PowerPoint

21 Tips Microsoft Power Point – tip 11.5

Kita sudah pelajari 4 bahagian dalam tip ke 11. Tip ke 11 iaitu custom animation adalah untuk membantu anda membuat animasi supaya presentation anda jadi lebih jelas dan menarik. Anda perlu ingat, tujuan anda pelajari tip ini bukanlah supaya anda boleh gunakan kesemua jenis effect dalam semua slide anda. Custom animation bertujuan untuk membantu, bukan menjadi pertunjukan utama. Jadi elakkan menggunakan effect yang tidak berkaitan malah mengganggu presentation anda.
Satu tip untuk anda pastikan sama ada custom animation anda membantu atau mengganggu, anda boleh tanya sahabat anda atau sesiapa yang boleh memberi komen terhadap presentation anda ini. Saya sendiri, selepas selesai buat sesuatu effect yang baru untuk presentation saya, saya sering bertanya kepada isteri saya tentang pendapat beliau. Isteri saya bukan berada di dalam bidang training.
Jadi komen beliau adalah seperti komen orang biasa yang bakal menjadi penonton presentation saya. Selalu juga saya mendapat maklum balas dan idea yang bernas daripada isteri saya sendiri. beliau akan memberi komen jika beliau rasa sukar untuk memahami apa yang saya cuba sampaikan melalui effect pada slide saya.
Esok kita akan pelajari tip yang seterusnya, tip 12, berkenaan dengan ‘view show’. 🙂

read more
Osman Affan21 Tips Microsoft Power Point – tip 11.5

21 Tips Microsoft Power Point – tip 11.4

Dalam tip hari ini, saya ingin kongsikan satu teknik dalam menggunakan effect motion path. Mula-mula, lukiskan satu kotak pada slide anda.Terpulang kepada anda mahu gunakan kotak berwarna apa. Saya telah lukiskan satu kotak berwarna merah seperti di dalam gambar di bawah.
power pointTip hari ini mudah sahaja sebenarnya. Saya mahu tunjukkan bagaimana mahu buat effect supaya kotak itu bergerak ke kanan, kemudian bergerak ke atas. Bunyinya agak mudah tetapi selalu saya mendapat soalan bagaimana mahu melakukan perkara ini.
Langkah-langkahnya:

  1. Klik add effect –> Motion path –> Right. (Start – ‘On-click’, path – ‘unlocked’, speed – ‘medium). Selesai sahaja anda lakukan anda akan lihat preview kotak itu bergerak ke kanan.
  2. Biarkan kotak itu aktif, klik add effect sekali lagi –> motion path –> Up. (Start – ‘after previous’, path – ‘unlocked’, speed – ‘medium’.)

power pointSekarang, cuba anda klik slide show –> view show. Apakah yang terjadi? Anda akan lihat, kotak itu bergerak ke kanan, kemudian ia hilang sekejap dan muncul ditempat asal dan bergerak ke atas bukan? Apa yang kita mahu lakukan ialah, apabila ia bergerak ke kanan,berhenti dan terus bergerak ke atas daripada tempat ia berhenti. Bagaimanakah cara melakukannya? Mudah sahaja.
power pointLihat kotak anda. Setelah anda letakkan 2 effect tadi, anda akan lihat dua anak panah berkepala merah bukan. Sekarang, klik pada anak panah yang menghala ke atas itu. Ia akan aktif. Gerakkan anak panah itu ke kanan menggunakan right arrow button di papan kekunci anda. Gerakkan anak panah itu betul-betul di atas hujung anak panah yang lagi satu. Kemudian, klik slide show –> view show sekali lagi. Apa yang anda lihat?
Ya, anda akan lihat kotak itu bergerak ke kanan dan kemudian terus bergerak ke atas tanpa balik semula semula ke tempat asalnya.
Setelah anda memahami konsep ini, anda boleh buat beberapa kesan atau pergerakan lain mengikut kehendak anda. Apa yang penting, dengan pengetahuan asas ini, anda perlu cuba lagi banyak kali dengan effect power pointyang berlainan pula. Anda akan jadi lebih cekap dalam masa yang sangat singkat.
Selamat mencuba. 🙂
 
 
 
 
 

read more
Osman Affan21 Tips Microsoft Power Point – tip 11.4

21 Tips Microsoft Power Point – tip 11.3

Masih lagi dalam tips menggunakan custom animation. Hari ini, saya ingin terangkan bahawa untuk satu tulisan atau objek, anda boleh gunakan lebih daripada satu effect. Saya akan tunjukkan contoh bagaimana mahu menggunakan lebih daripada satu effect kepada satu tulisan atau objek.
power pointDi slide anda, taipkan custom animation. Biarkan tulisan itu aktif. Kemudian, klik slide show –> custom animation. Ada 4 effect yang saya mahu anda gunakan ke atas perkataan tadi.

