, ada pelajar yang menulis terlalu banyak ayat di slide powerpoint (lihat contoh yang saya berikan). Dr Norazian agak marah melihat powerpoint yang begitu. Jadi beliau berkata, “ini PowerPoint ke PowerSentence ni?” Pelajar-pelajar bersama-sama ketawa mendengar komen ini termasuklah pelajar yang membuat presentation tersebut. Ada benarnya komen ini walaupun bunyinya agak kelakar.

Jadi, tip yang keempat ini ialah, jangan tulis terlalu panjang dalam powerpoint slide anda hingga ia menjadi powersentence.

Tujuan PowerPoint digunakan ialah untuk meringkaskan isi-isi anda supaya mudah anda terangkan. Anda cuma menulis isi penting sahaja, kemudian anda terangkan tentang isi tersebut dengan lebih lanjut. Ada beberapa akibat utama jika anda tulis panjang begini.

  • Anda pasti akan cuba membaca apa yang anda tulis terus daripada skrin projector. Jadi akan mula menghadap skrin projector, bukan menghadap penonton anda. Tidak bagus bukan?
  • Bukan sahaja anda yang akan membaca apa yang terpapar di skrin, penonton anda juga akan turut membacanya. Akibatnya, penonton tidak akan memberi perhatian kepada anda dan mula sibuk membaca.
  • Jika semua sudah anda tuliskan dan paparkan di skrin, apa lagi yang hendak anda terangkan?
  • Presentation anda akan jadi sangat hambar dan membosankan kerana anda hanya membaca daripada skrin projector.

Apa yang anda perlu lakukan ialah, ringkaskan ayat-ayat anda kepada kata kunci dan isi penting sahaja. Ingat, anda perlu terangkan dengan lebih lanjut tentang isi penting itu. Ini membuat anda kelihatan seperti anda benar-benar tahu tentang apa yang anda katakan itu.

Jadi mulai hari ini, ringkaskan apa yang anda tulis di slide powerpoint anda. Jangan takut untuk bercakap menghadap penonton. Ceritakan kepada penonton apa maksud isi penting yang terpapar di skrin projector anda. 

Tips #5

Tip hari ini ialah berkenaan saiz tulisan yang anda gunakan. Ada masanya, anda mungkin menulis dengan saiz tulisan yang terlalu besar. Namun, ini jarang mendatangkan masalah. Masalah akan timbul jika saiz tulisan anda terlalu kecil. Jadi tip hari ini ialah elakkan daripada menggunakan saiz tulisan yang terlalu kecil. Ini menyukarkan penonton anda membacanya dan mereka akan cepat hilang tumpuan dan mula merasa bosan jika mereka tidak dapat membaca apa yang anda tulis di atas slide powerpoint anda.

Berdasarkan pengalaman saya, saya yang paling kecil atau minimum yang sesuai digunakan ialah saiz 28. Saiz 28 ini sesuai jika anda menggunakan font Times New Roman atau arial. Jika anda gunakan font seperti Bernard MT Condensed contohnya, saiz 28 mungkin masih agak kecil.

Satu perkara yang anda perlu tahu, saiz tulisan anda bergantung kepada berapa ramai penonton anda dan berapa besar skrin dan tempat anda membuat presentation nanti. Jika anda membuat presentation untuk 25 orang dan tempat presentation itu kecil sahaja, anda tidak perlu gunakan font yang terlalu besar. Namun jika anda membuat presentation di dalam dewan besar dan dihadiri lebih 100 orang, anda patut gunakan saiz tulisan yang lebih besar.

Satu masalah yang sering diajukan kepada saya mengenai saiz tulisan ialah, jika anda menulis dengan saiz yang besar, nanti tak muat pula ruang di dalam slide powerpoint tu. Hmmm… jika anda baca tip saya minggu lalu, anda mungkin tahu bahawa di dalam slide powerpoint, anda patut tulis hanya isi penting, bukan keseluruhan ayat. Jika anda letakkan terlalu banyak isi dan ayat dalam satu slide, saya pasti ruang yang ada tidak akan mencukupi.

Tips #6

Tip yang keenam ialah, jika anda ada banyak isi yang ingin anda paparkan di dalam slide anda, jangan paparkan semuanya sekali gus. Sebab utamanya ialah, penonton anda akan sibuk membaca semua isi anda dan mula sangka yang mereka sudah tahu semua yang anda ingin katakan.

Dengan memaparkan semua isi anda sekaligus juga akan membuat slide anda kelihatan penuh dengan isi dan perkataan setiap masa. Secara psikologinya, penonton mudah rasa penat kerana terfikir terlalu banyak perkara yang perlu mereka dengar daripada anda. Jika isi anda keluar satu persatu, penonton anda tidak akan terasa terlalu penat kerana isi itu keluar sedikit demi sedikit.

Anda perlu pelajari bagaimana anda boleh keluarkan isi penting anda satu persatu dengan menggunakan Custom Animation. Saya akan ceritakan juga tentang teknik menggunakan Custom Animation ini dalam tips akan datang.

Tips #7

Tip yang ketujuh, sesuatu yang perlu anda elakkan semasa menggunakan microsoft Powerpoint ialah, jangan gunakan terlalu banyak animation dalam sesuatu presentation. Contohnya, katakan anda paparkan 7 isi penting dalam slide anda dan isi penting itu keluar satu persatu. Ramai pelajar yang terlalu seronok menggunakan animation hingga mereka gunakan 7 jenis animation yang berbeza untuk setiap isi. Contohnya, isi pertama keluar dengan animation ‘fly in’, isi kedua keluar dengan animation ‘grow and turn’, isi ketiga dengan ‘compressed’ dan seterusnya.

Walaupun cara ini tidaklah salah, tetapi ada beberapa akibat yang mungkin anda tidak sedari:

  • Presentation anda kelihatan tidak seragam. Mana tidaknya, satu animation keluar begini dan satu animation lagi keluar begitu. Perbezaan ini sedikit sebanyak akan mengganggu konsentrasi penonton anda.
  • Presentation anda akan Jadi presentation untuk menunjukkan kebolehan anda menggunakan animation, bukan untuk menyampaikan mesej dengan jelas. Jadi, anda harus fikir semula kenapa anda buat presentation tersebut. Adakah animation yang berbeza anda lakukan tadi akan membantu penonton memahami mesej anda atau sebaliknya?
  • Animation yang terlalu banyak jenis akan menghalang penonton daripada melihat kelancaran mesej yang anda ingin sampaikan.
  • Presentation anda juga boleh kelihatan huru-hara jika anda gunakan terlalu banyak jenis animation dalam satu slide.

Cadangan saya, jika dalam satu slide ada 7 isi, gunakan animation yang sama. Jika anda gunakan animation ‘fly in’-‘from top’, gunakan animation ini untuk kesemua 7 isi tadi. Di dalam slide seterusnya pula, anda boleh gunakan animation lain untuk isi-isi yang lain.

Tips #8

Sekarang kita sudah masuk ke tip yang kelapan. Tips ke 8 hingga 14 adalah tips-tips untuk anda pelajari dalam Microsoft PowerPoint. Untuk anda kuasai perisian ini dan mampu menggunakannya untuk membantu anda dalam membuat presentation, anda mesti mahir dalam asas-asasnya. Untuk pengetahuan anda juga, tips-tips ini adalah apa yang saya biasa lakukan. Ia tidak semestinya cara yang terbaik kerana ada terlalu banyak cara untuk mengolah PowerPoint anda. Jadi, jika anda rasa cara yang saya gunakan sesuai dan mudah bagi anda, anda boleh turut sama gunakan cara ini. 

Tip yang ke-8 ini, saya akan ceritakan tentang ‘Master Slide’. Setiap kali anda ingin gunakan perisian PowerPoint, anda perlu pilih background yang anda inginkan. Seperti yang sudah terangkan dalam tips yang lalu, background atau latar belakang slide anda mestilah sesuai supaya perkataan yang anda paparkan kelihatan jelas dan menarik.

Selama ini, mungkin anda hanya gunakan ‘design templates’ sebagai latar belakang slide anda. Lihat menu utama perisian PowerPoint anda. Design template anda boleh perolehi dengan klik ’slide show’ –> klik ‘animation scheme’. Anda boleh lihat rekaan-rekaan latar belakang yang anda boleh gunakan. Cuma klik pada mana-mana rekaan yang anda mahu gunakan. (imej dibawah menunjukkan beberapa rekaan yang sedia ada di dalam PowerPoint)

Namun, jika anda ingin lebih maju dan kelihatan lebih professional, saya cadangkan agar anda mencipta latar belakang anda sendiri.

