Kenali Osman Affan...

Osman AffanOsman Affan adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ayah beliau ketika itu berkhidmat sebagai tentera bersama Tentera Diraja Malaysia. Jadi, sejak kecil beliau telah dibesarkan dibeberapa tempat berlainan seperti di Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak. Apabila ayah beliau bersara dari tentera semasa beliau berumur 8 tahun, keluarga beliau berpindah ke Terengganu dan menetap di sana.

1988 adalah tahun pertama peperiksaan UPSR diperkenalkan. Osman Affan merupakan salah seorang daripada pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Berkat usaha dan restu ibu bapa, beliau berjaya mendapat 5A dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring. 3 tahun kemudian, beliau sekali lagi mendapat kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan SRP dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Di situ bakat beliau semakin menyerlah di dalam bidang akademik dan juga kurikulum. Beliau mendapat kejayaan 6 agregat dalam peperiksaan SPM pada tahun 1993 lalu ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam bidang Perakaunan dan Kewangan.

Setelah mendapat Ijazah Sarjana Muda, beliau bekerja di dalam bidang pemasaran selama 8 bulan dan kemudian diterima bekerja di sebuah syarikat Perakaunan terbesar di dunia iaitu Pricewaterhouse Chartered Accountant. Beliau menimba pengalaman selama 3 tahun di syarikat tersebut. Satu perkara yang amat mengejutkan beliau sewaktu bekerja ialah, beliau mula rasakan yang minat beliau adalah bukan dalam bidang perakaunan. Sejak kecil lagi beliau sudah meminati bidang psikologi. Namun, beliau tidak pasti sama ada bidang psikologi mempunyai bidang kerjaya yang baik. Setelah difikirkan dengan teliti, Osman Affan membuat keputusan untuk meninggalkan bidang perakaunan dan meneruskan minat beliau dalam bidang psikologi. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

smartstudy
Kerjaya Osman Affan dalam bidang motivasi dan kemahiran belajar semakin berkembang apabila beliau mengasaskan SmartStudy pada akhir tahun 2003. SmartStudy pada asalnya hanya sebuah pusat tuisyen biasa yang menawarkan kelas kemahiran belajar secara percuma. Kelas Kemahiran Belajar ini diadakan setiap minggu. Bermula disini, Osman Affan dapat berlatih menyampaikan mesej kemahiran belajar beliau kepada para pelajar.

Kini, beliau mempunyai perniagaan sendiri di dalam bidang pendidikan. Selain mengendalikan Pusat Tuisyen ini, beliau banyak membuat program-program kemahiran belajar dan motivasi di peringkat sekolah, kolej dan universiti. Beliau juga terlibat dengan Student Learning Enhancement Unit (SLEU) di Universiti Islam Antarabangsa yang berperanan untuk membina modul kemahiran belajar dan jatidiri bagi pelajar di peringkat sarjana muda.

Ketika usia remaja, Osman Affan adalah seorang pelajar yang sangat aktif. Di sekolah rendah, selain menjadi ketua pengawas, beliau banyak mewakili sekolah dalam aktiviti seperti perkhemahan pengakap, bola sepak, menghafaz Al-Quran dan drama Bahasa Inggeris. Di sekolah menengah pula, beliau aktif dan mewakili sekolah beliau ke pertandingan hoki, catur, bola keranjang, silat olahraga dan lontar peluru. Di tingkatan 2, beliau pernah terpilih mewakili Terengganu ke pertandingan catur yang diadakan di Sabah.Di Kolej Islam Sultan Alam Shah, beliau dianugerahkan dengan Anugerah Emas. Anugerah ini diberikan sempena kecemerlangan beliau di dalam peperiksaan SPM dan peperiksaan Sijil Khas Kolej, kecemerlangan beliau dalam aktiviti sukan iaitu sukan lontar peluru, bola keranjang dan silat olahraga dan kecemerlangan kepimpinan kerana memegang jawatan sebagai Ketua Pelajar dan Presiden Persatuan Silat Seni gayung Malaysia. Keaktifan beliau tidak terhenti di setakat itu sahaja. Di Pusat Pendidkan Persediaan (PPP) ITM Shah Alam, beliau terpilih sebagai presiden bagi persatuan pelajar yang akan ke United Kingdom dan mewakili PPP ITM dalam sukan catur, bola keranjang dan juga dalam pertandingan drama antara matrikulasi.

Buku SmartStudy

Minat beliau dalam penulisan berputik apabila beliau cuba menyampaikan mesej kemahiran belajar kepada para pelajar beliau. Beliau sedar bahawa agak sukar untuk membuat pelajar sedar akan kepentingan mempunyai kemahiran belajar. Usaha ini boleh menjadi berkesan apabila pelajar diberikan cerita-cerita menarik yang berkaitan dengan kemahiran belajar dan motivasi. Di situlah mulanya Osman Affan menulis cerita-cerita pendek untuk pelajar beliau. Kini, beliau kumpulkan hasil penulisan beliau ke dalam bentuk buku untuk lebih mudah difahami.

Ebook_Sifir_MathMedic2
Ebook_Sifir_MathMedic3
Ebook_Sifir_MathMedic4

3 Comments

Leave a Comment