Kemahiran Berkawan

Posted in Fanpage, Kompilasi Tips, Persediaan Minda at 16 Apr. 2013

kemahiran-berkawan

Pembuka kata

Setelah anda fikirkan tentang kemampuan anda bersaing, anda akan nampak apa persediaan yang anda perlu lakukan mulai sekarang. Saya akan bincangkan mengenai kemahiran-kemahiran yang anda boleh perolehi semasa anda masih bergelar seorang pelajar.

Hari ini, mari kita bercakap tentang kemahiran yang anda sedia ada. Kaji diri anda. Apakah kemahiran atau kekuatan anda yang sedia ada? Apakah perkara yang anda dapat lakukan dengan baik?

Contohnya, anda mungkin pandai berkawan. Ramai pelajar suka berkawan dengan anda. Malah, anda boleh bergaul dengan mana-mana pelajar sekalipun sama ada mereka ini pelajar cemerlang, tidak cemerlang, pendiam, peramah, pemalu dan kaki buli sekalipun. Pandai berkawan adalah satu kemahiran. Jika anda tidak tahu kemahiran apa yang anda ingin kuasai sewaktu belajar, saya akan cadangkan anda belajar kemahiran berkawan.

Ini kerana, jika anda pandai berkawan, anda boleh menyesuaikan diri anda di mana sahaja anda berada nanti. Bukan itu sahaja, kawan yang baik adalah satu faktor penting dalam mencapai kejayaan. Lihat disekeliling anda. Lihat pada kawan-kawan anda tidak kira anda rapat dengan mereka atau tidak.

Suatu hari nanti, ada antara kawan-kawan anda itu akan capai kejayaan yang hebat dalam hidup mereka. Ada kawan anda yang jadi terkenal suatu hari nanti. Ada kawan anda yang akan berpangkat Dato?, Tan Sri atau Dato? Sri nanti. Anda tidak nampak perkara itu sekarang. Jadi, jika anda pandai berkawan, kawan-kawan anda ini akan membantu atau sekurang-kurangnya memberi semangat kepada anda untuk berjaya suatu hari nanti.

Jadi, kita akan bincangkan macam mana caranya nak meningkatkan kemahiran anda untuk berkawan ini.

Mengapa perlu kemahiran berkawan?

Tahukah anda, menurut satu kajian di negara barat, lebih 80% pekerja dibuang kerja bukan disebabkan oleh masalah tidak pandai melakukan kerja. Tetapi mereka dibuang kerana mereka mempunyai masalah dalam sikap terutamanya masalah dalam bergaul dengan rakan sekerja.

Semasa anda berusaha untuk berjaya di zaman persekolahan dan universiti, anda lakukan untuk kejayaan peribadi anda. Anda bekerja keras belajar dan mengulangkaji dan hasilnya anda mendapat kejayaan individu.

Di tempat kerja, kejayaan anda bukanlah kejayaan individu. Anda perlu bekerjasama dengan pekerja lain untuk mencapai kejayaan secara berkumpulan. Jika anda tidak biasa dengan cara bekerja dalam berkumpulan, anda akan rasa janggal dan susah untuk menyesuaikan diri.

Lebih teruk lagi, jika anda masih terbawa-bawa sikap anda di zaman persekolahan di mana anda suka bekerja sendirian tanpa campur tangan orang lain. Anda perlu ingat, teknik dan strategi anda di masa lalu tidak menjanjikan kejayaan di masa akan datang. Maksudnya, untuk berjaya, anda perlu sentiasa sesuaikan strategi dan teknik anda dengan keadaan yang baru.

Disebabkan itu, saya cadangkan anda menyertai persatuan atau apa-apa projek yang dijalankan di tempat anda belajar. Mungkin ada projek mengutip derma, projek hari sukan, projek kembara, projek kempen membaca dan sebagainya. Banyak perkara anda boleh pelajari apabila anda menyertai projek atau program sebegini.

Satu contoh perkara yang saya ingin anda belajar semasa menyertai aktiviti di tempat anda belajar ialah:

  • Teknik berbincang di dalam kumpulan atau dalam mesyuarat. Perhatikan, adakah mudah untuk berbincang di dalam sesuatu perbincangan atau dalam sesuatu mesyuarat? Apakah masalah-masalah yang mungkin timbul apabila sekumpulan pelajar duduk berbincang tentang sesuatu yang hendak dilakukan? Katakan kalau ada guru yang turut serta dalam perbincangan itu, adakah perbincangan itu menjadi semakin sukar atau senang?

