Semua masalah utama dan beberapa masalah lain berkaitan kepimpinan pelajar akan diselesaikan melalui program ini dengan 3 langkah.
Minda
Di bahagian ini, pelajar akan diajar bagaimana mahu memiliki minda seorang pemimpin yang hebat dan disegani. Pelajar akan diberi peluang untuk melihat ke dalam diri masing-masing agar mereka dapat melihat kekuatan yang terpendam di dalam diri mereka selama ini. Pelajar juga akan belajar beberapa teknik psikologi untuk menghilangkan rasa takut dan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri.
Kemahiran
Para pelajar akan diajar beberapa teknik untuk bergaul dengan pelajar agar mereka kelihatan mesra, peramah dan disukai oleh semua rakan sebaya. Pelajar akan diajar beberapa teknik pengurusan diri seperti pengurusan masa dan teknik berkomunikasi. Teknik-teknik ini akan membantu pelajar menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih baik.
Pelajar juga akan didedahkan dengan asas seni mempertahankan diri. Menurut kajian, satu sebab utama mengapa pemimpin pelajar merasa tidak yakin diri ialah kerana mereka rasa tidak mampu mempertahankan diri mereka jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Teknik asas ini bukan bermaksud pemimpin pelajar perlu menggunakan kekerasan kerana ilmu pertahanan diri yang terbaik ialah apabila tidak ada pergaduhan yang berlaku.
Keterampilan
Sebagai pemimpin, keterampilan diri adalah sangat penting. Dengan keterampilan diri seorang pemimpin, pemimpin pelajar akan dilihat sebagai pemimpin walaupun mereka tidak memakai pakaian seragam khas. Di dalam bahagian ini, pelajar akan diajarkan teknik khas seperti bagaimana mahu bercakap dikhalayak ramai, bagaimana mahu meluahkan pendapat dengan baik dan bagaimana mahu menghasilkan idea yang baik dalam menyelesaikan masalah.
Selain daripada itu, selepas menghadiri program ini, anda akan,
- Kuasai teknik asas keterampilan dan kepimpinan diri.
- kuasai teknik bekerja dalam pasukan seperti teknik menghasilkan idea berkumpulan (brainstorming), teknik bermesyuarat dan teknik menjalankan sesuatu projek.
- Pelajari teknik asas bercakap di khalayak ramai.