Osman Affan adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ayah beliau ketika itu berkhidmat sebagai tentera bersama Tentera Diraja Malaysia.

Jadi, sejak kecil beliau telah dibesarkan dibeberapa tempat berlainan seperti di Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak. Apabila ayah beliau bersara dari tentera semasa beliau berumur 8 tahun, keluarga beliau berpindah ke Terengganu dan menetap di sana.

 

Ketika memegang jawatan sebagai Presiden 'A-Level Student Council' di PPP ITM Shah Alam. Bersama Ketua Program A-Level, Pn. Zawiyah Laidin.

1988 adalah tahun pertama peperiksaan UPSR diperkenalkan. Osman Affan merupakan salah seorang daripada pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Berkat usaha dan restu ibu bapa, beliau berjaya mendapat 5A dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring.

3 tahun kemudian, beliau sekali lagi mendapat kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan SRP dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Di situ bakat beliau semakin menyerlah di dalam bidang akademik dan juga kurikulum. Beliau mendapat kejayaan 6 agregat dalam peperiksaan SPM pada tahun 1993 lalu ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam bidang Perakaunan dan Kewangan.

Sebelum ke United Kingdom, beliau mengikuti pengajian A-Level di PPP ITM Shah Alam. Di sana bakat kepimpinan beliau semakin terasah apabila beliau dipilih sebulat suara menjadi Presiden 'A-Level Student Council'.

Setelah mendapat Ijazah Sarjana Muda, beliau bekerja di dalam bidang pemasaran selama 8 bulan dan kemudian diterima bekerja di sebuah syarikat Perakaunan terbesar di dunia iaitu Pricewaterhouse Chartered Accountant. Beliau menimba pengalaman selama 3 tahun di syarikat tersebut.

Satu perkara yang amat mengejutkan beliau sewaktu bekerja ialah, beliau mula rasakan yang minat beliau adalah bukan dalam bidang perakaunan. Sejak kecil lagi beliau sudah meminati bidang psikologi. Namun, beliau tidak pasti sama ada bidang psikologi mempunyai bidang kerjaya yang baik.

Setelah difikirkan dengan teliti, Osman Affan membuat keputusan untuk meninggalkan bidang perakaunan dan meneruskan minat beliau dalam bidang psikologi. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

Kini, beliau adalah pelatih professional dan juga usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri di dalam bidang pendidikan. Selain mengendalikan perniagaan beliau, beliau banyak membuat program-program kemahiran belajar dan motivasi di peringkat sekolah, kolej dan universiti.

Beliau juga terlibat dengan ‘Student Learning Enhancement Unit (SLEU)’ di Universiti Islam Antarabangsa yang berperanan untuk membina modul kemahiran belajar dan jatidiri bagi pelajar di peringkat sarjana muda.

Ketika usia remaja, Osman Affan adalah seorang pelajar yang sangat aktif. Di sekolah rendah, selain menjadi ketua pengawas, beliau banyak mewakili sekolah dalam aktiviti seperti perkhemahan pengakap, bola sepak, menghafaz Al-Quran dan drama Bahasa Inggeris.

Di sekolah menengah pula, beliau aktif dan mewakili sekolah beliau ke pertandingan hoki, catur, bola keranjang, silat olahraga dan lontar peluru. Di tingkatan 2, beliau pernah terpilih mewakili Terengganu ke pertandingan catur yang diadakan di Sabah.

Pada tahun 1996, setahun sebelum Osman Affan melanjutkan pelajarannya ke United Kingdom, beliau dan beberapa rakannya telah telah dijemput menyertai siri Bijak Belajar TV3 yang membincangkan tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar universiti di dalam dan luar negara.

Personaliti TV3 yang terlibat ketika itu ialah Saudara Nizal Mohd dan juga Saudara Yassir Mansor.

 
 

Di Kolej Islam Sultan Alam Shah, beliau dianugerahkan dengan Anugerah Emas. Anugerah ini diberikan sempena kecemerlangan beliau di dalam peperiksaan SPM dan peperiksaan Sijil Khas Kolej, kecemerlangan beliau dalam aktiviti sukan iaitu sukan lontar peluru, bola keranjang dan silat olahraga dan kecemerlangan kepimpinan kerana memegang jawatan sebagai Ketua Pelajar dan Presiden Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia.

Keaktifan beliau tidak terhenti di setakat itu sahaja. Di Pusat Pendidikan Persediaan (PPP) ITM Shah Alam, beliau terpilih sebagai presiden bagi persatuan pelajar yang akan ke United Kingdom dan mewakili PPP ITM dalam sukan catur, bola keranjang dan juga dalam pertandingan drama antara matrikulasi.

