hasil penat lelah seorang trainer mudah DICURI?

Modul, slides, buku kerja, poster, mutiara kata & hasil penat lelah seorang trainer mudah DICURI. Bagaimanakah cara untuk MENGELAKKANNYA?

Tahukah anda, untuk menyiapkan slides yang akan dipaparkan selama 5 hingga 10 minit selalunya boleh mengambil masa 2 jam hingga 6 jam untuk disiapkan?

Malah kalau slides itu adalah untuk topik yang baru, ia boleh memakan masa berhari-hari, berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk disiapkan.

Apakah perasaan anda sebagai seorang trainer yang menghasilkan modul, tiba-tiba hasil kerja anda ditiru, diciplak dan dicuri oleh trainer lain dalam industri?

Apakah perasaan anda apabila anda habiskan masa berbulan-bulan menulis buku, tiba-tiba ada individu yang mencetak semula buku itu dengan menukarkan nama dia sendiri di bahagian nama penulis?

Persoalan yang lebih besar, bagaimanakah cara untuk mengelakkannya?

Dalam seminar Ahad ini, topik ini bakal dikupas oleh Tuan Osman Affan. Menurut pengalaman beliau, bukan sahaja modul dan slides beliau pernah dicuri, malah tips & artikel yang dikongsikan di media sosial juga biasa dicuri oleh individu yang tidak beretika & tidak bertanggungjawab.

Menurut Tuan Osman Affan lagi, walaupun seorang trainer sudah mendaftar modul, slides atau buku kerjanya di MyiPO (Perbadanan Harta Intelek), ia masih boleh dicuri.

Jadi seorang trainer perlu memikirkan beberapa langkah kehadapan bagi menghalang kecurian atau sekurang-kurangnya menyusahkan proses orang mahu mencuri modul atau harta intelek ciptaan mereka.

Mari sama-sama kita pelajari mengenai ilmu menjaga harta intelek ini & ketahui apa kaitannya dengan Sales & Marketing pada hari Ahad ini, 9 Disember, pukul 9 pagi hingga 4 petang di UNIKL-BMI Gombak, Selangor Darul Ehsan.

Jumpa Kami Di Sana
================

Jika anda seorang trainer, guru tuisyen, home tutor, pengusaha tuisyen, penceramah, coach atau usahawan pendidikan, luangkan masa anda selama sehari untuk bersama-sama mendengar dan mungkin pelajari sesuatu daripada perkongsian ini.

Lokasi program adalah di UNIKL-BMI, Gombak Selangor (Berhampiran UIA Gombak), jam 9 pagi hingga 4 petang.

Klik Untuk Mendaftar
===============

https://www.tuitionoftrainers.com/seminar/

Cuma Sekali Setahun! Daftar bertiga atau lebih untuk mendapat harga diskaun RM90 sahaja seorang.

Atau hubungi Tuan Azlan Idris untuk dapatkan harga diskaun jika anda tidak dapat cari sesiapa untuk turut sama mendaftar bersama anda.

Jumpa anda di sana.

Marketing Team
TrainerProfesional.com

Comments are closed.