 Ini adalah kerana:

  • Hari ini, jika anda belum biasa menggunakan powerpoint, cuba gunakan beberapa background yang berbeza. Jika anda sudah biasa, cuba pilih background bagaimana yang sesuai digunakan berdasarkan 7 tips yang telah saya berikan sebelum ini. Insyaallah, kita akan sambung esok tentang cara menggunakan master slide.# Anda boleh cipta latar belakang yang lebih relevan atau sesuai dengan apa yang anda persembahkan. Contohnya jika anda sedang membuat presentation tentang perniagaan beras, anda boleh gunakan gambar beras sebagai latar belakang.
  • # Dalam training saya, jika saya jalankan program bersama UIA, saya akan gunakan latar belakang gambar UIA sendiri. Gambar itu saya olah supaya ia sesuai dengan tema presentation saya. Saya akan ajarkan teknik dalam tips yang akan datang nanti.
  • # Anda boleh jadi lebih kreatif. Jika anda jadi lebih kreatif, presentation anda akan jadi lebih menarik. Anda juga akan rasa seronok dan tidak sabar untuk membuat presentation anda.

Tips #8.1

Apabila anda membuat design latar belakang di master slide, setiap kali anda klik untuk keluarkan slide baru, design yang anda gunakan di master slide ini akan keluar. Jadi, anda perlu fikirkan latar belakang yang sesuai untuk presentation anda. Ada beberapa tips untuk rekaan atau design untuk master slide anda.

  • Gunakan warna yang menyerlahkan tulisan anda. Anda boleh gunakan kombinasi warna terang seperti merah atau biru dengan warna yang lembut seperti warna kuning atau biru muda. Anda lihat dan cuba sendiri kombinasi warna manakah yang sesuai untuk anda.
  • Jika anda mahu gunakan gambar, pastikan gambar itu tidak terlalu terang hingga menggangu penonton melihat tulisan anda. Apa yang saya biasa lakukan ialah, saya akan turunkan ‘transparency’ gambar tersebut menggunakan perisian Macromedia Fireworks. (Lihat contoh)

Drawing tools

  • Jika anda mahu gunakan gambar dan anda tidak tahu cara menggunakan perisian lain untuk mengolah gambar tersebut, anda boleh insert gambar tersebut dahulu ke slide, dan ‘right klik’ –> Klik format picture –> Colour –> Washout. Kemudian anda boleh olah berapa terang gambar itu dengan mengawal ‘brightness’.

Sekarang saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh gunakan Slide Master ini. Mula-mula, klik ‘view’ –> Master –> Slide Master. Anda akan lihat gambar disebelah. Kebiasaannya saya akan ‘delete’ semua kotak-kotak yang ada itu. Caranya ialah klik pada kotak-kotak itu dan tekan button delete pada papan kekunci anda.

Kemudian, slide yang kosong itu anda boleh hiaskan menggunakan drawing tools yang ada di bahagian bawah perisian PowerPoint itu. Anda boleh rekacipta latar belakang slide anda mengikut kehendak anda dan setelah selesai, cuma klik ‘close master view’. Selepas ini, cuba klik ‘new slide’ (button ini biasanya terletak dibahagian atas sebelah kanan’ dan anda akan lihat latar belakang yang anda reka tadi keluar. Selamat mencuba.

Tips #9

Tip hari ini adalah untuk anda pelajari bagaimana mahu memasukkan audio seperti muzik atau bunyi khas, bagaimana memasukkan imej atau gambar dan bagaimana memasukkan klip video. Seperti yang saya ada terangkan sebelum ini, PowerPoint membantu anda mewujudkan persembahan visual yang menarik. Ini boleh dilakukan dengan memasukkan imej, gambar dan klip video. Presentation anda juga boleh jadi menarik jika anda boleh masukkan muzik atau kesan bunyi khas pada mana-mana tempat yang sesuai.

Kita mulakan dengan bagaimana memasukkan imej dahulu. Mudah sahaja. Pada panel utama anda, klik insert –> Picture –> From file. Kemudian buka folder di mana anda menyimpan gambar yang hendak anda masukkan itu. Klik pada gambar itu dan klik ok. Jika gambar itu besar, anda akan lihat ia memenuhi slide anda. Kadangkala ia jauh lebih besar daripada saiz slide anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengecilkan gambar itu dengan klik pada bucu gambar itu, ‘drag’ ke dalam hingga ia menjadi lebih kecil.

Anda juga boleh masukkan imej berbentuk ‘animation’. Setelah anda masukkan imej yang berbentuk animation, ia akan bergerak apabila anda memulakan ’slide show’.

Ada beberapa tips untuk imej dan gambar:

  • Gambar sangat bagus untuk untuk membuat presentation anda lebih jelas. Gunakan gambar yang berkenaan dan jika boleh, gambar yang tidak sensitif. Saya pernah buat satu program untuk pelajar UIA yang disertai oleh pelajar luar negara iaitu daripada negara-negara Afrika. Kebetulan, saya tengah ceritakan penderitaan orang-orang yang tidak mempunyai makanan yang cukup dan menderita kebuluran. Gambar-gambar yang saya tunjuk pula kesemuanya adalah orang-orang daripada benua afrika. Jadi gambar-gambar ini membuat peserta saya agak tidak selesa dan mereka menyatakan perasaan mereka kepada saya selepas program tersebut. Walaupun saya tidak ada niat hendak membuat sesiapa merasa sensitif, saya perlu lebih berhati-hati dengan apa yang saya tunjukkan.
  • Jika anda ada kamera digital, proses menggunakan gambar ini akan jadi lebih mudah. Jika anda ceritakan tentang kawasan perumahan yang kotor contohnya, anda boleh ambil gambar-gambar sebenar dan tunjukkan kepada penonton anda.
  • Jika anda tidak ada gambar yang sesuai dan anda masih memerlukan gambar untuk membantu presentation anda, anda boleh cari gambar-gambar itu diinternet. Contohnya, masuk ke www.google.com. Klik pada ‘image’ dan taip gambar apa yang anda cari. Apabila anda sudah jumpa gambar yang anda mahukan, ‘right klik’ pada gambar itu, dan ’save picture as’ di dalam komputer anda.

Selamat mencuba.

Tips #9.1

Beberapa minggu lalu saya ada terangkan tip ke 9 iaitu tip untuk memasukkan gambar. Hari ini saya akan terangkan bagaimana mahu memasukkan bunyi atau muzik ke dalam powerpoint presentation anda. Mula-mula, klik insert –> Movies and Sound –> Sound from file. Kemudian muzik atau file bunyi mana yang anda ingin masukkan. Satu tip untuk anda, anda patut save file muzik ini ke dalam folder yang sama dengan file powerpoint anda. Ini akan memudahkan anda terutamanya jika anda terpaksa memindahkan file powerpoint ini ke komputer lain.

Setelah anda insert muzik seperti langkah diatas, anda akan ditanya, “How do you want the sound to start in the slide show? [Automatically] [When Clicked]”

Jika anda klik ‘automatically’, bunyi itu akan terpasang dengan sendiri apabila anda membuka slide tersebut. Jika anda klik ‘when clicked’, bunyi itu akan terpasang apabila anda klik pada icon speaker yang  keluar pada slide itu.

Kalau bunyi muzik anda itu pendek dan anda mahu ia berbunyi berulang-ulang kali, anda boleh ‘right click’ pada ikon speaker, dan klik ‘edit sound object’. Kemudian klik pada ‘loop until stopped’. Ini bermaksud, bunyi atau muzik anda akan sentiasa berbunyi berulang-ulang kali hingga anda menukar slide atau menghentikannya dengan sengaja.

Anda juga boleh klik pada ‘hide sound icon during slide show’. Ini akan menyembunyikan icon berupa speaker itu ketika muzik dimainkan. Nampak lebih professional.

Selamat mencuba. 

Tips #9.2

Hari ini, kita akan pelajari bagaimana hendak memasukkan klip video ke dalam power point presentation anda. Selalunya, di dalam program yang saya jalankan, saya selalu tunjukkan klip-klip video yang menarik dan kelakar. Satu tujuannya ialah, peserta akan dapat menumpukan perhatian mereka kepada mesej yang cuba saya sampaikan.

Disamping itu, klip-klip video yang menarik dan kelakar boleh menarik perhatian peserta saya untuk mendengar apa yang saya cuba sampaikan. Apa yang menarik ialah, saya tahu apa reaksi peserta saya setiap kali melihat beberapa klip video yang saya tunjukkan. Contohnya ada satu klip video ini, kalau saya tunjukkan, pasti semua peserta program saya akan ketawa terbahak-bahak. Jadi, apabila saya mahukan reaksi tertentu dalam program saya, saya akan tunjukkan klip video.