Ada masanya, anda tidak perlu tunggu hingga ada mesyuarat rasmi untuk perhatikan perkara ini. Anda boleh lihat juga ketika anda lakukan perbincangan kumpulan atau semasa anda melakukan belajar berkumpulan (study group). Jadi hari ini, fikirkan tentang soalan yang saya berikan sebentar tadi. Kita akan sambung perbincangan ini esok.

Tip #1

Semalam saya ada memberi cadangan supaya menyertai program-program dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di tempat anda belajar. Selain daripada mendapat pengalaman dalam melakukan tugas, anda boleh belajar bagaimana cara mahu bergaul dengan baik dengan kawan-kawan anda.

Jika anda menyertai aktiviti sebegini, kadangkala anda dapat berkenalan dan bergaul dengan pelajar-pelajar daripada sekolah. kolej atau universiti lain. Ini akan mengukuhkan lagi kebolehan anda untuk menyesuakan diri dan bergaul dengan orang daripada pelbagai latar belakang.

Hari ini, saya mahu anda lihat kawan-kawan disekeliling anda. Adakah anda ada ramai kawan? Atau, adakah anda mempunyai ramai musuh?

Ada pelajar yang mengadu kepada saya bahawa di sekolah beliau banyak pelajar yang jahat, sakit hati, dengki dan sebagainya. Disebabkan itu, beliau tidak suka bergaul dengan pelajar-pelajar disekolah beliau. Pernahkah anda rasa begini?

Hmm? mungkin ada pelajar yang nakal atau?tidak berdisiplin?di sekolah anda. Namun, jika anda langsung tidak mempunyai kawan walau ke mana-mana sahaja anda pergi, masalahnya mungkin berada pada kawan-kawan disekeliling anda. Maksud saya, mungkin andalah masalahnya!

Begini, apabila anda tidak mempunyai ramai kawan, anda patut kaji apakah sebabnya. Apakah benar pelajar-pelajar lain semuanya sombong hingga tidak mahu berkawan dengan anda? Atau, adakah sesuatu yang anda suka lakukan hingga tidak ada pelajar yang suka mendampingi anda?

Anda perlu berhati-hati, jika anda suka lakukan sesuatu yang membuat pelajar lain tidak sukakan anda, anda mungkin akan bawa perangai itu hingga anda masuk ke alam pekerjaan. Ini akan beri kesan yang tidak baik kepada anda nanti. Jadi, saya akan kongsikan minggu depan beberapa tips dalam mengelakkan diri anda daripada melakukan sesuatu yang boleh membuat anda dibenci oleh kawan-kawan di sekeliling anda??.

Tip #1.1

Banyakkan mendengar, kurangkan bercakap. Apabila saya katakan kurangkan bercakap, ia tidak bermaksud anda patut berdiam diri dan langsung tidak bercakap dengan kawan-kawan anda.

Ia bermaksud, anda perlu latih diri anda mendengar apa yang kawan-kawan anda perkatakan. Menurut pemerhatian saya dan pengalaman saya sebagai pelajar dulu, ada segolongan pelajar yang terlalu suka bercakap terutama sekali tentang diri mereka. Mereka sibuk bercerita tentang aktiviti, percutian, kerja sekolah, lawatan dan kegiatan masa lapang mereka. Masalah yang timbul selalunya ialah, mereka ini?tidak berminat untuk mendengar?cerita kawan-kawan lain pula.

Jika anda asyik sibuk bercerita dan tidak berminat mendengar cerita orang lain, orang lain juga akan mula hilang minat untuk mendengar cerita anda. Malah, lebih buruk lagi, mereka akan cuba menjauhi anda kerana bosan dan tidak mahu mendengar cerita anda yang tidak berkesudahan itu. Mahukah anda ini terjadi?

Ini yang boleh anda lakukan. Tidak salah untuk bercerita tentang diri anda. Tetapi, apabila kawan-kawan anda mula bercerita tentang mereka pula, anda tumpukan sepenuh perhatian kepada cerita mereka. Cuba fahami apa yang mereka katakan. Ketawa jika cerita mereka kelakar . Kemudian, tanya soalan berkenaan cerita mereka. Contohnya,?jika kawan anda bercerita ?minggu lepas aku pergi camping kat Gua Tempurung. Best la camping kat sana.? Jadi anda patut tanya, ? o ye ke? apa kau buat kat sana???