 

Minat beliau dalam penulisan berputik apabila beliau cuba menyampaikan mesej kemahiran belajar kepada para pelajar beliau. Beliau sedar bahawa agak sukar untuk membuat pelajar sedar akan kepentingan mempunyai kemahiran belajar.

Usaha ini boleh menjadi berkesan apabila pelajar diberikan cerita-cerita menarik yang berkaitan dengan kemahiran belajar dan motivasi.

Di situlah mulanya Osman Affan menulis cerita-cerita pendek untuk pelajar beliau. Kini, beliau kumpulkan hasil penulisan beliau ke dalam bentuk buku untuk lebih mudah difahami.

 

 

Kerjaya Osman Affan dalam bidang motivasi dan kemahiran belajar bermula pada tahun 2003, di mana beliau berkhidmat sebagai guru sandaran di beberapa buah sekolah luar bandar di Terengganu. Beliau ditugaskan untuk mengajar Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Namun, apabila beliau cuba menaikkan prestasi pelajar beliau, beberapa idea hasil pembacaan dan minat beliau tentang motivasi dan kemahiran belajar membuat beliau sentiasa bercerita kepada pelajar tentang cara yang terbaik untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran. Ini menambahkan lagi minat beliau di dalam bidang ini.

Detik manis beliau sewaktu bertugas sebagai guru sandaran ialah sewaktu bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong, apabila beliau ditugaskan untuk melatih pasukan drama Bahasa Inggeris ke pertandingan di peringkat daerah Kuala Berang Terengganu. Ini merupakan catu cabaran hebat kerana sekolah tersebut tidak pernah memenangi apa-apa tempat dalam pertandingan sebegitu.

Tambahan pula, kadar penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah itu agak lemah dan pelajarnya agak gementar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Apa yang Osman Affan lakukan ialah memilih watak yang sesuai bagi pelakon yang telah dipilih dan mula menulis skrip drama bagi pertandingan itu. Drama yang ditulis itu adalah sebuah cerita kreatif ciptaan Osman Affan mengenai 5 gadis yang menuntut ilmu pertahanan diri di sebuah gunung.

Pada mulanya, pelajar yang berlakon merasa sangat takut dan tidak berani mengeluarkan suara mereka semasa latihan drama. Namun, setelah mereka dilatih menggunakan teknik imaginasi kejayaan dan teknik menghapuskan halangan minda, mereka menjadi lebih yakin dan bersemangat untuk bertanding.

Hasilnya, pasukan drama itu berjaya mendapat tempat kedua, satu kejayaan yang boleh dibanggakan ketika itu. Mereka menjadi wira sekolah mereka dan hasil kemenangan itu, mereka dipilih dan diberi peluang mewakili daerah Kuala Berang untuk ke pertandingan drama Bahasa Inggeris ke Peringkat Negeri.

    "Kemahiran Belajar adalah benar-benar bidang Osman kerana beliau juga dahulu seorang pelajar yang sangat cemerlang. Tetapi yang lebih penting ialah, kebolehan beliau untuk mengajar dan memotivasikan pelajar di dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan adalah sangat mengkagumkan!

    Pelajar dapat memahami beliau dengan mudah dan sesi beliau sentiasa menyeronokkan, penuh dengan maklumat berguna dan disampaikan dengan cara yang sangat unik! Saya sangat mengesyorkan beliau. ”

    Dr. Irfan Khairi

    Jutawan Muda Malaysia, Penulis buku,”Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar”

 

Kerjaya Osman Affan dalam bidang motivasi dan kemahiran belajar semakin berkembang apabila beliau mengasaskan SmartStudy pada akhir tahun 2003. SmartStudy pada asalnya hanya sebuah pusat tuisyen biasa yang menawarkan kelas kemahiran belajar secara percuma. Kelas Kemahiran Belajar ini diadakan setiap minggu. Bermula disini, Osman Affan dapat berlatih menyampaikan mesej kemahiran belajar beliau kepada para pelajar.

Apa yang mula disedari oleh Osman Affan ialah, tidak begitu mudah untuk menyampaikan mesej dan mengajar teknik kemahiran belajar. Kebanyakan pelajar tidak tahu menghargai kepentingan teknik kemahiran belajar dan suka memandang ringan kepada perkara ini. Jadi, beliau kerap membuat kajian bagi menambahkan keberkesanan dalam mengajar teknik kemahiran belajar

 

Beliau mula menyusun dan mencipta modul kemahiran belajar yang sesuai untuk para pelajar. Beliau juga cuba mendapatkan khidmat nasihat daripada beberapa penceramah dan pelatih berpengalaman yang akhirnya menjadi sahabat karib beliau.

