Adakah anda menghadapi masalah anak-anak tidak minat untuk belajar? Adakah anak-anak anda lebih suka menonton televisyen berbanding membaca buku? Bagaimanakah caranya anda boleh meningkatkan tahap motivasi anak-anak anda sendiri?

 

 

Apakah program SmartStudy Untuk Ibu Bapa?

 

Program SmartStudy biasanya dijalankan untuk pelajar. Di dalam program SmartStudy, pelajar biasanya diajar beberapa teknik asas motivasi diri dan juga beberapa teknik kemahiran belajar yang berkesan.

Untuk program SmartStudy bersama ibu bapa, ibu bapa akan didedahkan kepada beberapa teknik untuk meningkatkan tahap motivasi anak-anak mereka. Ibu bapa juga akan pelajari bagaimana caranya untuk membuat anak-anak minat belajar dan bersemangat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah.

 

 

 

Siapa yang perlu hadiri program ini ?

 

Program ini ditujukan khas untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah rendah, di dalam tahun 1, 2 dan 3. Pada tahap ini, adalah mudah untuk membentuk sikap yang cintakan ilmu pengetahuan di kalangan kanak-kanak. Namun ibu bapa yang mempunyai di tahun 4 hingga 6 juga digalakkan menghadiri program ini agar dapat membantu anak-anak mereka menjelang peperiksaan.

 

 

 

Pentingkah program ini ?

 

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Saya telah banyak memberikan khidmat kaunseling kepada ibu bapa sejak tahun 2003. Banyak soalan-soalan yang saya terima mengenai cara untuk memajukan prestasi akademik anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa yang bertemu dengan saya mahu tahu bagaimanakah caranya untuk membuat anak-anak mereka

  • Lebih bersemangat untuk belajar dan tidak malas.
  • Mahu membuat kerja sekolah tanpa dipaksa.
  • Lebih mudah menguasai apa yang dipelajari dan tidak mudah lupa.
  • Suka membaca.
  • Bercita-cita dan bersungguh-sungguh untuk berjaya.
  • Cemerlang di sekolah.

Seperti pepatah Melayu, "Kalau hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya" saya percaya bahawa anak-anak perlu diasuh untuk suka dan minat pada ilmu di usia muda. Sebab itulah saya mencadangkan program ini dijalankan untuk ibu-bapa yang mempunyai anak-anak di tahun 3 (sekolah rendah) ke bawah. Lebih muda anak-anak anda, lebih bagus lagi jika anda hadiri program ini.

Tahukah anda mengapa program ini penting? Jika anda tidak tahu asas untuk membuat anak anda minat kepada ilmu dan minat kepada pelajaran, anda mungkin akan buat sesuatu yang boleh membuat minat mereka hilang. Contohnya, katakan anda mahu membuat anak anda suka membaca buku. Tetapi, dengan cara yang salah (seperti yang banyak dilakukan oleh ibu bapa), anak anda bukan sahaja akan hilang minat untuk membaca, malah mereka akan benci melihat buku. Mahukah anda ini berlaku?

 

 

 

 

 

Apa yang akan anda pelajari dalam program ini ?

 

Antara perkara-perkara menarik yang akan anda pelajari di dalam program ini ialah:

  • Matlamat anak-anak - Tahukah anda apa cita-cita sebenar anak-anak anda? Tahukah anda, jika mereka sudah mula nampak apa cita-cita sebenar mereka, dan apabila anda memberikan galakan yang betul, mereka akan jadi bersemangat untuk belajar? Anda akan pelajari teknik ini di dalam program SmartStudy ini.
  • Halangan minda anak-anak - Tahukah anda, gurauan anda atau sesiapa sahaja disekeliling anak-anak anda boleh memberikan kesan negatif jangka masa panjang? Contohnya, jika anak-anak pernah dimarahi dengan perkataan 'bodoh', perkataan itu akan mereka bawa dalam hidup mereka sepanjang hayat mereka? Apabila perkataan itu mereka sentiasa bawa bersama mereka, mereka juga akan membuat perkataan itu menjadi benar buat mereka. Bolehkah anda hapuskan perkataan-perkataan negatif itu daripada minda mereka? Ya, tentu boleh melalui program ini.
  • Gaya Belajar anak-anak - Setiap anak mempunyai cara mereka tersendiri untuk mempelajari sesuatu. Jika anak anda belajar dengan cara yang tidak sesuai untuk mereka, mereka umpama seorang pelajar yang biasa menulis dengan tangan kanan cuba menulis dengan tangan kiri. Begitulah susahnya bagi mereka mempelajari sesuatu. Jadi, pelajari bagaimana mahu mendidik anak-anak anda untuk menggunakan gaya belajar yang betul melalui program ini.
  • Kemahiran Belajar anak-anak - Jika anak anda tidak pandai menunggang basikal, mahukah dia kalau diajak berlumba basikal? Sudah tentu tidak bukan? Namun, jika anda latih anak anda dengan kemahiran menunggang basikal yang betul dan cekap, bersemangatkah dia jika diajak untuk berlumba basikal? Sudah tentu bukan? Di dalam program ini, anda akan diterangkan tentang beberapa teknik penting kemahiran belajar agar anda sendiri boleh melatih anak-anak anda nanti. Apa yang bagusnya, jika anda sendiri sudah tahu bagaimana mahu melatih anak-anak anda, anda sendiri boleh memantau perkembangan pencapaian akademik anak-anak anda.
  • Minat dan tabiat positif anak-anak - Bolehkah anda membuat anak-anak anda minat membaca? Bolehkah anda mendidik mereka supaya minat Bahasa Inggeris dan Matematik contohnya? Sudah tentu boleh. Dalam program ini anda akan pelajari bagaimana mahu membentuk tabiat yang positif di dalam diri anak-anak anda.
 

 

 

Kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah

 

Program ini biasanya dilakukan di sekolah dengan kerjasama pihak PIBG sekolah. Pihak PIBG sekolah yang berminat untuk menjalankan program ini boleh menghubungi pegawai kami untuk mengatur perjalanan program ini.

 

 

 

Bagaimanakah cara program SmartStudy Untuk Ibu Bapa ini dijalankan?

Para Guru SMK Benta, Pahang

 

Di dalam program ini, peserta akan diberikan penerangan asas mengenai konsep SmartStudy dan konsep motivasi diri untuk anak-anak.

Program ini bersifat interaktif di mana para peserta digalakkan untuk bertanya kerana setiap ibu bapa mempunyai masalah atau situasi mereka yang tersendiri.

 

 

Corporate Security Petronas

 

 

Jika anda berminat untuk menjalankan program SmartStudy Untuk Ibu Bapa ini di tempat anda, sila klik disini untuk maklumat tentang cara menghubungi kami atau email kepada kami di info@osmanaffan.com.

 

© All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com