Dengan bertanya begitu, ia akan memberi peluang kepada kawan anda untuk bercerita tentang pengalaman beliau. Kawan-kawan anda akan rasa seronok kerana dapat bercerita dan apa yang bagusnya, mereka akan rasa seronok bila berada bersama anda. Setiap kali mereka lakukan apa-apa aktiviti, mereka akan teringat kepada anda kerana mereka tidak sabar mahu ceritakan kepada anda. Bukankah bagus begitu?

Tip #1.2

Tips pertama semalam menyuruh anda bertanya kepada kawan anda agar mereka?bercakap lebih lanjut tentang cerita mereka. Hari ini, ada satu perkara yang perlu anda elakkan.

Seperti semalam, katakan kawan anda berkata, ?Minggu lepas aku camping kat Gua Tempurung. best la camping kat sana.? Elakkan sama sekali daripada menjawab begini, ?O ye ke?. ala biasa je Gua tempurung tu? aku pergi Gua Niah lagi best?.. masa tu aku?? (terus buka cerita anda dan abaikan kawan anda yang baru nak buka cerita tadi?)?

Atau, anda jawab, ?Bosan ah Gua Tempurung tu. Bukan ada apa. Aku dah biasa tengok dalam tv. Orang yang dah takde tempat nak pergi je yang pergi Gua tu???

Selalunya, bila seseorang bercerita, kita rasa tak sabar nak ceritakan pengalaman kita yang mungkin serupa atau lebih hebat. Namun anda perlu berhati-hati dan bersabar. Beri peluang kepada kawan anda untuk bercerita dan menyerlah. Tidak rugi jika anda beri perhatian kepada kawan-kawan anda untuk bercerita.

Dalam masa yang sama, bayangkan apa yang anda rasa jika anda pula diperlakukan begitu apabila anda mahu membuka cerita?.?

Tip #1.3

Tips kemahiran berkawan yang pertama ini akan membantu anda untuk mudah menyesuaikan diri di alam pekerjaan nanti. Di pejabat atau di mana-mana sahaja anda bekerja nanti, anda akan jumpa orang yang suka bercerita tentang diri mereka dan tidak mengendahkan cerita orang lain.

Orang-orang begini selalunya akan dipulaukan tanpa mereka sedari. Kawan sekerja lain akan cuba mengelak dari berbual dengan mereka kerana bosan asyik terpaksa mendengar cerita mereka.

Apabila anda menjadi pendengar yang baik, kawan-kawan sekerja akan selalu mencari anda menceritakan kisah-kisah hebat mereka. Mungkin sekali sekala anda akan rasa penat mendengar cerita orang lain. Tetapi, apa yang bagusnya, kawan-kawan yang selalu mencari anda ini tidak akan lupakan anda apabila mereka ada sesuatu yang baik untuk dikongsikan dan diceritakan seperti peluang untuk naik pangkat, peluang perniagaan dan sebagainya. Tidaklah anda bosan bekerja keseorangan kerana tidak ada kawan yang berani mendekati anda.

Tip # 2

Berkawan dengan semua orang tetapi pilih siapa yang patut jadi kawan baik anda. Apabila anda bergaul dengan orang-orang disekeliling anda, anda harus pandai menyesuaikan diri. Ada satu kenyataan yang pernah saya baca menyatakan, anda mempunyai personaliti yang sihat apabila anda boleh bergaul dengan pelbagai jenis orang daripada pelbagai jenis latar belakang.

Maksudnya, jika anda ada personliti yang sihat dan anda pandai berkawan, anda boleh berkawan dan mesra dengan sesiapa sahaja tidak kira mereka pelajar cemerlang, tidak cemerlang, samseng, kaki gaduh, ajk surau, ketua pelajar dan sesiapa sahaja. Jika anda rasa anda hanya boleh bergaul dengan beberapa jenis orang sahaja, anda perlu pelajari dan berlatih bagaimana mahu luaskan kenalan anda.

Ini adalah kerana, apabila anda sudah bekerja nanti, anda akan jumpa pelbagai jenis orang?. mungkin anda akan jumpa seseorang dengan sifat dan perangai yang selama ini anda sangka tidak wujud langsung. Namun, dalam berkawan dengan semua orang ini, anda perlu juga memilih.

Walaupun anda mungkin berkawan dengan seorang kaki buli atau ketua samseng di tempat anda belajar, ini tidak bermakna anda rapat dengan mereka hingga anda juga jadi seperti mereka. Anda perlu berhati-hati siapa yang anda pilih sebagai kawan baik. Ini adalah kerana, kawan baik anda adalah cermin kepada keperibadian anda. Maksudnya, keperibadian anda akan dipengaruhi oleh keperibadian kawan-kawan baik anda ini.