Ramai yang bertanya kepada saya daripada mana saya dapat klip-klip video itu semua. Jawapannya mudah sahaja. Anda masuk ke mana-mana search engine, dan taip funny videos. Anda akan lihat beratus-ratus malah beribu-ribu laman web yang menunjukkan klip video menarik dan kelakar. Namun, anda perlu pilih klip video yang sesuai.

Tidak semua klip video berkenaan dan sesuai untuk ditunjukkan. Berhati-hati jika anda terambil klip-klip yang bersifat perkauman, iklan arak atau menunjukkan gambar-gambar yang tidak sopan. Klip video begini perlu dielakkan. Setelah anda jumpa klip video yang sesuai, selalunya ada panduan bagaimana mahu menyimpannya (download) ke dalam komputer anda. Selalunya juga, anda perlu ‘right click’ pada video tersebut dan ’save target as’ ke dalam komputer anda.

Setelah anda ada klip video di dalam folder powerpoint anda, klik insert –> Movies and Sounds –> Movie from file. Sama seperti tips memasukkan muzik semalam, anda akan ditanya sama ada mahu klip video itu terpasang secara automatik atau anda mahu klik sendiri untuk memasangnya. Selalunya saya biarkan ia terpasang dengan sendiri apabila slide itu terbuka. Ia kelihatan lebih lancar. Tetapi ia terpulang kepada anda.

Setelah klip video itu ada pada slide, anda boleh klik pada video itu dan besarkannya hingga memenuhi keseluruhan slide. Anda perlu berlatih untuk memainkan video ini secara lancar. Setelah anda masukkan klip video itu, cuba gunakannya berulang-ulang kali. Setiap kali saya membuat slide saya akan cuba berulang-ulang kali daripada slide pertama hingga ke slide terakhir. Itulah cara saya dapat lihat sama susunan slide saya itu lancar atau tidak.

Selamat mencuba. 

Tips #10

Tip yang ke-10 ialah mengenai penggunaan ’slide transition’. Slide transition ialah bagaimana cara anda mahu anda slide anda bertukar dari satu slide ke slide yang lain. Contohnya, dari slide satu ke slide 2, anda mungkin mahu slide 1 pudar sedikit demi sedikit dan terus hilang, kemudian slide kedua terus muncul. Anda boleh pilih jenis slide transition yang anda mahu dengan klik slide show –> Slide transition. Anda akan lihat jenis-jenis slide transition di sebelah kanan power point anda seperti imej di bawah.

Anda perlu mencuba jenis transition mana yang anda perlukan. Lihat pada ‘modify transition’, ada dua perkara yang anda perlu pelajari di sini. Pertama, ’speed’. Ini adalah berapa laju anda mahu sldie anda bertukar. Jika anda pilih slide transition ‘box in’, dan anda klik speed fast, slide anda akan bertukar dengan sangat laju. Jadi, anda boleh pilih kelajuan yang sesuai untuk presentation anda.

Kedua, ’sound’. Jika anda mahu slide anda bertukar sambil mengeluarkan bunyi tertentu, anda boleh klik di sini. Anda boleh pilih bunyi bagaimana yang anda mahu.

Di bahagian advance pula, anda boleh pilih sama ada mahu slide itu bertukar secara automatik selepas beberapa ketika atau anda mahu klik sendiri untuk menukarkannya. Contohnya, katakan anda klik pada ‘automatically after’ dan letakkan 1 minit. Selepas slide itu terbuka selama 1 minit, ia akan bertukar sendiri ke slide seterusnya tanpa anda menekan apa-apa butang.

Tips daripada saya:

  • Jika anda menggunakan bunyi, jangan gunakan terlalu kerap. Ia akan mengganggu presentation anda dan ia boleh membuat presentation anda kelihatan tidak professional.
  • Gunakan jenis slide transition yang boleh membantu memudahkan penonton anda memahami presentation anda. Jangan pilih kerana anda suka dan seronok melihat animasi perubahan slide itu.
  • Elakkan menggunakan terlalu banyak jenis slide transition. Slide transition yang elok ialah yang seragam sepanjang presentation anda. Perbezaan jenis transition hanya dilakukan jika ia perlu dan dapat membantu presentation anda.
  • Anda boleh pilih satu jenis slide transition dan ‘apply to all slides’. Ini akan membuat presentation anda seragam dan menarik.

Selamat mencuba. 

 

Tips #11

Tip ke 11 ini ialah tip kegemaran saya. Kebanyakan peserta program atau pelajar selalu bertanya tentang tip ke 11 ini. Tip ke 11 ini ialah berkenaan ‘Custom Animation’. Custom animation ialah fungsi-fungsi yang anda boleh gunakan untuk mempelbagaikan cara mempersembahkan isi kandungan presentation anda.

Jika dulu presentation hanya dibuat menggunakan OHP Projector atau lebih lama lagi,menggunakan kad manila atau kertas mahjong. Cara ini, penonton anda akan terus dapat melihat kesemua isi-isi presentation anda sekaligus. Dengan menggunakan custom animation, anda boleh mengeluarkan isi kandungan presentation anda satu persatu dan dengan pelbagai cara.

Sebagai permulaan, cuba buka custom animation. Caranya, klik Slide Show –> Custom Animation. Kemudian, anda akan lihat beberapa ikon custom animation di sebelah kanan power point anda.

Anda dapat lihat ikon ‘Add effect’ dalam imej di bawah. Add effect ini cuma akan aktif jika anda klik sesuatu yang hendak anda animasikan di dalam slide anda.

Contohnya, jika anda klik pada mana-mana kotak tulisan dalam slide anda, ikon add effect ini akan kelihatan aktif (ada warna, tidak berwarna kelabu pudar). Apabila anda lihat ikon ini aktif, cuba klik pada ikon tersebut. Anda akan lihat 4 jenis custom animation yang anda boleh gunakan iaitu Entrance, Emphasis, Exit dan Motion Path. hari ini, saya akan terangkan fungsi keempat-empat perkara ini satu persatu.

Entrance – Apabila anda gunakan effect entrance pada tulisan, tulisan itu tidak akan muncul semasa slide show. Tetapi setelah anda klik mouse anda atau klik down arrow button, tulisan itu akan keluar. Jadi, gunakan effect ini untuk mengeluarkan isi presentation anda satu persatu.

Emphasis – Ini digunakan untuk menguatkan presentation anda untuk sesuatu isi. Contohnya anda sudah keluarkan tiga isi penting. Kemudian, anda mahu menekankan kepentingan isi ketiga. Jadi, anda gunakan Emphasis untuk membesarkan tulisan itu, menukar warnanya atau apa saja jenis emphasis yang anda suka.

Exit – Katakan anda sudah senaraikan 10 isi penting di dalam slide anda. Kemudian anda mahu terangkan tentang isi yang ke sepuluh. Jadi, anda boleh gunakan Exit ini untuk mengeluarkan 9 lagi isi tadi. Kesannya, isi itu akan hilang dengan cara yang anda mahukan.

Motion Path – Anda boleh gunakan ini untuk membuat sedikit animasi di dalam presentation anda. Contohnya, anda ada gambar orang sedang berjalan. Gambar itu tidak bergerak. Tetapi anda boleh gunakan motion path ini dengan membuat gambar itu bergerak ke mana-mana sahaja yang anda mahu.

Jangan risau jika anda masih kurang faham. Insyaallah saya akan terangkan dengan panjang lebar tentang tip ke 11 ini. Saya jika anda boleh kuasai tip ke 11 ini, anda kelihatan lebih professional semasa menggunakan power point.

Tips #11.1

Hari ini, kita lihat lebih lanjut mengenai custom animation. Untuk memulakan tip hari ini, buka slide baru, dan taipkan perkataan ‘Custom animation’. Biarkan kotak tulisan itu aktif. Apabila ia aktif, ia kelihatan seperti imej disebelah. Saya akan gunakan contoh custom animation Entrance hari ini. Ini bermaksud, perkataan di sebelah hanya akan keluar apabila saya mahu ia keluar. Apa yang perlu anda lakukan, klik Add Effect –> Entrance –> Fly in. Secara automatik anda akan lihat bagaimana effect fly in ini untuk tulisan ‘custom animation’ anda. Anda lihat ia terbang dari bawah bukan?

Perkara utama yang ingin saya terangkan hari ini ialah mengenai 3 fungsi ini; Start, Direction dan Speed. Dalam custom animation, 3 fungsi ini sangat penting kerana ia adalah penentu kepada bagaimana anda mahu mengolah pergerakan isi penting presentation anda. JIka anda tidak pernah menggunakannya, anda mungkin tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan ‘on click’, From bottom’ dan ‘very fast’. Saya akan terangkan satu persatu.

