Hari pertama menjadi Trainer….

Hari pertama menjadi Trainer, jari jemari masih merah berinai.

Saya masih ingat pengalaman hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah bagi menjalankan program SmartStudy. Ketika itu saya promosikan nama SmartStudy Learning Skills.

Hari pertama jejakkan kaki, saya perlu sampaikan program di 2 buah sekolah. Pagi di sekolah rendah dan petang di sebuah sekolah menengah.

Ketika itu, bulan Mac 2005, baru seminggu saya melangsungkan perkahwinan. Sebab itulah tangan masih merah berinai.

Saya tidak ada apa-apa ketika itu. Ke lokasi program hanya berbekalkan thumb drive. Slot pagi yang saya jalankan, sekolah rendah, rasanya seperti OK tetapi ada beberapa orang pelajar yang tidur semasa program. Sebab bosan? Tidak juga.

Pelajar-pelajar itu sedang berkhemah di sekolah dan khabarnya malam sebelumnya ramai yang tidak tidur hingga pukul 2-3 pagi. Jadi bila masuk kelas kemahiran belajar awal pagi esoknya, adalah beberapa pelajar yang tumbang kepalanya di atas meja.

Sesi petang bersama pelajar sekolah menengah. Entah kenapa, saya rasa responnya sangat baik yang membuat saya semakin yakin dan bersemangat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang training dalam industri pendidikan ini.

Kenangan terindah. Sedar tidak sedar sudah 13 tahun hari pertama jalankan program itu berlalu. Semoga terus dipermudahkan segala urusan. Amin….

====================
Seminar Sales & Marketing
====================

https://www.tuitionoftrainers.com/seminar/

Cuma Sekali Setahun! Daftar berdua atau lebih untuk mendapat harga diskaun RM90 sahaja seorang sebelum 30 November 2018 ini.

Jumpa anda di sana.

Marketing Team
TrainerProfesional.com

 

Comments are closed.