Siapakah yang patut anda pilih untuk menjadi kawan baik anda? Satu tips daripada saya, jangan pilih berdasarkan harta atau populariti kawan anda itu. Pilih berdasarkan cita-cita mereka dan semangat mereka untuk berjaya.

Ada antara kawan-kawan anda yang sangat bersemangat untuk berjaya dan mempunyai cita-cita yang hebat. Mereka ini sentiasa berusaha untuk menuju ke arah matlamat mereka. JIka anda tidak dapat jadi kawan baik mereka pun, sekurang-kurang anda perlu cuba rapat dengan mereka agar anda dapat terikut-ikut dengan semangat untuk berjaya itu.

Tip # 3

Semasa saya menunggu keputusan sama ada mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara atau tidak, saya selalu menunggu kedatangan posmen. Saya selalu berharap agar posmen datang dengan senyuman dan memberikan surat yang mengatakan bahawa saya berjaya mendapat biasiswa tersebut. Apabila hari yang dinantikan tiba, seorang posmen benar-benar datang dan memberi saya surat yang membawa?berita gembira?tersebut.

Saya rasa, sejak itu, bagi saya posmen membawa maksud sesuatu yang gembira kepada saya. Maksudnya, setiap kali saya melihat seorang posmen, saya akan kaitkan beliau dengan berita gembira. Mengapa? Kerana beliau selalu membawa berita gembira kepada saya.

Tips untuk meningkatkan kemahiran anda berkawan hari ini ialah, anda perlu jadi seperti posmen tadi??. hmmm?. saya tidak bermaksud menyuruh anda menjadi posmen?

Maksud saya, saya menyuruh anda menjadi seorang?pembawa berita gembira. Semua orang sukakan berita gembira buat mereka. Berita gembira amat menggembirakan?? (semua orang tahu tentang perkara ini kan?)

Setiap kali anda membawa berita gembira kepada kawan-kawan anda, mereka akan kaitkan anda dengan kegembiraan. Jadi, setiap kali mereka melihat anda, mereka akan rasa gembira. Bukankah itu yang anda mahukan?

Tip # 3.1

Seingat-ingat saya, saya ada ramai kawan yang suka membawa berita gembira ini. Kawan-kawan begini, rasa seolah tidak sabar untuk menceritakan berita-berita yang menggembirakan. Contoh berita gembira yang mereka bawa ialah berita tentang kejayaan seseorang, cerita tentang kebaikan seseorang, cerita tentang kesusahan yang diakhiri dengan kemenangan dan cerita-cerita menarik yang boleh membuat anda rasa seronok, gembira dan bersemangat.

Namun, anda perlu berhati-hati juga dengan apa yang saya maksudkan dengan berita gembira ini. Ada pelajar yang merasa gembira apabila mendengar cerita-cerita tidak baik seperti cerita tentang pelajar dirotan, gagal dalam peperiksaan dan juga gosip-gosip liar. Bukan ini yang saya maksudkan dengan berita gembira.

Anda juga perlu berhati-hati jika anda rasa gembira dan seronok apabila mendengar cerita-cerita tidak baik begini kerana?.. ada kemungkinan anda adalah seorang berfikiran sangat negatif??. ya?. pelajar yang berfikiran negatif amat gembira apabila mendengar tentang keburukan dan kelemahan pelajar lain. Ini kerana, cerita-cerita begitu membuat mereka rasa lebih hebat?? menyedihkan bukan?.?

Jadi, tips pertama untuk menjadi seorang pembawa berita gembira ialah, elakkan diri anda daripada membawa berita-berita yang tidak baik kepada kawan anda. Contohnya, anda mendengar sahabat A bercerita tentang sesuatu yang tidak baik tentang sahabat B.

Jangan?anda pergi kepada sahabat B dan ceritakan apa yang sahabat A katakan. Ada dua sebab utama mengapa. Pertama, jika anda sampai berita itu, anda akan jadi pembawa berita buruk?.. kedua, anda akan menyebabkan sahabat A dan sahabat B berbalah. Hakikatnya, anda mungkin tersalah faham apa yang sahabat A cuba katakan.

Jadi, anda perlu ingat, jangan jadi pembawa berita buruk dan gosip. Sikap ini biasa dilihat ditempat-tempat kerja. Majikan benci pekerja yang mempunyai sikap begini kerana ia akan merosakkan suasana kerja yang baik. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya juga pernah memberhentikan seorang pekerja saya walaupun beliau mempunyai bakat dan bagus dalam kerja beliau. Mengapa? Anda boleh teka mengapa?.