Start – ia bermaksud bagaimana anda mahu ia bermula. Start terbahagi kepada 3 pilihan iaitu on click, with previous dan after previous. Jika anda pilih ‘on click’, perkataan custom animation anda hanya akan muncul apabila anda klik mouse anda (atau tekan down arrow button). Anda boleh mencuba effect ini. Setelah anda klik ‘on click’, tekan button ‘view show’(klik slide show –> View Show, atau anda boleh tekan butang F5). Anda akan lihat slide show anda tidak ada perkataan ‘custom animation’ tadi. Tetapi, apabila anda klik down button arrow atau klik mouse anda, perkataan itu akan muncul daripada bawah dengan sangat laju.

Jika anda klik ‘With previous’ ,perkataan ‘custom animation’ tadi akan keluar bersama effect sebelumnya. Tetapi disebabkan hanya ada satu effect dalam slide ini, ia akan keluar sebaik sahaja slide bertukar. Cuba anda klik with previous dan tekan button view show. Lihat apa yang berlaku.

Jika anda klik ‘after previous’ ia akan keluar selepas effect sebelumnya. Katakan anda ada tiga effect untuk tiga tulisan anda. Jika tulisan yang kedua anda klik ‘after previous’ ia akan keluar dengan automatik selepas effect tulisan pertama. Jika anda klik ‘after previous’ untuk tulisan ketiga, ia akan keluar secara automatik selepas effect kesan kedua. Untuk lebih mudah faham, anda perlu mencubanya. Cuba buat tiga kotak tulisan dan letakkan effect untuk setiap satu tulisan. Cuba olah fungsi ‘Start’ ini dan lihat sendiri apa kesannya.

Anda boleh beri saya soalan jika anda kurang fahama bahagian ini supaya saya dapat terangkan dalam bentuk lain pula.

Tips #11.2

Kita sambung tip semalam. Saya telah terangkan apa yang dimaksudkan dengan start. Hari ini saya terangkan dua lagi fungsi di dalam custom animation iaitu direction dan Speed.

Direction bermaksud dari arah mana anda mahu effect itu masuk. JIka anda klik pada direction, ada beberapa arah yang diberikan (direction ini cuma ada untuk beberapa jenis effect sahaja, bukan kesemuanya).

Jadi, anda boleh pilih arah mana yang anda mahu. Contohnya, jika anda mahu membuat anak panah (yang menghala ke atas) anda fly in semasa presentation, is sesuai jika anda menggunakan direction ‘from bottom’. Jadi, nanti anak panah anda akan meluncur masuk daripada bawah slide dengan arah yang betul (bukan anak panah yang bergerak terbalik). JIka anda mahu cuba, lukiskan satu anak panah menggunakan drawing tools, dan gunakan effect fly in. Lihat bagaimana anak panah anda bergerak masuk ke dalam slide.

Seterusnya ialah speed. Ia bermaksud jika anda gunakan fly in, berapa laju anda mahu objek anda itu bergerak? Adakah anda mahu ia bergerak dengan perlahan, sederhana atau sangat laju. Ini bergantung kepada effect yang anda perlukan.

Jika semua isi penting dan gambar anda bergerak dengan terlalu perlahan, kadangkala ia boleh jadi membosankan dan membuat penonton anda jadi tidak sabar. Seperti yang saya kata, ia terpulang kepada anda.

Baiklah, saya sudah terangkan bagaimana 3 fungsi Start, Direction dan Speed ini berfungsi. Sekarang mari kita cuba buat. Tadi anda ada satu kotak tulisan ‘custom animation’ bukan? Sekarang, aktifkan kotak tulisan itu –> klik edit –> copy –> paste. Anda akan lihat satu salinan perkataan ‘custom animation’. Ulang langkah tadi sekali lagi. Jadi sekarang anda ada 3 kotak tulisan ‘custom animation’ itu.

Klik pada tulisan pertama –> add effect –> Entrance –> Fly in. Pada Start, klik ‘on click’, direction ‘From top’ dan speed ’slow’.

Klik pada tulisan kedua –> add effect –> Entrance –> Fly in. Pada start klik ‘after previous’, direction ‘from left’ dan speed ‘medium’.

Klik pada tulisan ketiga –> add effect –> Entrance –> Fly in. Pada start klik ‘after previous’, direction ‘from right’ dan speed very fast.

Setelah selesai semuanya, klik slide show –> view show. Anda akan lihat tidak ada apa-apa pada slide anda. Kemudian, klik mouse anda sekali. Anda akan lihat ketiga-tiga tulisan itu akan keluar mengikut turutan. Selamat mencuba.

Tips #11.3

Masih lagi dalam tips menggunakan custom animation. Hari ini, saya ingin terangkan bahawa untuk satu tulisan atau objek, anda boleh gunakan lebih daripada satu effect. Saya akan tunjukkan contoh bagaimana mahu menggunakan lebih daripada satu effect kepada satu tulisan atau objek.

Di slide anda, taipkan custom animation. Biarkan tulisan itu aktif. Kemudian, klik slide show –> custom animation. Ada 4 effect yang saya mahu anda gunakan ke atas perkataan tadi.

  1. Pertama, (sambil tulisan itu aktif), klik add effect –> Entrance –> Fly in. Untuk effect ini, pada bahagian ’start’ klik ‘on click’, direction ‘from top’ dan speed ‘medium’.
  2. Kemudian, biarkan tulisan itu aktif lagi, klik add effect –> Emphasis –> Change Font Size. Pada start, klik ‘after previous’, Font size ‘150%’ dan speed ‘medium.
  3. Klik sekali lagi pada add effect –> Motion path –> Up. Pada start klik ‘after previous’, path ‘unlocked’ dan speed ‘medium’.
  4. Akhir sekali, klik pada add effect –> Exit –> Fly out. Pada start klik ‘after previous’, direction ‘ To bottom’ dan speed ‘fast’.

Setelah anda selesaikan lakukan 4 langkah ini, anda akan lihat tulisan anda tadi begini. (gambar tulisan custom animation). Anak panah berkepala merah itu adalah motion path, menunjukkan ke arah mana tulisan itu akan pergi. Anda juga akan lihat pada bahagian custom animation di sebelah kanan power point begini.

Setelah selesai 4 langkah ini juga, klik slide show –> view show. Klik mouse anda sekali. Apa yang anda lihat?

Jika anda lakukan dengan betul, selepas anda klik mouse anda, anda akan lihat tulisan custom animation itu turun dari atas. kemudian, secara automatik ia akan menjadi besar dan kemudian bergerak ke atas. Akhir sekali, ia akan bergerak ke bawah dengan laju dan hilang. Inilah effect yang telah anda pelajari tadi.

Untuk lebih maju, anda perlu cuba buat pelbagai effect lain pula. Saya percaya anda sudah faham fungsi effect entrance, exit, emphasis dan motion path. Esok saya akan terangkan satu lagi tip dalam menggunakan motion path.

Tips #11.4

Dalam tip hari ini, saya ingin kongsikan satu teknik dalam menggunakan effect motion path. Mula-mula, lukiskan satu kotak pada slide anda.Terpulang kepada anda mahu gunakan kotak berwarna apa. Saya telah lukiskan satu kotak berwarna merah seperti di dalam gambar di bawah.

Tip hari ini mudah sahaja sebenarnya. Saya mahu tunjukkan bagaimana mahu buat effect supaya kotak itu bergerak ke kanan, kemudian bergerak ke atas. Bunyinya agak mudah tetapi selalu saya mendapat soalan bagaimana mahu melakukan perkara ini.

Langkah-langkahnya:

  1. Klik add effect –> Motion path –> Right. (Start – ‘On-click’, path – ‘unlocked’, speed – ‘medium). Selesai sahaja anda lakukan anda akan lihat preview kotak itu bergerak ke kanan.
  2. Biarkan kotak itu aktif, klik add effect sekali lagi –> motion path –> Up. (Start – ‘after previous’, path – ‘unlocked’, speed – ‘medium’.)

Sekarang, cuba anda klik slide show –> view show. Apakah yang terjadi? Anda akan lihat, kotak itu bergerak ke kanan, kemudian ia hilang sekejap dan muncul ditempat asal dan bergerak ke atas bukan? Apa yang kita mahu lakukan ialah, apabila ia bergerak ke kanan,berhenti dan terus bergerak ke atas daripada tempat ia berhenti. Bagaimanakah cara melakukannya? Mudah sahaja.

Lihat kotak anda. Setelah anda letakkan 2 effect tadi, anda akan lihat dua anak panah berkepala merah bukan. Sekarang, klik pada anak panah yang menghala ke atas itu. Ia akan aktif. Gerakkan anak panah itu ke kanan menggunakan right arrow button di papan kekunci anda. Gerakkan anak panah itu betul-betul di atas hujung anak panah yang lagi satu. Kemudian, klik slide show –> view show sekali lagi. Apa yang anda lihat?