  1. Pertama, (sambil tulisan itu aktif), klik add effect –> Entrance –> Fly in. Untuk effect ini, pada bahagian ‘start’ klik ‘on click’, direction ‘from top’ dan speed ‘medium’.
  2. Kemudian, biarkan tulisan itu aktif lagi, klik add effect –> Emphasis –> Change Font Size. Pada start, klik ‘after previous’, Font size ‘150%’ dan speed ‘medium.
  3. Klik sekali lagi pada add effect –> Motion path –> Up. Pada start klik ‘after previous’, path ‘unlocked’ dan speed ‘medium’.
  4. Akhir sekali, klik pada add effect –> Exit –> Fly out. Pada start klik ‘after previous’, direction ‘ To bottom’ dan speed ‘fast’.

power pointSetelah anda selesaikan lakukan 4 langkah ini, anda akan lihat tulisan anda tadi begini. (gambar tulisan custom animation). Anak power pointpanah berkepala merah itu adalah motion path, menunjukkan ke arah mana tulisan itu akan pergi. Anda juga akan lihat pada bahagian custom animation di sebelah kanan power point begini. (Gambar kiri).
Setelah selesai 4 langkah ini juga, klik slide show –> view show. Klik mouse anda sekali. Apa yang anda lihat?
Jika anda lakukan dengan betul, selepas anda klik mouse anda, anda akan lihat tulisan custom animation itu turun dari atas. kemudian, secara automatik ia akan menjadi besar dan kemudian bergerak ke atas. Akhir sekali, ia akan bergerak ke bawah dengan laju dan hilang. Inilah effect yang telah anda pelajari tadi.
Untuk lebih maju, anda perlu cuba buat pelbagai effect lain pula. Saya percaya anda sudah faham fungsi effect entrance, exit, emphasis dan motion path. Esok saya akan terangkan satu lagi tip dalam menggunakan motion path. 🙂

read more
Osman Affan21 Tips Microsoft Power Point – tip 11.3

21 Tips Microsoft Power Point – tip 11.2

power pointKita sambung tip semalam. Saya telah terangkan apa yang dimaksudkan dengan start. Hari ini saya terangkan dua lagi fungsi di dalam custom animation iaitu direction dan Speed.
power pointDirection bermaksud dari arah mana anda mahu effect itu masuk. JIka anda klik pada direction, ada beberapa arah yang diberikan (direction ini cuma ada untuk beberapa jenis effect sahaja, bukan kesemuanya).
Jadi, anda boleh pilih arah mana yang anda mahu. Contohnya, jika anda mahu membuat anak panah (yang menghala ke atas) anda fly in semasa presentation, is sesuai jika anda menggunakan direction ‘from bottom’. Jadi, nanti anak panah anda akan meluncur masuk daripada bawah slide dengan arah yang betul (bukan anak panah yang bergerak terbalik). JIka anda mahu cuba, lukiskan satu anak panah menggunakan drawing tools, dan gunakan effect fly in. Lihat bagaimana anak panah anda bergerak masuk ke dalam slide.
power pointSeterusnya ialah speed. Ia bermaksud jika anda gunakan fly in, berapa laju anda mahu objek anda itu bergerak? Adakah anda mahu ia bergerak dengan perlahan, sederhana atau sangat laju. Ini bergantung kepada effect yang anda perlukan.
Jika semua isi penting dan gambar anda bergerak dengan terlalu perlahan, kadangkala ia boleh jadi membosankan dan membuat penonton anda jadi tidak sabar. Seperti yang saya kata, ia terpulang kepada anda.
power pointBaiklah, saya sudah terangkan bagaimana 3 fungsi Start, Direction dan Speed ini berfungsi. Sekarang mari kita cuba buat. Tadi anda ada satu kotak tulisan ‘custom animation’ bukan? Sekarang, aktifkan kotak tulisan itu –> klik edit –> copy –> paste. Anda akan lihat satu salinan perkataan ‘custom animation’. Ulang langkah tadi sekali lagi. Jadi sekarang anda ada 3 kotak tulisan ‘custom animation’ itu.
Klik pada tulisan pertama –> add effect –> Entrance –> Fly in. Pada Start, klik ‘on click’, direction ‘From top’ dan speed ‘slow’.
Klik pada tulisan kedua –> add effect –> Entrance –> Fly in. Pada start klik ‘after previous’, direction ‘from left’ dan speed ‘medium’.
Klik pada tulisan ketiga –> add effect –> Entrance –> Fly in. Pada start klik ‘after previous’, direction ‘from right’ dan speed very fast.
Setelah selesai semuanya, klik slide show –> view show. Anda akan lihat tidak ada apa-apa pada slide anda. Kemudian, klik mouse anda sekali. Anda akan lihat ketiga-tiga tulisan itu akan keluar mengikut turutan. Selamat mencuba. 🙂

