e-Majalah dilancarkan

e-Majalah dilancarkan

E-Majalah IMAssalamualaikum dan selamat sejahtera. Posting hari ini adalah untuk saya war war kan tentang kemunculan e-majalah. Tahniah saya ucapkan kepada Labanon and the team kerana berjaya menghasilkan e-majalah ini.
Bagi saya, untuk berjaya, kita tidak semestinya bermula dengan kejayaan yang besar. Bermula dengan kecil-kecilan juga boleh membawa kita ke arah kejayaan. Jadi, usaha Labanon ini merupakan satu usaha yang saya percaya satu hari nanti akan membawa beliau ke arah kejayaan (tapi kekalkan etika kerja yang baik lah ye Labanon. 🙂  )
Jika anda mahu membaca e-majalah ini, anda boleh lawati laman web http://MajalahIM.com  Anda boleh memuat turun dengan percuma. Di dalam e-majalah tersebut, ada satu artikel saya yang turut dimuatkan mengenai adab menuntut ilmu online seperti yang pernah saya tulis dulu.
 Terdapat juga artikel daripada beberapa nama terkenal dalam perniagaan internet Malaysia di dalam e-majalah ini. Jadi, ini adalah satu cara baik untuk kita kembangkan lagi ilmu dan pengetahuan kita.
Selamat membaca dan tahniah sekali lagi kepada Labanon & the team.

Comments are closed.