Ya, anda akan lihat kotak itu bergerak ke kanan dan kemudian terus bergerak ke atas tanpa balik semula semula ke tempat asalnya.

Setelah anda memahami konsep ini, anda boleh buat beberapa kesan atau pergerakan lain mengikut kehendak anda. Apa yang penting, dengan pengetahuan asas ini, anda perlu cuba lagi banyak kali dengan effect yang berlainan pula. Anda akan jadi lebih cekap dalam masa yang sangat singkat.

Selamat mencuba.

Tips #11.5

Kita sudah pelajari 4 bahagian dalam tip ke 11. Tip ke 11 iaitu custom animation adalah untuk membantu anda membuat animasi supaya presentation anda jadi lebih jelas dan menarik. Anda perlu ingat, tujuan anda pelajari tip ini bukanlah supaya anda boleh gunakan kesemua jenis effect dalam semua slide anda. Custom animation bertujuan untuk membantu, bukan menjadi pertunjukan utama. Jadi elakkan menggunakan effect yang tidak berkaitan malah mengganggu presentation anda.

Satu tip untuk anda pastikan sama ada custom animation anda membantu atau mengganggu, anda boleh tanya sahabat anda atau sesiapa yang boleh memberi komen terhadap presentation anda ini. Saya sendiri, selepas selesai buat sesuatu effect yang baru untuk presentation saya, saya sering bertanya kepada isteri saya tentang pendapat beliau. Isteri saya bukan berada di dalam bidang training.

Jadi komen beliau adalah seperti komen orang biasa yang bakal menjadi penonton presentation saya. Selalu juga saya mendapat maklum balas dan idea yang bernas daripada isteri saya sendiri. beliau akan memberi komen jika beliau rasa sukar untuk memahami apa yang saya cuba sampaikan melalui effect pada slide saya.

Esok kita akan pelajari tip yang seterusnya, tip 12, berkenaan dengan ‘view show’.

Tips #12

Tip ke 12 adalah berkenaan penggunaan ‘view show’. Semasa anda hendak membuat presentation, anda perlu klik slide show –> View Show. Saya biasanya cuma akan klik pada satu ikon di sebelah kiri, bawah power point (seperti imej di bawah. Jika anda mahu lebih cepat, cuma tekan kekunci F5.

Kepada yang sudah tahu tip ini, jangan ketawa jika anda rasa perkara ini terlalu mudah. Saya pernah pergi ke satu mesyuarat di mana presenter mempersembahkan slide beliau tanpa menekan button view show. Satu lagi masalah yang biasa timbul bagi sesiapa yang jarang menggunakan power point ialah, bagaimana mahu menukar slide ke slide seterusnya, atau bagaimana hendak balik semula ke beberapa slide awal.

Begini. Apabila anda sudah menekan button view show, banyak button pada papan kekunci yang anda boleh gunakan untuk bergerak ke slide seterusnya. Untuk bergerak ke depan (ke slide seterusnya), anda boleh tekan mana-mana button ini pada papan kekunci:

  • Enter
  • Pg Dn (Page Down)
  • Arrow ke bawah
  • Arrow ke kanan

Untuk berpatah balik ke belakang semula (ke slide sebelumnya), anda boleh tekan mana-mana button in pada papan kekunci:

  • Pg Up (page up)
  • Arrow ke atas
  • Arrow ke kiri

Dengan mengetahui tip ini, anda akan kendalikan slide show anda dengan mudah, lancar dan kelihatan yakin dengan apa yang anda lakukan. Saya percaya ramai yang tidak tahu atau tidak berapa pasti akan tip ini kerana saya juga pernah lihat trainer yang ‘right click’ setiap kali mahu menukar slide. Cara ini membuang masa, tidak lancar dan membuat anda kelihatan seperti seorang amatur.

Selamat mencuba. 

Tips #13

Tip 13 adalah tip berkenaan ‘Copy & Paste’. Secara umum, copy bermaksud salin dan paste bermaksud tampal. (hehe, teringat masa mengajar kelas Bahasa Inggeris, kena terangkan maksud perkataan kepada student.   )Tahukah anda, jika anda copy satu imej atau tulisan pada satu slide dan paste pada slide yang lain, imej itu akan muncul pada kedudukan yang sama?

Katakan anda ada dua slide kosong. Pada slide pertama, dengan menggunakan drawing tools, lukiskan pada slide pertama seperti yang saya lukiskan di dalam imej di sebelah. Anda boleh juga lukiskan 3 imej lain jika anda mahu. Setelah anda lukiskan pada slide pertama, aktifkan ketiga-tiga imej itu. (cara mengaktifkan ketiga-tiga sekali, tekan button Shift pada papan kekunci (jangan lepaskan) dan klik pada 3 imej itu satu persatu) Anda akan lihat ketiga-tiga imej itu aktif. (Setelah ketiga-tiga imej itu aktif, anda boleh lepas button Shift tadi)

Kemudian, klik Edit Copy atau tekan Ctrl-C. Klik pada slide kedua, klik Edit –> Paste atau tekan Ctrl-v. Anda akan lihat ketiga-tiga imej itu semua muncul dalam slide kedua di kedudukan yang sama.

Apakah gunanya mengetahui bahawa jika kita copy dan paste, ia akan muncul dikedudukan yang sama?

  1. Kadangkala anda mahu membuat tajuk pada beberapa slide anda. Anda tidak perlu menaip satu persatu pada setiap slide. Anda cuma perlu taip pada satu slide, copy dan kemudian paste pada slide-slide yang seterusnya. Ia memudahkan kerja anda.
  2. Hasil kerja anda boleh kelihatan seragam. Katakan anda ada 6 slide dengan tajuk ‘Teknik menghafal’ pada bahagian atas slide anda. Jika anda taip satu persatu, kedudukannya mungkin tidak seragam dan tidak sama. Ia tidak kelihatan cantik jika itu berlaku. Jika anda gunakan teknik copy dan paste ini, kedudukan tajuk-tajuk itu akan sama dan apabila slide anda bertukar, tajuk itu seolah-olah langsung tidak bergerak.
  3. Anda boleh lakukan animasi anda sendiri. Contohnya, pada slide kedua tadi, delete kotak pertama dan kedua. Aktifkan kotak ‘Action’ –> Klik Add effect –> Motion Path –> Up. Klik Start ‘After previous’, path ‘unlocked’ dan speed ‘fast’.

Sekarang, klik pada slide pertama tadi –> Klik ‘view show’ atau F5. Anda akan lihat ketiga-tiga imej Mind, Body & Action itu. Tekan enter (untuk pergi ke slide seterusnya). Anda akan lihat dua kotak itu hilang secara automatik, dan kotak Action itu akan bergerak ke atas.

Ini adalah contoh animasi menggunakan tulisan yang saya gunakan dalam presentation saya. Apabila kotak action itu naik ke atas, saya akan keluarkan isi-isi berkenaan action dibawah kotak action itu.

Anda perlu mencuba sendiri tip ini dan buat beberapa jenis animasi mengikut kehendak anda. Apabilaanda faham konsep ini, anda boleh gunakannya untuk membuat presentation anda lebih mudah difahami.

Selamat mencuba.

Tips #14

Tip ke 14 adalah tip terakhir dalam tips ‘7 perkara yang perlu dipelajari. Saya ulangi, 21 tips Microsoft Power Point saya bahagikan kepada 3 bahagian.

  • 7 tips pertama (tips 1 -7) saya namakan ‘7 perkara yang perlu dielakkan’.
  • 7 tips kedua (tips 8 – 14) saya namakan ‘7 perkara yang perlu dipelajari’.
  • 7 tips ketiga (tips 15 – 21) saya namakan ‘7 petua untuk lebih maju’.

Jadi, tip ke 14 ialah, anda perlu pelajari dan majukan teknik anda menggunakan perisian Microsoft Power Point dengan melihat cara orang lain membuat presentation mereka.

Contohnya begini, katakan anda menghadiri mana-mana seminar atau mendengar presentation daripada sesiapa, perhatikan cara persembahan power point mereka. Jika ada cara presentation mereka yang menarik, fikirkan bagaimana agaknya cara mereka lakukan. Jika anda lihat mana-mana animation yang menarik, fikirkan bolehkah anda lakukan perkara yang sama.

Satu cara paling cepat untuk lakukan perkara ini ialah dengan meminta salinan presentation tersebut (dalam bentuk softcopy). Selalunya, jika sahabat anda atau seseorang yang anda kenali membuat presentation, tentu tidak ada masalah jika anda mahu meminta salinan presentation tersebut. Namun, anda perlu bersedia jika presenter tidak dapat memberikan softcopy tersebut.