Tip # 3.2

Tips untuk menjadi pembawa berita gembira semalam ialah dengan mengelakkan diri anda daripada menyampaikan berita-berita buruk atau cerita tidak baik kepada kawan-kawan anda. Tips untuk hari ini ialah sampaikan berita gembira kepada kawan-kawan anda secepat mungkin.

Katakan anda mendengar berita? baik seperti kawan anda mendapat markah penuh dalam peperiksaan Matematik, sampaikan kepada beliau secepat mungkin. Tetapi pastikan berita itu betul kerana jika ia tidak betul kesan sebaliknya akan berlaku. Namun, satu perkara yang saya minta anda sampaikan kepada kawan anda secepat mungkin ialah berita berkenaan pujian kepada mereka.

Maksudnya begini. Katakan anda sedang bercakap dengan sahabat A dan sahabat A memuji sahabat B (sahabat B tidak ada disitu). Setelah anda mendengar pujian itu, anda perlu seberapa segera menyampaikan pujian itu kepada sahabat B. Tetapi jangan terlalu segera hingga anda terus tinggalkan sahabat A yang sedang bercakap tadi?.

Dua perkara akan berlaku bila anda lakukan perkara ini. Pertama, anda akan jadi pembawa berita gembira. Sahabat B akan kaitkan anda dengan rasa gembira. Kedua, hubungan antara sahabat A dan B akan jadi bertambah akrab. Pujian yang disampaikan secara tidak berdepan begitu selalu membawa kesan yang positif. Sahabat B akan rasa bahawa pujian sahabat A itu adalah ikhlas dan boleh dipercayai. Jadi, hubungan mereka akan jadi lebih baik.

Suatu hari nanti ditempat kerja anda, lakukan perkara sebegini juga. Sampaikan pujian yang anda dengar kepada tuan punya diri. Anda akan disenangi oleh kawan-kawan sekerja anda nanti.

Bila ini berlaku, anda telah melakukan sesuatu yang baik dalam hidup anda?

Tip # 3.3

Daripada tips 3.2, ada satu perkara yang anda perlu pelajari. Saya ada katakan bahawa pujian yang disampaikan dibelakang tuan punya diri akan berbunyi ikhlas dan mendatangkan kesan yang baik. Jadi tips untuk hari ini, jika anda hendak memuji kawan-kawan anda, puji mereka tanpa kehadiran mereka. Maksudnya, puji mereka semasa mereka tidak ada bersama anda.

Jika anda bercerita tentang perkara yang tidak baik tentang kawan anda dibelakang mereka, itu adalah gosip dan mengumpat. Perbuatan ini adalah sangat tidak baik dan boleh merosakkan hubungan dan juga nama baik anda. Tidak ada orang yang suka kepada seseorang yang suka mengumpat dan menyebarkan gosip. Tetapi, jika anda puji kawan ada dibelakang mereka, perkara sebaliknya akan berlaku. Anda akan dilihat sebagai seorang yang ikhlas dan baik hati.

Apabila anda sedang berborak-borak dengan sekumpulan pelajar dan anda mahu bercerita tentang pelajar lain, ceritakan tentang yang baik sahaja. Jika anda kawan anda dalam kumpulan itu yang bercerita tentang keburukan pelajar lain, anda jangan turut serta dengan memberi komen atau menambah-nambah cerita itu. Jika sesi bercerita tentang keburukan pelajar lain itu berterusan, minta diri dan tinggalkan kumpulan tersebut seketika.

Tujuan saya berkongsi tips ini bukanlah untuk memanipulasikannya dan cuba buat anda kelihatan baik di depan kawan-kawan anda. Tips ini adalah untuk anda amalkan dan jadikannya sebahagian daripada perwatakan anda. Anda akan jadi insan yang lebih baik jika anda sebarkan pujian dan berita baik berbanding jika anda sebarkan kutukan, fitnah, gosip dan berita buruk.

Jadi, mulai hari ini, fikirkan, apakah perkara baik yang anda boleh puji kawan-kawan anda? Apakah berita-berita baik yang anda boleh kongsikan bersama mereka?

Tip # 4

Adakah anda kenal mana-mana kawan anda yang dikatakan ?mulut laser?? Hmm? saya rasa anda tentu faham apa yang dikatakan mulut laser ni. Secara ringkas, pelajar yang bermulut laser ialah pelajar yang tidak menapis apa yang dikatakannya dan kata-kata mereka selalu menyakiti hati kawan-kawan yang lain.

