Kawal Tekanan Perasaan

Siri Tips Belajar Saat Akhir – Kawal Tekanan Perasaan.

LIKE & SHARE jika bermanfaat ya. Terima kasih.
=============

Tekanan perasaan menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang remeh atau sesuatu yang boleh dipermainkan. Sudah banyak kes yang kita dengar berkenaan pelajar yang mengalami masalah tekanan perasaan yang serius menjelang peperiksaan hingga mengganggu prestasi mereka dalam peperiksaan.

Bukan sahaja pelajar yang tertekan, ibu bapa dan guru juga turut merasa tekanannya. Lebih buruk lagi apabila ibu bapa dan guru yang tertekan memindahkan tekanan tersebut kepada pelajar!

Jadi, buat adik-adik pelajar, disamping bekerja keras untuk belajar dan mengulangkaji, jangan lupa untuk menjaga kesihatan diri terutamanya kesihatan mental agar tidak terlalu tertekan ya!

Selamat Belajar dan Selamat Mengawal Tekanan Perasaan!

 

Comments are closed.