Beliau sentiasa cuba untuk mendapatkan komen tentang cara penyampaian dan modul program beliau dan beliau sentiasa bersedia untuk berubah ke arah mengendalikan program yang lebih teratur, terancang dan menarik.

 

“Osman adalah seorang pelatih/penceramah yang bersemangat, berkemampuan dan memahami keperluan peserta. Sesi program beliau adalah sentiasa dirancang dengan rapi dan teratur dan beliau sangat bijak membuat sebarang perubahan yang diperlukan.”

Salim Maldern

Professional Trainer, Consultant for SLEU, International Islamic University, Gombak

 

 

Osman Affan amat meminati bidang psikologi sejak beliau kecil lagi tetapi beliau tidak pasti sama ada bidang psikologi boleh dijadikan satu kerjaya. Walaupun latar belakang pendidikan beliau adalah Accounting & Finance dan pernah bekerja selama 3 tahun di dalam bidang perakaunan, beliau tidak pernah lupakan minat beliau dalam bidang psikologi. Kata beliau,

" Semasa bekerja di dalam bidang perakaunan, kawan-kawan sekerja saya sibuk membaca buku perakaunan dan kewangan, tetapi saya pula sibuk membeli dan membaca buku-buku psikologi terutama tentang keupayaan minda.

Selalu saya digelakkan kawan-kawan sekerja saya kerana perkara ini. :) "

 

Osman Affan amat meminati Neuro Linguistic Programming (NLP) dan cuba menguasainya melalui pembacaan, audio dan perbincangan dengan pelatih NLP yang berkelayakan.

Neuro Linguistic Programming secara ringkasnya adalah teknik psikologi yang boleh membantu proses pembelajaran, perubahan sikap dan mengikuti jejak orang-orang yang sangat cemerlang dan hebat.

Di sini, beliau dapat berkenalan dengan Rizal, seorang "certified NLP practitioner" dan sangat berpengalaman dalam mengendalikan program-program pembangunan diri (self-enhancement).

Rizal banyak membantu Osman Affan dalam teknik penyampaian mesej yang berkesan. Malah, Rizal telah melatih Osman Affan untuk melayakkan beliau menyampaikan modul "Take Charge!" yang telah dicipta oleh Rizal sendiri.

 

“Osman mampu mengawal peserta program beliau dengan mudah, bukan sahaja melalui personaliti beliau yang mesra malah melalui isi kandungan program beliau. Sesi yang dikendalikan oleh beliau adalah sentiasa menyeronokkan dan interaktif.”

 

Mohd Rizal Hassan

Learning Facilitator / Coach, Take Charge! Sdn Bhd.

 

Setelah ada pihak yang mengetahui tentang kebolehan Osman Affan untuk menyampaikan program motivasi dan kemahiran belajar, beliau mula dijemput untuk memberi ceramah dan 'training' di sekolah-sekolah. Beliau bermula dengan membuat program di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Setiap program yang beliau jalankan memberikan beliau idea baru untuk memajukan lagi cara penyampaian program beliau.

Kemudian, kerjaya ini semakin maju apabila beliau mula dijemput untuk mengadakan program kemahiran belajar di peringkat universiti dan kolej. Cara mengendalikan program motivasi dan kemahiran belajar untuk peringkat kolej dan universiti agak berbeza. Jadi Osman Affan menggunakan pendekatan yang berbeza tetapi efektif.

Kini beliau aktif menjalankan program di sekolah-sekolah dan bersama Universiti Islam Antarabangsa Gombak, di bawah unit 'Students Learning Enhancement Unit (SLEU)'.

 

“Osman telah mengadakan beberapa program motivasi dan bengkel kemahiran belajar untuk SLEU sejak awal tahun 2005. Beliau telah berjaya mendapat maklum balas yang baik daripada pelajar setiap kali beliau menjalankan sesi beliau. Semangat beliau untuk menjalankan sesi yang baik dapat dilihat melalui persediaan beliau dalam menyediakan bahan dan persembahan yang menyeronokkan. Beliau adalah sangat professional dalam menyampaikan ceramah beliau.”