Seperti saya sendiri, ramai juga yang meminta salinan softcopy presentation yang saya jalankan. Namun, saya perlu meminta maaf kerana tak dapat berikannya. Ini adalah kerana, softcopy power point presentation saya adalah satu daripada ‘Intellectual Property’ saya. Ia tidak boleh diedarkan begitu sahaja kerana saya perlu menjaga hasil kerja saya itu.

Namun, jika ada yang meminta salinan itu kerana mahu pelajari teknik animation, saya akan berikan satu salinan contoh di mana mereka boleh pelajari teknik-teknik tersebut. Ada satu salinan softcopy power point yang anda boleh download secara percuma iaitu www.awesomebackgrounds.com .

Setelah ada download softcopy tersebut, klik F5 dan perhatikan animation yang ditunjukkan. Anda mungkin rasa kagum atau pelik kerana animation-animation itu seolah-olah dibuat menggunakan perisian lain, bukan powerpoint. Setelah anda lihat slide show tersebut, ada dua bahagian yang anda perlu perhatikan untuk pelajari bagaimana ia dilakukan. Bahagian-bahagian itu ialah:

  • Custom animation
  • Slide Transition

Semasa saya mula belajar untuk memajukan diri saya dalam power point, saya telah download softcopy daripada awesomebackgrounds.com ini. Saya belajar bagaimana menggunakan custom animation dan slide transition di sini. Setelah saya kuasai asas ini, saya jadi lebih yakin untuk belajar kegunaan lain untuk mencantikkan lagi presentation saya. Bagi saya, ini adalah tip paling utama bagaimana saya majukan teknik penggunaan power point saya.

Jadi, jangan lupa download softcopy power point percuma ini dan pelajari teknik-teknik menarik yang digunakan. Mula juga perhatikan bagaimana sahabat anda atau sesiapa sahaja buat power point presentation mereka.

Selamat mencuba.

Tips #15

Tip yang ke 15 ialah, untuk kelihatan lebih cekap dan mahir dalam menggunakan power point, anda perlu pelajari beberapa perisian lain. Contohnya, saya pelajari perisian Macromedia Fireworks dan juga windows movie maker untuk membantu beberapa aspek dalam power point presentation saya.

Perisian fireworks adalah untuk saya olah gambar, buat animasi atau membuat background powerpoint saya sendiri. Jika anda lihat contoh gambar background dalam power point saya di tip-tip lepas, saya gunakan perisian fireworks ini. Selain daripada fireworks, perisian yang lebih kurang sama (malah lebih baik) ialah perisian photoshop.

Pentingkah pelajari perisian lain…………………………………..? Ya, sangat penting. Bayangkan jika anda mahu belajar memasak. Adakah anda akan belajar menggoreng, merebus, mengukus dan memanggang sahaja? Tentu tidak kan? Anda perlu belajar juga memotong (bawang,sayur, ayam & daging) dan memilih bahan yang sesuai untuk di masak. Maksudnya, untuk mahir dalam sesuatu ilmu, anda perlu pelajari beberapa ilmu lain disekitarnya.

Sama seperti saya sendiri, walaupun saya adalah professional trainer dalam motivasi dan kemahiran belajar, selain menambahkan pengetahuan saya dalam bidang psikologi, saya juga pelajari tentang komputer dan perisiannya.

Saya perlu belajar tentang teknik pemasaran kerana teknik pemasaran (marketing) banyak boleh dikaitkan dengan kebolehan menarik minat sewaktu memberi ceramah), dan saya juga perlu pelajari tentang menguruskan laman web. Hasilnya, saya dapat kongsikan bidang kepakaran saya dalam laman web saya seperti apa yang saya lakukan di blog ini. 

Jadi, mulai hari ini, pelajari beberapa perisian lain yang boleh membantu kemahiran penggunaan perisian power point anda.

Selamat mencuba.

Tips #16

Tip yang seterusnya untuk anda memajukan penggunaan Microsoft Power Point anda ialah dengan menggunakan maklumat tutorial percuma yang mudah didapati di internet. Anda perlu ingat, anda tidak perlu tahu semua mengenai powerpoint. Ini kerana, tujuan anda belaajr powerpoint bukanlah untuk menjadi seorang pensyarah yang mengajar powerpoint. Jadi, tidak perlu tahu kesemuanya.

Namun, mana-mana bahagian penggunaan powerpoint yang anda tidak tahu, anda boleh cari maklumat cara penggunaannya di internet secara percuma. Apa yang perlu anda lakukan ialah, masuk ke enjin pencari dan taip “powerpoint tutorial”. Jika anda lihat hasilnya seperti imej yang saya tunjukkan, anda pasti tahu sebenarnya banyak maklumat yang anda boleh perolehi dengan mudah untuk belajar powerpoint.

Malah, inilah cara utama bagaimana saya majukan cara penggunaan powerpoint saya. Apabila saya terlihat sesuatu yang menarik, saya akan fikirkan bagaimana mahu membuatnya di powerpoint. Contohnya, beberapa minggu lepas ketika menemani anak saya menonton Disney Channel, “Make way for Noddy”, saya terlihat satu animasi mudah yang menunjukkan bagaimana pintu garaj tertutup dari atas dan naik semula. Apabila ia naik semula, ada satu imej baru yang muncul di dalam garaj itu.

Ini membuat saya terfikir bagaimanakah caranya untuk membuat kesan begini untuk powerpoint. Saya fikir, menarik juga jika saya tukar slide saya dengan menunjukkan pintu garaj turun daripada atas dan naik semula. (Saya gunakan drawing tool untuk buat pintu garaj ringkas seperti imej disebelah). Apabila pintu itu naik semula, ada slide baru yang saya tonjolkan. Setelah beberapa kali mencuba dan mencari idea melalui tutorial powerpoint di internet, saya dapat caranya. Walaupun isteri saya kata ia kelihatan kelakar kalau saya gunakan, saya masih berpuas hati kerana berjaya mencari cara untuk membuatnya.

Jadi, gunakan tutorial percuma di internet untuk memajukan penggunaan perisian power point anda.

Tips #17

Jika anda mahu membuat presentation, pernahkah anda merasa bimbang jika anda terlupa mahu katakan sesuatu yang penting? Ya, inilah satu perkara yang saya selalu bimbangkan semasa saya mula-mula menceburi bidang profesional training dahulu. Namun, satu keindahan menggunakan power point ialah, anda boleh letakkan semua isi penting yang ingin anda katakan di slide anda.

Katakan anda mahu bercerita tentang satu kisah semasa menerangkan sesuatu fakta. Kadang-kadang, apabila anda terlalu sibuk menerangkan tentang fakta itu, anda terlupa hendak menceritakan kisah yang anda mahu ceritakan tadi. Jadi, apa yang boleh anda lakukan dengan mudah ialah, letakkan di slide anda isi seperti “Kisah seorang saintis dan seekor kutu’, atau “Mengapa mudah mengantuk selepas makan”.

Walaupun tips ini nampak mudah, saya jarang melihat penceramah menggunakannya. Selalunya, seseorang penceramah bergantung kepada apa yang mereka ingat. Jadi, peluang untuk lupa adalah lebih besar.

Kadang-kadang, anda tidak perlu tulis isi yang anda mahu katakan. Anda boleh letakkan gambar. Gambar sangat menarik jika anda gunakan. Contohnya, dalam program saya, ada saya ceritakan tentang sejenis ulat bulu yang suka berjalan mengikut ulat bulu yang lain. Ulat bulu ini dinamakan ‘processionary caterpillar’. Jadi, untuk mengingatkan saya sendiri supaya bercerita tentang ulat bulu ini, saya letakkan gambar ulat bulu ini di slide yang berkenaan. (Di mana mahu cari gambar begini? Mudah sahaja, cari di enjin pencari )

Ada masanya, saya akan gariskan atau warnakan dengan warna tertentu isi kandungan yang saya tunjukkan. Apabila saya lihat ada garisan di bawah tulisan atau warna tulisan itu berlainan daripada isi kandungan lain, saya tahu slide selepas itu ada sesuatu seperti video clip atau gambar khas yang ingin saya tunjukkan.

Jadi, letakkan semua isi penting anda di slide supaya anda tidak terlepas untuk menceritakannya. 

Tips #18

Tip ke 18 ialah, jika anda membuat power point presentation, anda mesti rancang perjalanan presentation anda dari awal hingga akhir. Maksudnya, anda perlu susun slide-slide anda mengikut turutan apa yang anda persembahkan. Pelik, ada ke sesiapa yang tidak susun presentation mereka?

Sudah tentu ada. Ramai pulak tu. Maksud saya di sini ialah, saya lihat ramai presenter yang apabila membuat power point presentation, terpaksa melompat dari satu slide ke slide lain tanpa mengikut turutan. Katakan presenter sedang menunjukkan slide ke 10, tiba-tiba dia exit slide show dan melompat ke slide yang ke 25. Lebih teruk lagi, presenter ini akan melompat ke file power point yang lain pula.