read more
Osman Affan21 Tips Microsoft Power Point – tip 11.2

21 Tips Microsoft PowerPoint – tip 11.1

power pointpowerpointHari ini, kita lihat lebih lanjut mengenai custom animation. Untuk memulakan tip hari ini, buka slide baru, dan taipkan perkataan ‘Custom animation’. Biarkan kotak tulisan itu aktif. Apabila ia aktif, ia kelihatan seperti imej disebelah. Saya akan gunakan contoh custom animation Entrance hari ini. Ini bermaksud, perkataan di sebelah hanya akan keluar apabila saya mahu ia keluar. Apa yang perlu anda lakukan, klik Add Effect –> Entrance –> Fly in. Secara automatik anda akan lihat bagaimana effect fly in ini untuk tulisan ‘custom animation’ anda. Anda lihat ia terbang dari bawah bukan?
power pointPerkara utama yang ingin saya terangkan hari ini ialah mengenai 3 fungsi ini; Start, Direction dan Speed. Dalam custom animation, 3 fungsi ini sangat penting kerana ia adalah penentu kepada bagaimana anda mahu mengolah pergerakan isi penting presentation anda. JIka anda tidak pernah menggunakannya, anda mungkin tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan ‘on click’, From bottom’ dan ‘very fast’. Saya akan terangkan satu persatu.
power pointStart – ia bermaksud bagaimana anda mahu ia bermula. Start terbahagi kepada 3 pilihan iaitu on click, with previous dan after previous. Jika anda pilih ‘on click’, perkataan custom animation anda hanya akan muncul apabila anda klik mouse anda (atau tekan down arrow button). Anda boleh mencuba effect ini. Setelah anda klik ‘on click’, tekan button ‘view show'(klik slide show –> View Show, atau anda boleh tekan butang F5). Anda akan lihat slide show anda tidak ada perkataan ‘custom animation’ tadi. Tetapi, apabila anda klik down button arrow atau klik mouse anda, perkataan itu akan muncul daripada bawah dengan sangat laju.
Jika anda klik ‘With previous’ ,perkataan ‘custom animation’ tadi akan keluar bersama effect sebelumnya. Tetapi disebabkan hanya ada satu effect dalam slide ini, ia akan keluar sebaik sahaja slide bertukar. Cuba anda klik with previous dan tekan button view show. Lihat apa yang berlaku.
Jika anda klik ‘after previous’ ia akan keluar selepas effect sebelumnya. Katakan anda ada tiga effect untuk tiga tulisan anda. Jika tulisan yang kedua anda klik ‘after previous’ ia akan keluar dengan automatik selepas effect tulisan pertama. Jika anda klik ‘after previous’ untuk tulisan ketiga, ia akan keluar secara automatik selepas effect kesan kedua. Untuk lebih mudah faham, anda perlu mencubanya. Cuba buat tiga kotak tulisan dan letakkan effect untuk setiap satu tulisan. Cuba olah fungsi ‘Start’ ini dan lihat sendiri apa kesannya.
Anda boleh beri saya soalan jika anda kurang fahama bahagian ini supaya saya dapat terangkan dalam bentuk lain pula. 🙂
Kita sambung esok.