Asst. Professor Dr. Norazian Md Nor

Lecturer/ Head for Student Learning Enhancement Unit (SLEU) International Islamic University, Gombak

 

 

Osman Affan & Dr. Irfan Khairi di sesi soal jawab perniagaan internet, di gedung buku Borders, Times Squares

 

Berbekalkan kepakaran Osman Affan dalam bidang melatih (professional training) dan pengetahuan dalam bidang internet, beliau telah diiktiraf sebagai pelatih bertauliah Irfan Khairi Sdn. Bhd. dalam menyampaikan modul-modul perniagaan internet. Kini beliau juga aktif mengendalikan kursus-kursus perniagaan internet khas untuk mereka di tahap permulaan yang masih mencari-cari cara memulakan perniagaan internet dari rumah pada kos yang minima.

 

Osman Affan & Dr. Irfan Khairi di sesi soal jawab perniagaan internet, di gedung buku Borders, One Utama

 

Osman Affan membantu mengendalikan Workshop Jutawan Internet Dr Irfan Khairi di J.W Marriot Hotel sejak workshop ini dilancarkan pada bulan Jun 2005

Osman Affan sudah mula aktif dalam aktiviti internet sejak tahun 2000. Beliau aktif dalam program-program utama forum internet di Malaysia. Bermula Julai 2006, Osman Affan telah melancarkan program umum kursus keusahawanan internet beliau sendiri dengan kerjasama Irfan Khairi Sdn. Bhd.

Kursus ini menggabungkan tiga kursus asas keusahawanan internet. Fokus utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta yang tidak mempunyai kepakaran IT untuk memulakan perniagaan melalui internet

 

Kursus Perniagaan Internet 3dalam1 ini adalah mudah, padat dan ringkas. Para peserta diajar dengan cara paling ringkas untuk memulakan perniagaan internet tanpa mengelirukan diri mereka dengan perkataan-perkataan asing di internet yang tidak begitu berkaitan.

Secara ringkasnya, peserta diterangkan dengan konsep asas dalam memilih produk, cara membina laman web dan menerima bayaran secara on-line dan juga cara membina komuniti yang akan menjadi bakal pembeli produk atau perkhidmatan mereka.

 

Osman Affan bersama keluarga. Isteri tercinta Elly dan Anakanda tersayang Darwish.

 

 
 
 
1989 - 1991 Sek. Men. Keb. (A) Tok Jiring K. Terengganu
1992 - 1993 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang Selangor
1994 - 1996 Pusat Pendidikan Persediaan ITM, Shah Alam (A-Level)
1996 - 1997 Kolej Yayasan Pelajaran Mara, Cheras
1997 - 1999 University of Plymouth, United Kingdom
2004 - 2006 Universiti Islam Antarabangsa, Gombak
 
 
 
Berpengalaman bekerja sebagai audit associate selama 3 tahun di Pricewaterhousecoopers, Chartered Accountant.  
     
Penceramah Motivasi dan Kemahiran Belajar bagi SmartStudy™ Creative Questions Enterprise.  
     
Mengendalikan program-program Motivasi, Kemahiran Belajar dan Kepimpinan di peringkat sekolah di sekitar Lembah Klang.  
     
Menjadi Penceramah dan Penterjemah modul Micro Economics bagi Open University Malaysia.  
     
Menjadi penceramah khas bagi Program Kecemerlangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Antarabangsa Gombak. Antara tajuk sesi yang dikendalikan ialah sesi “Fear Factor” (teknik menghilangkan rasa takut dan tidak yakin diri dalam mencapai kecemerlangan), “Examination Strategies”, “Time & Stress Management”, “Mind-Mapping & Creative Note-taking”dan “Presentation Skills”.
 
 
Memegang jawatan sebagai Naib Presiden bagi ‘Institute of Education PostGraduate Students Association (IEPSA) Universiti Islam Antarabangsa Gombak bagi sesi 2005-2006.
 
     
Membuat kajian di dalam bidang teknik mencapai kecemerlangan bagi pelajar yang berada di kelas akhir di sekolah-sekolah.  
     
Terpilih mewakili pelajar Ijazah Sarjana Universiti Islam Antarabangsa (IIUM’s Post Graduate Students) ke persidangan “OIC Assimilation 2005” yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa pada Ogos 2005.
 
     
Menjadi penceramah jemputan bagi program-program khas seperti “Cacat Namun Cemerlang”, “Program Kecemerlangan Muslim di Bulan Ramadhan” dan “Teknik Mengatasi Masalah Gejala Sosial.”
 

 

 

© All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com