Dapat ilham sebelum sempat guru menjawab

Hihi… sejak awal pagi tadi saya cuba menghasilkan iklan FB untuk memberi target audience download chapter pertama ebook ini secara percuma. Saya pernah lihat sifu-sifu FB buat iklan begini tetapi saya tidak pernah mencubanya.
Jenuh saya cuba tetapi tidak menjadi. Akhir sekali, saya gagahkan diri mengganggu salah seorang sifu saya, Tuan Ahmad Fadzli Fauzi dengan memohon bantuan dan panduan melalui inbox FB.
Namun, baru beberapa minit sahaja saya hantarkan mesej kepada beliau, terus saya terjumpa caranya. Alhamdulillah. Menarik. Seronok rasanya bila berjaya buat sesuatu.
Saya percaya ini adalah berkat berguru. Banyak ketikanya apabila kita bertanya kepada guru, belum sempat guru itu menjawab, idea, ilham dan jawapan sudah mula sampai ke minda kita. Aura hebat seorang guru kata orang.
Terima kasih sahabat dan Sifu saya Tuan Ahmad Fadzli kerana sentiasa sudi melayan pertanyaan budak baru belajar seperti saya.
Buat sahabat FB saya dari kalangan guru, pensyarah dan ibu bapa, boleh download chapter pertama ebook ini melalui link di bawah. Melalui chapter pertama ini, sahabat semua boleh membuat ujian diagnosis kepada anak-anak untuk topik sifir.
Boleh lihat tahap PENGUASAAN SIFIR anak-anak ketika ini. Apabila sudah tahu mereka di tahap mana, bolehlah ambil langkah-langkah yang patut untuk membantu meningkatkan prestasi dan penguasaan sifir mereka.
Selamat mencuba.
Klik di sini.
http://www.osmanaffan.com/?p=11992

Comments are closed.