Kepada pembaca setia

Kepada pembaca setia

Buat semua pembaca setia blog ini terutamanya yang sedang aktif mengikuti tips Microsoft PowerPoint saya, posting saya agak terganggu dalam masa dua minggu ini. Ini disebabkan oleh kesibukan dalam memenuhi jadual training saya sebenarnya. Tak sempat langsung nak masuk ofis atau luangkan masa depan internet lama-lama. Tetapi insyallah tips-tips itu akan disambung seperti biasa Isnin depan….. saya akan usahakan lebih cepat sebenarnya kerana hari ini saya akan habis mengendalikan training bersama staff Universiti Malaya di Shah Village Hotel, PJ. Mungkin dalam minggu ini juga saya dapat mulakan tips Microsoft tu. 🙂
SK KijalMinggu lepas, saya ke Kijal mengendalikan program SmartStudy Learning Skills bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Kijal. Pelajar yang turut serta adalah pelajar tahun 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bulan September ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah SK Kijal terutama kepada Guru Besar, Penolong Kanan dan guru-guru yang mendidik pelajar tahun 5 dan 6 kerana menjemput dan membantu saya dalam menjalankan program tersebut. Ucapan terima kasih Khas buat Cikgu Jang yang berurusan dengan saya dan menjadikan program ini berjaya dijalankan dengan baik dan lancar. 🙂
Dalam program ini, saya kongsikan bersama pelajar tiga langkah yang perlu diambil dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR. Saya imbas kembali kisah saya sendiri mengambil peperiksaan UPSR dulu pada tahun 1988 (tahun pertama UPSR diperkenalkan). Ketika itu saya tidak termasuk dalam golongan pelajar yang dijangka mendapat 5A berdasarkan pencapaian saya yang lepas. Namun, apabila keputusan sebenar keluar, saya berjaya mendapat kejayaan 5A tersebut.
SK KijalMesej saya kepada semua pelajar melalui cerita ini ialah, kejayaan pelajar bukan terletak di dalam ramalan cikgu atau pandangan sesiapa terhadap pelajar. Tidak kisah jika ada ramai orang memandang rendah pada kebolehan atau kemampuan anda kerana anda sendiri yang menentukan apa kekuatan anda yang sebenarnya.
Jangan juga risau jika anda berada di kelas belakang atau kelas tidak cemerlang kerana itu BUKAN satu petanda bahawa anda tidak boleh berjaya. Anda boleh berjaya walau anda belajar di kelas mana-mana sekalipun.
Jangan juga risau jika pencapaian akademik anda selama ini tidak memuaskan kerana itu cuma menunjukkan usaha anda di masa lepas. Kejayaan anda di masa akan datang ditentukan oleh usaha anda pada masa sekarang. Jadi, anda belum terlambat dan boleh mula berusaha sekarang untuk mencipta kejayaan di masa akan datang. 🙂
Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang sedang berusaha sekarang demi mencapai matlamat dan kejayaan yang diidam-idamkan…… 🙂

Comments are closed.