Kelakar pula rasanya

Kelakar pula rasanya bila saya tanya Google soalan ini,
‘bagaimana cara untuk meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan khalayak ramai’
‘top three result’ yang saya perolehi datangnya daripada website saya sendiri, www.OsmanAffan.com.

Saya sebenarnya sedang dalam proses membuat modul training ringkas berkenaan keyakinan diri secara umum dan keyakinan diri semasa berucap di hadapan khalayak ramai. Jadi saya buat carian di google mengenai topik ini dan tidak sangka pula yang saya perlu rujuk diri saya sendiri. Hihi..
Saya percaya sesiapa yang aktif menulis, tentu tahu perasaan seronoknya apabila membaca hasil tulisan sendiri yang kita sendiri sudah lupa (secara terperinci) apa yang telah kita tulis.
Nampaknya saya akan aktifkan semula dan kongsikan topik 3 Rahsia Keyakinan Diri di dalam program SmartStudy dan juga jika berkesempatan, saya akan hasilkan tips ringkas berdasarkan artikel panjang ini.
Tips ini boleh dibaca di http://www.osmanaffan.com/3-rahsia-keyakinan-diri/

Comments are closed.