read more
Osman Affan21 Tips Microsoft PowerPoint – tip 11.1

21 Tips Microsoft Power Point – tip 11

Tip ke 11 ini ialah tip kegemaran saya. Kebanyakan peserta program atau pelajar selalu bertanya tentang tip ke 11 ini. Tip ke 11 ini ialah berkenaan ‘Custom Animation’. Custom animation ialah fungsi-fungsi yang anda boleh gunakan untuk mempelbagaikan cara mempersembahkan isi kandungan presentation anda.
power pointJika dulu presentation hanya dibuat menggunakan OHP Projector atau lebih lama lagi,menggunakan kad manila atau kertas mahjong. Cara ini, penonton anda akan terus dapat melihat kesemua isi-isi presentation anda sekaligus. Dengan menggunakan custom animation, anda boleh mengeluarkan isi kandungan presentation anda satu persatu dan dengan pelbagai cara.
Sebagai permulaan, cuba buka custom animation. Caranya, klik Slide Show –> Custom Animation. Kemudian, anda akan lihat beberapa ikon custom animation di sebelah kanan power point anda.power point 
Anda dapat lihat ikon ‘Add effect’ dalam imej sebelah. Add effect ini cuma akan aktif jika anda klik sesuatu yang hendak anda animasikan di dalam slide anda.
Contohnya, jika anda klik pada mana-mana kotak tulisan dalam slide anda, ikon add effect ini akan kelihatan aktif (ada warna, tidak berwarna kelabu pudar). Apabila anda lihat ikon ini aktif, cuba klik pada ikon tersebut. Anda akan lihat 4 jenis custom animation yang anda boleh gunakan iaitu Entrance, Emphasis, Exit dan Motion Path. hari ini, saya akan terangkan fungsi keempat-empat perkara ini satu persatu.
Entrance – Apabila anda gunakan effect entrance pada tulisan, tulisan itu tidak akan muncul semasa slide show. Tetapi setelah anda klik mouse anda atau klik down arrow button, tulisan itu akan keluar. Jadi, gunakan effect ini untuk mengeluarkan isi presentation anda satu persatu.
Emphasis – Ini digunakan untuk menguatkan presentation anda untuk sesuatu isi. Contohnya anda sudah keluarkan tiga isi penting. Kemudian, anda mahu menekankan kepentingan isi ketiga. Jadi, anda gunakan Emphasis untuk membesarkan tulisan itu, menukar warnanya atau apa saja jenis emphasis yang anda suka.
Exit – Katakan anda sudah senaraikan 10 isi penting di dalam slide anda. Kemudian anda mahu terangkan tentang isi yang ke sepuluh. Jadi, anda boleh gunakan Exit ini untuk mengeluarkan 9 lagi isi tadi. Kesannya, isi itu akan hilang dengan cara yang anda mahukan.
Motion Path – Anda boleh gunakan ini untuk membuat sedikit animasi di dalam presentation anda. Contohnya, anda ada gambar orang sedang berjalan. Gambar itu tidak bergerak. Tetapi anda boleh gunakan motion path ini dengan membuat gambar itu bergerak ke mana-mana sahaja yang anda mahu.
Jangan risau jika anda masih kurang faham. Insyaallah saya akan terangkan dengan panjang lebar tentang tip ke 11 ini. Saya jika anda boleh kuasai tip ke 11 ini, anda kelihatan lebih professional semasa menggunakan power point. 🙂

read more
Osman Affan21 Tips Microsoft Power Point – tip 11

21 Tips Microsoft Power Point – tip 10

powerpointTip yang ke-10 ialah mengenai penggunaan ‘slide transition’. Slide transition ialah bagaimana cara anda mahu anda slide anda bertukar dari satu slide ke slide yang lain. Contohnya, dari slide satu ke slide 2, anda mungkin mahu slide 1 pudar sedikit demi sedikit dan terus hilang, kemudian slide kedua terus muncul. Anda boleh pilih jenis slide transition yang anda mahu dengan klik slide show –> Slide transition. Anda akan lihat jenis-jenis slide transition di sebelah kanan power point anda seperti imej di bawah.
power pointAnda perlu mencuba jenis transition mana yang anda perlukan. Lihat pada ‘modify transition’, ada dua perkara yang anda perlu pelajari di sini. Pertama, ‘speed’. Ini adalah berapa laju anda mahu sldie anda bertukar. Jika anda pilih slide transition ‘box in’, dan anda klik speed fast, slide anda akan bertukar dengan sangat laju. Jadi, anda boleh pilih kelajuan yang sesuai untuk presentation anda.
Kedua, ‘sound’. Jika anda mahu slide anda bertukar sambil mengeluarkan bunyi tertentu, anda boleh klik di sini. Anda boleh pilih bunyi bagaimana yang anda mahu.
Di bahagian advance pula, anda boleh pilih sama ada mahu slide itu bertukar secara automatik selepas beberapa ketika atau anda mahu klik sendiri untuk menukarkannya. Contohnya, katakan anda klik pada ‘automatically after’ dan letakkan 1 minit. Selepas slide itu terbuka selama 1 minit, ia akan bertukar sendiri ke slide seterusnya tanpa anda menekan apa-apa butang.
Tips daripada saya:

  • Jika anda menggunakan bunyi, jangan gunakan terlalu kerap. Ia akan mengganggu presentation anda dan ia boleh membuat presentation anda kelihatan tidak professional.
  • Gunakan jenis slide transition yang boleh membantu memudahkan penonton anda memahami presentation anda. Jangan pilih kerana anda suka dan seronok melihat animasi perubahan slide itu.
  • Elakkan menggunakan terlalu banyak jenis slide transition. Slide transition yang elok ialah yang seragam sepanjang presentation anda. Perbezaan jenis transition hanya dilakukan jika ia perlu dan dapat membantu presentation anda.
  • Anda boleh pilih satu jenis slide transition dan ‘apply to all slides’. Ini akan membuat presentation anda seragam dan menarik.

Selamat mencuba. 🙂

read more
Osman Affan21 Tips Microsoft Power Point – tip 10

21 Tips Microsoft Power Point – tip 9.2

powerpointHari ini, kita akan pelajari bagaimana hendak memasukkan klip video ke dalam power point presentation anda. Selalunya, di dalam program yang saya jalankan, saya selalu tunjukkan klip-klip video yang menarik dan kelakar. Satu tujuannya ialah, peserta akan dapat menumpukan perhatian mereka kepada mesej yang cuba saya sampaikan. Disamping itu, klip-klip video yang menarik dan kelakar boleh menarik perhatian peserta saya untuk mendengar apa yang saya cuba sampaikan. Apa yang menarik ialah, saya tahu apa reaksi peserta saya setiap kali melihat beberapa klip video yang saya tunjukkan. Contohnya ada satu klip video ini, kalau saya tunjukkan, pasti semua peserta program saya akan ketawa terbahak-bahak. Jadi, apabila saya mahukan reaksi tertentu dalam program saya, saya akan tunjukkan klip video.
Ramai yang bertanya kepada saya daripada mana saya dapat klip-klip video itu semua. Jawapannya mudah sahaja. Anda masuk ke mana-mana search engine, dan taip funny videos. Anda akan lihat beratus-ratus malah beribu-ribu laman web yang menunjukkan klip video menarik dan kelakar. Namun, anda perlu pilih klip video yang sesuai. Tidak semua klip video berkenaan dan sesuai untuk ditunjukkan. Berhati-hati jika anda terambil klip-klip yang bersifat perkauman, iklan arak atau menunjukkan gambar-gambar yang tidak sopan. Klip video begini perlu dielakkan. Setelah anda jumpa klip video yang sesuai, selalunya ada panduan bagaimana mahu menyimpannya (download) ke dalam komputer anda. Selalunya juga, anda perlu ‘right click’ pada video tersebut dan ‘save target as’ ke dalam komputer anda.
power pointSetelah anda ada klip video di dalam folder powerpoint anda, klik insert –> Movies and Sounds –> Movie from file. Sama seperti tips memasukkan muzik semalam, anda akan ditanya sama ada mahu klip video itu terpasang secara automatik atau anda mahu klik sendiri untuk memasangnya. Selalunya saya biarkan ia terpasang dengan sendiri apabila slide itu terbuka. Ia kelihatan lebih lancar. Tetapi ia terpulang kepada anda.
Setelah klip video itu ada pada slide, anda boleh klik pada video itu dan besarkannya hingga memenuhi keseluruhan slide. Anda perlu berlatih untuk memainkan video ini secara lancar. Setelah anda masukkan klip video itu, cuba gunakannya berulang-ulang kali. Setiap kali saya membuat slide saya akan cuba berulang-ulang kali daripada slide pertama hingga ke slide terakhir. Itulah cara saya dapat lihat sama susunan slide saya itu lancar atau tidak.
Selamat mencuba.