Contohnya, apabila ada seorang kawan gagal dalam peperiksaan, pelajar mulut laser ini akan dengan selambanya berkata, ?tu la, suruh belajar tak nak, kan dah jadi bodoh macam ni?.?. Hehe? ini cuma contoh sahaja. banyak lagi contoh lain sebenarnya tetapi tidak sedap pula kalau saya kongsikan di sini.

Namun, secara umumnya, pelajar bermulut laser memang ada di mana-mana. Mereka ini tidak semestinya pelajar yang nakal atau tidak berdisiplin. Mereka ini tidak semestinya pelajar perempuan kerana ramai juga pelajar lelaki yang bermulut laser.? Selalunya juga kalau pelajar lelaki bermulut laser, lebih dahsyat daripada pelajar perempuan yang bermulut laser kan??

Tips ke 4 ini akan membincangkan tentang cara pertuturan anda dengan kawan-kawan anda. Ingat, apa yang anda tuturkan atau cakapkan menggambarkan apa yang ada dalam hati anda. Jadi, anda perlu tahu serba sedikit bagaimana caranya untuk bercakap dengan baik dan sopan dengan kawan-kawan anda.

Tip # 4.1

Ada?beberapa alasan popular yang digunakan oleh pelajar bermulut laser mengapa mereka lebih suka bermulut laser daripada tidak. Antara alasan mereka ialah, ?Saya tidak suka bercakap bohong.

Saya cakap perkara yang benar sahaja walaupun benda itu menyakitkan orang yang mendengarnya?, atau ?Saya bukan nak sakitkan hati sesiapa, saya cakap benda yang betul. Kalau ada orang terasa, nasib la??, atau ?La? cakap sikit pun nak sakit hati ke?. masuk dalam hutan la kalau tak nak sakit hati?.?

Pada pendapat peribadi saya, memang tidak salah kalau kita bercakap benar, memang itu yang patut kita lakukan. Namun, saya percaya, pelajar yang bermulut laser selalunya tidak tahu alternatif kepada cara untuk menuturkan apa yang mereka mahu katakan.

Contohnya, bila anda melihat seorang kawan memakai baju yang kelihatan agak kotor, pelajar bermulut laser akan kata, ?kau tak basuh baju kau ke??Nampak kotor sangat ni??. Alternatif kepada soalan itu ialah, ?Baju kau kena apa?? atau lebih mudah, ?kenapa baju kau kotor??.

Apa yang saya hendak tunjukkan di sini ialah, pelajar bermulut laser selalunya terus membuat?andaian negatif?kepada apa yang mereka lihat. Jadi, tips hari ini ialah, jika anda lihat sesuatu, elakkan daripada menyoal soalan yang diikuti dengan andaian yang negatif.

Jika anda lihat kawan anda lambat ke sekolah dan mahu tanya sebabnya, anda cuma perlu tanya ?kenapa kau lambat tadi??, jangan tanya begini, ?Kenapa kau lambat, bangun lambat eh?? Ni mesti tak sembahyang subuh pagi-pagi ni?.?. Hmmmm? anda boleh bayangkan apa perasaan kawan anda apabila anda bertanya dengan soalan berbentuk laser itu.

Soalan yang tidak laser selalunya lebih pendek dan tidak menyakitkan hati. Anda perlu ingat, apabila anda tamat belajar nanti, anda mungkin jumpa orang-orang yang bermulut laser. Anda akan dapat lihat bahawa orang-orang begini selalunya dijauhi oleh kawan-kawan yang lain. Apa yang menyedihkan, orang yang bermulut laser ini tidak sedar yang dia sedang?dipulaukan. Jadi, dia terus seronok dengan tabiat mulut lasernya. Bukankah ini sangat menyedihkan?

Tip # 4.2

Kebiasaannya, anda tidak sedar yang anda adalah tergolong dalam golongan pelajar bermulut laser. Ini disebabkan tidak ada sesiapa yang mahu menegur apa yang anda lakukan. Selalunya juga, pelajar-pelajar lain sebenarnya?tidak tahu bagaimana caranya mahu menegur anda. Ini boleh menyebabkan anda dipulaukan tanpa anda sedari. Jadi, bagaimana cara untuk mengetahui sama ada anda adalah pelajar bermulut laser atau tidak?

Satu tips mudah ialah, jika anda lihat kawan-kawan mula meminggirkan anda apabila anda mahu turut sama berbual dengan mereka, itu mungkin satu petanda walaupun banyak perkara yang boleh menyebabkannya.