Jika anda melompat dari satu slide ke slide yang lain dengan tidak teratur, anda akan kelihatan seperti membuat kerja di saat akhir. Penonton anda juga akan jadi tidak tentu arah, kerana sukar untuk memahami presentation yang tidak teratur ini.

Jadi, rancang presentation dari awal hingga akhir. Pastikan apabila anda membuat slide show, anda tidak perlu keluar daripadanya lagi. Anda boleh terus klik slide show anda dari awal hingga akhir.

Selamat mencuba.

Tips #19

Tip ke 19, gunakan animasi untuk menggambarkan isi kandungan anda.

Semasa anda membuat presentation, lebih separuh daripada penonton anda ialah cenderung kepada visual dan auditori. Maksudnya, mereka suka lihat dan dengar. Anda akan dapat menarik perhatian mereka dengan lebih baik jika anda gunakan animasi yang mungkin melibatkan penggunaan bunyi juga. Tetapi pastikan ia tidak bercanggah dengan tip 2 dan 3.

Saya berikan contoh. Dalam program saya, saya selalu ceritakan kisah seorang saintis dan seekor kutu di mana saintis ini mahu melatih kutu ini untuk melompat tidak lebih daripada satu balang kaca. Selama ini saya hanya bercerita mengenai kisah ini. Namun, setelah saya pelajari sedikit asas membuat animasi menggunakan macromedia fireworks, saya buat sedikit animasi menunjukkan bagaimana kutu itu melompat keluar daripada balang kaca. Hasilnya, saya dapat menceritakan kisah ini dengan lebih baik.

Saya faham jika anda kata anda tidak pandai membuat animasi. Jangan risau, Anda mungkin boleh dapatkan khidmat sesiapa atau anda boleh gunakan mana-mana animasi sedia ada yang sesuai dengan presentation anda. Apa-apa pun, jangan mengalah sebelum mencuba.

Selain daripada animasi, klip video juga sangat menarik untuk digunakan. Saya selalu gunakan klip video untuk menerangkan mesej saya. Anda boleh cari klip-klip video yang sesuai atau kelakar dengan menaip ‘funny videos’ di enjin pencari. Cuma, anda perlu berhati-hati supaya tidak menunjukkan klip video yang tidak sesuai. Tidak semua klip video yang sesuai digunakan. Dalam simpanan saya, ada lebih 400 video klip. Namun, cuma ada lebih kurang 20 sahaja klip video yang sesuai untuk presentation saya. Jadi, perlu sabar semasa mencari klip video yang sesuai.

Kesimpulannya, fikirkan bagaimana anda boleh menggunakan animasi untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang mesej anda.

Selamat mencuba.

Tips #20

Tip ke 20 ini amat mudah. Tip ini kata, “Keep on trying”, teruskan mencuba. Mengapa saya beri tip ini? Mudah sahaja.

Saya mula meningkatkan kebolehan saya menggunakan power point pada tahun 2005 semasa saya menyambung pengajian di peringkat Master di UIA. Ketika itu saya mengambil subjek Educational Measurement & Statistics. Kebetulan, pensyarah saya ketika itu mahu membuat satu kelainan. Selain daripada belajar statistik, pensyarah saya mahu semua pelajar membuat satu portfolio apa yang telah dipelajari menggunakan power point. Portfolio ni nak senang cerita, kita panggil buat nota la.

Ketika itu juga, pensyarah saya tidak tahu bagaimana bentuk dan cara ia patut dilakukan. Jadi dia serahkan kepada pelajar untuk melakukannya dengan cara masing-masing.Pensyarah cuma akan memeriksa portfolio ini setiap 4 minggu. Oleh kerana modul ini mengambil masa 3 bulan, jadi pensyarah akan memeriksa portfolio ini sebanyak 3 kali.

Saya pun mula lah cuba membuat portfolio ini. Susah juga. Saya lihat semua pelajar lain macam dah banyak dilakukan dalam minggu pertama dan kedua. Saya masih lagi tidak ada idea. AKhirnya, di akhir minggu ketiga, saya dapat idea bagaimana saya mahu lakukannya.

Jadi saya buat portfolio ini mengikut idea saya. Hasilnya, apabila pensyarah saya periksa di akhir minggu keempat, dia memilih portfolio saya sebagai contoh. Saya jadi seronok. lebih banyak saya pelajari untuk memperbaiki portfolio saya itu. Di akhir minggu ke lapan, pensyarah memeriksa semua portfolio pelajar satu persatu di dalam kelas. Apabila saya mahu hantar untuk diperiksa, pensyarah saya suruh saya hantar akhir sekali nanti.

Akhirnya, bila tiba saya menghantar portfolio saya, pensyarah meminta saya berdiri di hadapan dan ceritakan kepada kelas bagaimana saya buat keseluruhan portfolio saya itu. Ada antara pelajar seperti tidak percaya apa yang saya tunjukkan itu menggunakan microsoft powerpoint. Mereka sangka saya gunakan perisian lain.

Di akhir semester, saya mendapat A+ dalam subjek ini dan saya diberitahu yang pensyarah saya tadi menggunakan portfolio saya tadi sebagai contoh untuk kelas beliau di semester seterusnya. Itu merupakan satu pencapaian yang memberi kenangan manis kepada saya semasa mengikuti pengajian Master tersebut.

Persoalannya, bagaimana saya dapat lakukan dan hasilkan portfolio terbaik ketika itu menggunakan power point? Mudah juga, saya guna tip ke 20 ini, “keep on trying”.

Banyak ketikanya saya rasa susah untuk menggunakan power point ini. Apabila apa yang saya buat tidak menjadi, kadang-kadang rasa sakit hati sampai rasa nak tendang komputer saya tu. (Rasa je, tak pernah seumur saya tendang komputer  ) Apabila apa yang saya nak buat tak menjadi, dan apabila saya terus mencuba, ada satu perkara pelik berlaku. Perkara pelik itu ialah, saya akan pelajari sesuatu yang lain, yang lebih hebat. Jadi, setiap kali ada masalah dan apabila saya terus mencuba, saya yakin bahawa saya akan pelajari sesuatu yang baru dan hebat. Tak ada lah rasa tension sangat bila dah berfikiran macam ni.

Saya percaya, kesemua 21 tips yang saya berikan kepada anda ini adalah berasal daripada pengalaman saya menghasilkan portfolio tadi. Jika anda gunakan kesemua tips-tips ini, saya percaya anda juga akan majukan kebolehan anda menggunakan perisian Power Point ini.

Selamat mencuba..

Tips #21

Ini adalah tip terakhir dalam siri tips Microsoft Power Point ini. Tip ini berkata, “Keep on improving”, terus majukan diri anda.

Seperti yang saya katakan di awal tips ini dahulu, Microsoft Power Point adalah satu perisian yang mempunyai fungsi yang sangat banyak. Anda tidak perlu tahu kesemuanya baru boleh anda jadi seorang yang dikatakan pandai menggunakannya. Saya percaya tips-tips yang saya kongsikan disini boleh membantu memajukan kebolehan anda menggunakan power point ini.

Seperti kata tip terakhir ini, jangan sekali-kali berhenti belajar kerana anda rasa anda sudah tahu semuanya. Saya sendiri pun masih lagi belajar perkara-perkara yang baru. Kadang-kadang perkara baru itu saya pelajari daripada seseorang yang masih baru menggunakan perisian ini. Ini terjadi kerana, kita selalunya belajar perkara yang berlainan. Jadi, walaupun anda sedang melihat presentation seseorang yang baru menggunakan perisian ini, jangan rasa anda lebih baik. Jangan malu untuk belajar apa yang baru dan menarik yang dapat anda saksikan dalam presentation seseorang itu.

Akhir kata, saya ucapkan selamat berjaya kepada anda semua. Selamat memajukan kemahiran penggunaan perisian power point anda. Jika anda sudah kuasai tips-tips ini, jangan lupa kongsikan dan ajarkan kepada kawan-kawan yang lain pula.

Selamat mencuba.