read more
Osman Affan21 Tips Microsoft Power Point – tip 9.2

21 Tips Microsoft PowerPoint – Tip 9.1

power pointBeberapa minggu lalu saya ada terangkan tip ke 9 iaitu tip untuk memasukkan gambar. Hari ini saya akan terangkan bagaimana mahu memasukkan bunyi atau muzik ke dalam powerpoint presentation anda. Mula-mula, klik insert –> Movies and Sound –> Sound from file. Kemudian muzik atau file bunyi mana yang anda ingin masukkan. Satu tip untuk anda, anda patut save file muzik ini ke dalam folder yang sama dengan file powerpoint anda. Ini akan memudahkan anda terutamanya jika anda terpaksa memindahkan file powerpoint ini ke komputer lain.
power pointSetelah anda insert muzik seperti langkah diatas, anda akan ditanya, “How do you want the sound to start in the slide show? [Automatically] [When Clicked]”
Jika anda klik ‘automatically’, bunyi itu akan terpasang dengan sendiri apabila anda membuka slide tersebut. Jika anda klik ‘when clicked’, bunyi itu akan terpasang apabila anda klik pada icon speaker yang  keluar pada slide itu.
power pointKalau bunyi muzik anda itu pendek dan anda mahu ia berbunyi berulang-ulang kali, anda boleh ‘right click’ pada ikon speaker, dan klik ‘edit sound object’. Kemudian klik pada ‘loop until stopped’. Ini bermaksud, bunyi atau muzik anda akan sentiasa berbunyi berulang-ulang kali hingga anda menukar slide atau menghentikannya dengan sengaja.
Anda juga boleh klik pada ‘hide sound icon during slide show’. Ini akan menyembunyikan icon berupa speaker itu ketika muzik dimainkan. Nampak lebih professional.
Selamat mencuba. 🙂

read more
Osman Affan21 Tips Microsoft PowerPoint – Tip 9.1

21 Tips Microsoft PowerPoint – Tip 9

Tip hari ini adalah untuk anda pelajari bagaimana mahu memasukkan audio seperti muzik atau bunyi khas, bagaimana memasukkan imej atau gambar dan bagaimana memasukkan klip video. Seperti yang saya ada terangkan sebelum ini, PowerPoint membantu anda mewujudkan persembahan visual yang menarik. Ini boleh dilakukan dengan memasukkan imej, gambar dan klip video. Presentation anda juga boleh jadi menarik jika anda boleh masukkan muzik atau kesan bunyi khas pada mana-mana tempat yang sesuai.
power pointKita mulakan dengan bagaimana memasukkan imej dahulu. Mudah sahaja. Pada panel utama anda, klik insert –> Picture –> From file. Kemudian buka folder di mana anda menyimpan gambar yang hendak anda masukkan itu. Klik pada gambar itu dan klik ok. Jika gambar itu besar, anda akan lihat ia memenuhi slide anda. Kadangkala ia jauh lebih besar daripada saiz slide anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengecilkan gambar itu dengan klik pada bucu gambar itu, ‘drag’ ke dalam hingga ia menjadi lebih kecil.
Anda juga boleh masukkan imej berbentuk ‘animation’. Setelah anda masukkan imej yang berbentuk animation, ia akan bergerak apabila anda memulakan ‘slide show’.
Ada beberapa tips untuk imej dan gambar:

  • Gambar sangat bagus untuk untuk membuat presentation anda lebih jelas. Gunakan gambar yang berkenaan dan jika boleh, gambar yang tidak sensitif. Saya pernah buat satu program untuk pelajar UIA yang disertai oleh pelajar luar negara iaitu daripada negara-negara Afrika. Kebetulan, saya tengah ceritakan penderitaan orang-orang yang tidak mempunyai makanan yang cukup dan menderita kebuluran. Gambar-gambar yang saya tunjuk pula kesemuanya adalah orang-orang daripada benua afrika. Jadi gambar-gambar ini membuat peserta saya agak tidak selesa dan mereka menyatakan perasaan mereka kepada saya selepas program tersebut. Walaupun saya tidak ada niat hendak membuat sesiapa merasa sensitif, saya perlu lebih berhati-hati dengan apa yang saya tunjukkan.
  • Jika anda ada kamera digital, proses menggunakan gambar ini akan jadi lebih mudah. Jika anda ceritakan tentang kawasan perumahan yang kotor contohnya, anda boleh ambil gambar-gambar sebenar dan tunjukkan kepada penonton anda.
  • Jika anda tidak ada gambar yang sesuai dan anda masih memerlukan gambar untuk membantu presentation anda, anda boleh cari gambar-gambar itu diinternet. Contohnya, masuk ke www.google.com. Klik pada ‘image’ dan taip gambar apa yang anda cari. Apabila anda sudah jumpa gambar yang anda mahukan, ‘right klik’ pada gambar itu, dan ‘save picture as’ di dalam komputer anda.

Selamat mencuba.

read more
Osman Affan21 Tips Microsoft PowerPoint – Tip 9