Kembali ke SMK Menerong

0

SMK MenerongHari ini (seperti tarikh di atas) saya kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong, Kuala Berang, Terengganu. Jika anda pernah membaca kisah bagaimana saya bermula dalam bidang pendidikan (seperti yang tertulis disini) pasti anda ada terbaca kisah bagaimana saya mendidik sekumpulan pelajar untuk memasuki pertandingan drama Bahasa Inggeris.

SMK MenerongUlang kembali, pada Mac 2003, setelah gagal beberapa perniagaan yang saya ceburi, saya mendapat tawaran bekerja sebagai GSTT, Guru Sandaran Tidak Terlatih selama 3 bulan. Saya dihantar ke SMK Menerong ini yang terletak lebih 50km daripada tempat tinggal saya di Kuala Terengganu. Asalnya saya patut mengajar Prinsip Akaun, tetapi akibat kekurang tenaga pengajar Bahasa Inggeris, saya ‘dipaksa’ mengajar subjek tersebut. Saya kata dipaksa kerana saya ketika itu tidak pernah terfikir untuk mengajar subjek tersebut. Namun terus jugalah mengajar. Dalam masa mengajar inilah saya terlihat bakat dan kekuatan yang ada dalam diri saya. Disinilah juga mulanya bagaimana saya mula terjun ke dalam dunia pendidikan.

SMK MenerongHabis cerita tersebut, saya kembali sekali lagi ke sekolah ini kerana dijemput oleh guru penyelaras tingkatan 3, Cikgu Rozita (saya biasa panggil Kak Ita ) dan guru kaunseling, Ustaz Baharuddin. Saya diberi 2 slot untuk bercerita kepada pelajar tentang potensi kejayaan yang mereka miliki.

Sudah 5 tahun saya tinggalkan sekolah ini. Saya masih ingat betapa saya berdebar hingga tangan saya sedikit menggeletar semasa mula-mula masuk ke kelas pada minggu pertama. Padahal yang ada di dalam kelas cumalah pelajar sekolah menengah.

Pasukan dramaSaya masih ingat bagaimana saya berusaha melatih pasukan drama dalam masa lebih kurang 4 minggu hingga menang tempat kedua daerah (sebelum itu, setahu saya SMK Menerong belum pernah memenangi apa-apa tempat dalam pertandingan sebegini.) Hasilnya, nama SMK Menerong ini (menurut Kak Ita) sudah sinonim dengan pertandingan drama. Malah para pelajar yang menyertai pasukan drama selalu dikaitkan dengan pelajar yang mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi.

Saya ucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menjemput saya. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Nama sekolah ini akan kekal menjadi satu titik permulaan istimewa dalam kerjaya hidup saya. :)

Comments

  • asmida

    salam cikgu…
    sy x pasti yg cikgu ingt or x klas sy….
    dlu cikgu ad pnah mengajar klas sy…..
    terkjut sy ble sy bkak web ni dan melihat cikgu…..
    hope cikgu berjaya dalm bdang cikgu,,….

    from:exstudent smk menerong…
    wslm….

  • Salam Asmida,

    nama Asmida familiar tapi tak pasti dari kelas mana. Mungkin kelas tingkatan 2 agaknya ye? Buat apa sekarang?

    Terima kasih kerana melawat laman web cikgu ni. Kebanyakan pengalaman dan pengetahuan yang cikgu ada sekarang bermula dengan pengalaman semasa berada di SMK Menerong dulu. :)

  • huda

    saya cuma nk tanya…
    ada tk seorang cikgu yang bernama asari ahmad mengajar di sekolah ini…
    tq.

  • asmizan

    salam…
    congratulation cikgu..
    fist sy jmpe website ni mse sy nak cari matlumat terbaru ttg smk menerong..
    saja je nak ikut perkembangan sek lama saya tu..
    sy smpat jg la mse ckg ngajor dlu. tp ckg x ajar sy pun..
    ckg ad x gmbar2 kat area smk menerong tu…
    lau ad share la ngan sy…

  • fatien

    assalamualaikum ckgu…..
    congrltion tuk ckgu
    sy pernh dngr name ckgu mayb sy dlm form 1
    ckgu skarang da succes..tahniah

    n 4 huda,ckgu asari bru jer tkr skolah len

  • anuar

    salam ckgu….sya plajar smk menerong… tgkatan 6bawah 2009…harap dapat jpe ckcu…..tp ckgu mgkin x knal sya…..tp x pe,bangga ble ada bekas guru smak menerong yg bjya mcm ckgu….salam sanjung dr sy utk ckgu…..

  • basyariah

    salam cikgu…
    sy ex-student smk.menerong…
    maybe cgu dh xigt sy n kwn2 laen kn,hehe..
    xpe..
    jji sy igt ag cgu..
    mse cgu 1st dtg smk mnerong..
    sy f3..
    sy igt lg
    dlu cgu kb0
    cgu ni akn jd motivat0r..
    akhirnya,
    cgu dh berjya ek…
    c0ngratulati0n cikgu!!!