 

read more
Osman Affan21 Tips Microsoft PowerPoint

Binaan Wacana Penulisan Dalam Persembahan

Akademi audit negaraKhamis lalu saya berada di Akademi Audit Negara yang terletak tidak berapa jauh daripada lapangan terbang KLIA. Kali ini, saya berpeluang mengendalikan program bertajuk seperti di atas. Program ini ialah program bagaimana hendak berucap atau membuat ‘presentation’ di hadapan khalayak ramai.
Peserta program ini terdiri daripada para pegawai Jabatan Audit Negara. Hmmm… boleh saya katakan mereka semua mempunyai latar belakang yang sama dengan sama iaitu bidang perakaunan. Malah, dulu juga saya berpengalaman bekerja di dalam bidang audit selama hampir tiga tahun. Maka, banyaklah perkara yang saya akademi audit negarafaham tentang mereka berdasarkan apa yang saya faham tentang kerjaya juru audit. Satu yang jelas, juru audit bukanlah orang yang dianggap pandai bercakap di depan khalayak ramai. Mengapa? Kerana kerja mereka selalunya di belakang komputer atau di sebalik timbunan kertas-kertas resit, inbois dan buku-buku catatan perakaunan.
akadmei audit negaraTerima kasih saya ucapkan kepada consultant ESQ Booster yang diterajui oleh En Syahriman dan Puan Shahrina kerana menjemput saya untuk mengendalikan program ini. Saya diberitahu oleh Puan Shahrina bahawa syarikatnya menemui perkhidmatan saya melalui ebook 21 Tips Microsoft PowerPoint. Ebook ini sangat bersesuaian dengan kursus yang sedang dijalankan kerana selain saya berkongsi tips dan teknik untuk bercakap dikhalayak ramai, saya juga berkongsi tips menggunakan perisian Microsoft PowerPoint supaya persembahan kelihatan professional dan menarik. (ebook ini anda boleh download percuma dengan mengisi nama dan email anda di bahagian tepi (sidebar) blog ini. akademi audit negaraSetakat ini, sudah lebih 200 download dilakukan sejak saya lancarkan ebook ini lebih kurang 4 minggu lalu. Terima kasih atas sokongan anda)
akademi auditDi dalam program bersama Akademi Audit Negara ini, saya berpeluang berkongsi tips-tips terbaru untuk berucap dan membuat persembahan di hadapan khalayak ramai. Program ini sangat menyeronokkan buat saya terutamanya apabila semua peserta sangat ‘sporting’ dan bersungguh-sungguh semasa mengambil bahagian dalam aktiviti yang saya jalankan. Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta! 🙂

read more
Osman AffanBinaan Wacana Penulisan Dalam Persembahan
tips-powerpoint.jpg

Ebook 21 Tips Microsoft PowerPoint

power pointAlhamdulillah. Ebook 21 Tips Microsoft PowerPoint mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pada mulanya saya sangka hanya pelajar di peringkat universiti sahaja yang mungkin berminat untuk mendapatkannya. Tapi saya lupa tentang pembaca-pembaca daripada kalangan pegawai-pegawai di jabatan kerajaan dan juga swasta. Mereka juga boleh mendapat manfaat melalui ebook ini. Malah ada juga beberapa muat turun oleh sahabat-sahabat daripada negara jiran kita, Indonesia. Terima kasih atas sokongan anda semua. 🙂
Jika anda masih belum mendapatkannya, anda boleh memuat turun ebook ini (secara percuma) dengan meletakkan nama dan email anda di ruang tepi (side bar) blog ini dan pautan untuk muat turun ebook ini akan dihantar ke email anda.
Jika anda sudah membacanya, apa kata anda berikan komen mengenai ebook ini kepada saya. Saya berminat untuk tahu jika ebook ini benar-benar membantu anda memahami sedikit sebanyak tentang cara menggunakan perisian ini. Saya amat berminat untuk tahu tentang 2 perkara:

  • Bahagian mana ebook ini yang anda paling suka?
  • Apakah maklumat tambahan yang anda rasa anda mahu tahu dengan lebih lanjut.

Dengan maklumat yang anda berikan ini nanti, saya akan dapat lebih banyak idea bagaimana saya bolehkan tambahkan lagi maklumat berguna di dalam ebook ini. Anda boleh menulis komen itu di sini atau hantarkan email kepada saya menggunakan alamat email [email protected]
Terima kasih di atas sokongan anda semua. 🙂
p/s Anda dibenarkan untuk mengedarkan ebook ini secara percuma juga. 🙂

read more
Osman AffanEbook 21 Tips Microsoft PowerPoint

Ebook 21 Tips Microsoft PowerPoint

powerpoint osman affanAlhamdulillah, saya telah selesai menyiapkan ebook 21 tips microsoft PowerPoint yang saya pernah paparkan sebelum ini. Ebook ini sebenarnya adalah kompilasi petua ’21 Tips Microsoft PowerPoint’ yang pernah saya paparkan dalam blog saya. Anda juga boleh membacanya di www.osmanaffan.com/kompilasi.htm.
Di dalam ebook ini, anda boleh pelajari 21 tips yang terbahagi kepada 3 bahagian:

  • ?# 7 perkara yang perlu dielakkan
  • ?# Perkara yang perlu dipelajari
  • ?# 7 petua untuk lebih maju

Tips-tips ini semua adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri mengendalikan program-program kemahiran belajar dan motivasi di peringkat sekolah, kolej dan universiti. Ia juga berdasarkan kesilapan-kesilapan yang pernah saya sendiri lakukan dan kesilapan utama yang dilakukan terutamanya oleh pelajar.
Anda boleh memuat turun ebook tersebut secara percuma. Anda cuma perlu isikan nama dan email anda di bahagian tepi kanan blog ini (sidebar yang mengandungi maklumat mengenai muat turun ebook ini) dan pautan kepada ebook ini akan dihantar ke email anda.
Selamat membaca. 🙂

read more
Osman AffanEbook 21 Tips Microsoft PowerPoint

21 Tips Microsoft PowerPoint

Jika anda sudah biasa melawat blog saya ini, sudah pasti anda pernah membaca 21 tips menggunakan microsoft powerpoint yang saya pernah tuliskan dulu. Saya juga ada letakkan semula tips ini di dalam ruangan kompilasi, www.osmanaffan.com/kompilasi.htm .

Saya dapati terdapat sambutan yang sangat menggalakkan untuk tips microsoft PowerPoint ini. Apabila saya buat program presentation skills atau public speaking di universiti atau kolej, 21 tips ini sangat berguna. CUma kadangkala saya tidak sempat untuk menerangkannya dengan jelas kerana kesuntukan masa.

Jadi, apa yang boleh saya lakukan ialah saya kumpulkan semula tips ini, tambahkan sedikit lagi maklumat dan jadikannya satu ebook. Ebook ini anda boleh download secara percuma nanti. Mengapa nanti? Hmm…saya masih dalam proses menyusun semula. Saya jangka ia akan siap selepas Raya nanti.

Jadi, nantikan kemunculan ebook ini nanti.

p/s Terima kasih kepada Zaizen, www.graphicsalien.com di atas design ebook yang sangat menarik ini.

 

read more
Osman Affan21 Tips Microsoft PowerPoint

Program Power Point Presentation Skills di UIA

power pointKebetulan pula, sebaik sahaja saya habis bercerita tentang 21 tips Microsoft Power Point, saya dijemput mengendalikan satu sesi mengajar teknik presentation menggunakan perisian ini oleh UIA, Gombak. Di dalam program ini, saya juga terangkan asas-asas dalam membuat presentation (untuk assignment dan course subject) supaya mahasiswa dan mahasiswi mendapat perhatian dan mendapat markah yang tinggi daripada pensyarah.
Jika anda tanya saya, apa yang perlu dilakukan untuk membuat presentation anda menjadi menarik dan boleh mendapat markah yang tinggi, saya akan katakan…… “Ceritakan tentang sesuatu yang berkait dengan penonton (audience) anda”. Contoh yang saya berikan ialah, jika presentation anda adalah mengenai air mineral, tentu presentation anda akan jadi membosankan jika anda hanya bercerita tentang kandungan air, kebaikan air mineral dan bagaimana air mineral dihasilkan.
Kebanyakan pendengar anda tentu tidak begitu berminat hendak tahu bagaimana air mineral dihasilkan kerana perkara itu tidak ada kena mengena dengan mereka (melainkan mereka bercita-cita nak bekerja di kilang yang memproses air mineral 🙂  ). Cari fakta atau perkara tentang air mineral yang boleh menarik perhatian penonton anda. Cari sesuatu yang berkait dengan mereka. Contohnya, jika anda ceritakan tentang kebaikan air mineral, tanya penonton anda air apa yang mereka minum setiap hari. Ceritakan kepada mereka apa akibat jika meminum air yang mereka minum itu.
Ini juga bermaksud, anda perlu lakukan kajian anda. Saya faham, tugas nak buat kajian ni memang kelihatan sukar sedikit. Tetapi jika anda boleh bayangkan presentation anda yang disukai dan diberi sepenuh perhatian oleh penonton anda, pasti anda rasa lebih bersemangat untuk membuat kajian. Jadi, teruskan usaha anda untuk membuat presentation yang terbaik. 🙂

read more
Osman AffanProgram Power Point Presentation Skills di UIA