Namun tip saya hari ini ialah, perhatikan reaksi muka kawan-kawan anda apabila anda bercakap atau memberi komen tentang sesuatu. Anda tidak akan sedar apa yang sebenarnya dituturkan oleh mulut anda tetapi anda boleh lihat reaksi kawan-kawan anda yang mendengarnya. Bayangkan jika anda menjadi mangsa mulut laser, bagaimanakah reaksi anda?

Jika anda sedang bercakap dengan penuh ?laser? anda akan dapat lihat reaksi tidak selesa, marah atau air muka kawan-kawan anda berubah. Apa yang peliknya, pelajar bermulut laser selalunya merasa bangga bila boleh bercakap sesuatu yang boleh menyebabkan air muka kawan-kawan mereka berubah begini.

Jika anda sedar bahawa kebanyakan masanya apabila anda bercakap air muka kawan-kawan anda berubah seperti yang saya jelaskan tadi, anda berkemungkinan tergolong dalam pelajar bermulut laser. Apabila anda telah sedar perkara ini, anda boleh mengelak daripada melakukannya di lain masa.

Mulai hari ini, cuba perhatikan reaksi kawan-kawan anda selepas anda bercakap. Itu semua memberi maklumat yang penting kepada anda. Elakkan daripada mengatakan sesuatu yang boleh membuat air muka kawan-kawan anda berubah kerana rasa marah atau malu.

Tip # 4.3

Ada masanya, anda mahu memberi komen atau teguran yang mungkin mengguris hati kawan-kawan anda. Namun, jika anda tidak memberi komen atau teguran tersebut, kawan anda mungkin akan meneruskan kesilapan beliau. Anda juga mungkin bimbang jika anda katakan sesuatu yang mengguris hati, anda akan tergolong dalam pelajar bermulut laser pula.

Begini, menegur atau memberi komen yang mengguris hati tidak semestinya bermaksud anda bermulut laser. Namun anda perlu memilih masa dan tempat yang sesuai semasa memberi komen atau teguran ini.

Pertama, jika anda mahu menegur atau memberi komen kepada kawan anda, elakkan daripada memberi komen itu di depan kawan-kawan lain. Sebaik-baiknya, berikan komen itu semasa anda berdua sahaja dengan kawan anda itu. Apabila anda berdua dengan kawan itu, gunakan perkataan yang baik semasa bercakap. Jangan gunakan perkataan yang kasar. Pilih perkataan anda dengan berhati-hati.

Contohnya, jika anda mahu kata ?bodoh?, gantikan dengan ?tidak pandai?. Maksudnya lebih kurang sama tetapi kesannya berlainan. Kalau?kawan A?kata anda ?bodoh? dan kawan B kata anda tidak pandai, yang mana lebih anda rasa marah? tentu kawan A bukan? Anda perlu ingat, setiap perkataan negatif boleh digantikan dengan perkataan yang lebih positif dan kurang menyakitkan.

Ini menunjukkan bahawa, walaupun anda mahu menegur kesalahan kawan-kawan anda, anda boleh menegur dengan kata-kata yang baik. Jika anda sudah tegur dengan kata-kata yang baik dan bukan di depan kawan-kawan lain, kawan anda ini lebih mudah untuk menerimanya. Dia juga tidak merasa terlalu malu dengan teguran tersebut. Ini akan membuat hati beliau lebih mudah terbuka untuk berubah.

Tip # 4.4

Tips 4 yang terakhir ialah, walau apa pun yang anda lakukan atau katakan, elakkan daripada menjatuhkan air muka kawan-kawan anda.? Jatuh air muka selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang memalukan. Contohnya, jika kawan anda sedang bercakap di depan kelas, jangan ketawakan beliau jika beliau tersilap cakap. Jangan ketawakan kawan anda jika mereka terjatuh dari kerusi atau semasa berjalan.

Ini semua boleh menjatuhkan air muka mereka. Sebaliknya, beri mereka sokongan. Beri perhatian semasa mereka bercakap di depan kelas dan tolong mereka bangun jika mereka terjatuh. Itulah yang sebaik-baiknya yang boleh anda lakukan.

Menjaga air muka kawan-kawan anda juga boleh dilakukan dengan mempertahankan mereka apabila mereka diejek oleh kawan-kawan lain. Anda boleh menjadi kawan yang baik dengan sentiasa menyokong kawan-kawan anda. Namun, ini tidak bermakna anda perlu menyokong mereka jika mereka lakukan sesuatu yang salah seperti mencuri, ponteng sekolah atau malas belajar. Sebaliknya, anda perlu sokong mereka dengan mengajak mereka mengikuti anda supaya belajar bersungguh-sungguh supaya satu hari nanti anda dan mereka sama-sama berjaya.

Tip # 5

Semasa saya di alam persekolahan, saya ada beberapa kawan yang saya suka dampingi. Kawan-kawan ini berbeza sedikit daripada kawan-kawan lain. Mereka kelihatan seolah-olah mereka sudah tahu dan jelas apa yang mereka mahu capai dalam hidup mereka. Mereka fokus dalam kerja mereka dan mereka sangat hebat dalam apa-apa yang mereka lakukan.

Jika mereka bermain sukan, mereka dapat mewakili sekolah dan daerah. Jika mereka belajar, mereka dapat mendapat markah yang sangat tinggi dalam peperiksaan. Jika mereka berpersatuan, mereka dapat jalankan program-program yang menarik dan kreatif. Jika mereka berkawan, mereka jadi kawan yang paling baik.

Kawan-kawan begini sangat istimewa kerana satu perkara; mereka selalu memberi saya ilham dan semangat untuk berjaya. Apabila saya lihat mereka fokus dalam pelajaran, saya juga bersemangat untuk jadi fokus dan belajar bersungguh-sungguh.

Apabila saya lihat mereka bijak menganjurkan program menarik, saya juga jadi bersemangat untuk belajar bagaimana cara melakukannya. Hingga kini saya masih merasa kesan baik kerana berkawan dengan kawan-kawan begini.

Mesej saya di dalam tip ini ialah,?apa kata anda yang?jadi seorang kawanyang boleh membuat kawan-kawan anda yang lain bersemangat apabila mereka berdamping dengan anda? Apa kata kalau anda yang jadi seperti kawan-kawan saya tadi iaitu kawan-kawan yang fokus dalam apa yang mereka lakukan dan berjaya mencapai apa yang mereka mahu.

Jika anda mahu jadi seorang kawan yang boleh menimbulkan rasa semangat kepada kawan-kawan yang lain, anda sendiri mesti fokuskan kepada kejayaan peribadi anda. Anda mesti tahu apa yang anda mahu capai dalam hidup anda dan anda perlu selalu berusaha untuk mencapai kejayaan. Dalam masa yang sama, anda perlu kekalkan hubungan yang baik dengan kawan-kawan anda.

Ada pelajar yang terlalu fokus mengejar kejayaan akademik hingga tidak menghiraukan kawan-kawan yang lain. Jika ini berlaku, anda tidak akan berjaya dalam konteks yang sebenar. Kawan-kawan yang lain juga tidak akan mahu mengikut kejayaan anda kerana mereka akan sangka, jika mahu berjaya, mereka perlu hidup berseorangan tanpa kawan. Nyata itu adalah satu tanggapan yang salah.

Jadi, mulai hari ini, kaji semula diri anda. Anda boleh rujuk semula semua tips-tips yang pernah saya kongsikan disini. Kejar kejayaan dari semua aspek supaya kejayaan anda lebih bermakna dan seimbang. Selamat berjaya!

Kesimpulan

Alhamdulillah?saya telah kongsikan 5 tips utama dalam berkawan? saya percaya banyak lagi tips yang boleh anda gunakan. Namun, dengan 5 tips pertama ini, harapan saya minda anda akan terbuka untuk melihat tips-tips yang lain sama ada melalui pembacaan anda atau melalui pengalaman anda sendiri. Pengalaman adalah guru terbaik.

Anda boleh belajar daripada pengalaman anda sendiri atau melalui pengalaman orang lain. Anda boleh belajar daripada pengalaman orang lain melalui pembacaan. Jadi, membaca adalah masih cara terbaik dan terpantas untuk mempelajari sesuatu.

Satu perkara penting yang telah saya pelajari seumur hidup saya ialah, kawan adalah penting dalam hidup saya. Ada juga kawan-kawan saya yang nakal dan selalu menyakitkan hati saya semasa di sekolah. Namun apabila kami bertemu semula kini, rasa sakit hati itu semua sudah tidak wujud malah kami jadi kawan yang sangat baik dan rapat kini.

Ini bermaksud, jika anda ada rasa benci pada mana-mana kawan, jangan sampai terbawa-bawa hingga mengganggu konsentrasi anda semasa belajar. Ini adalah kerana kawan ini mungkin jadi seseorang yang penting dalam hidup anda nanti. Anda tidak tahu bahawa mungkin satu hari nanti kawan inilah yang akan membantu and hingga berjaya.

One Response to “Kemahiran Berkawan”

Leave a Reply

Facebook Osman Affan Fanpage SmartStudy Instagram Osman Affan