Kes saman pecah amanah ke atas Syed Faizal Sitheek Rahman (Syed Faizal S Rahman), Hanis Jenalis & Syed Faizal Training Consultant (Syed Faizal Best Belajar)

Pada bulan September 2014, pihak Osman Affan SmartStudy Consultant telah memfailkan saman terhadap Defendan:

  1. Syed Faizal B. Sitheek Rahman – (Syed Faizal S Rahman) (Defendan pertama)
  2. Syed Faizal Training Consultant – (Syed Faizal Best Belajar) (002262359-W) (Defendan pertama)
  3. Mohd Hanis B. Jenalis – (Hanis Jenalis) (Defendan kedua)

Saman ini adalah atas tuntutan ganti rugi disebabkan

  1. Kemungkiran kontrak.
  2. Niat Jahat Pecah Amanah.
  3. Frod (Fraud)

*********************************************
Perbicaraan telah berlangsung selama 4 hari pada 25 & 27 Mac 2015, 7 April 2015 dan 13 April 2015.
*********************************************

Pihak Osman Affan SmartStudy Consultant (OASC) telah mengemukakan bukti-bukti sah seperti:

  1. Gambar 22 program yang dijalankan tanpa pengetahuan dan kebenaran (Ketika masih lagi bekerja dan menerima gaji daripada OASC).
  2. Bukti Cheque dan resit bayaran yang diterima oleh defendan tanpa pengetahuan syarikat.
  3. Invois palsu yang berjaya ditemui ketika siasatan OASC. Invois palsu ini dibuat oleh kedua-dua defendan (satu untuk UTEM Melaka (defendan pertama) dan satu untuk UPSI Tanjung Malim (defendan kedua)).
  4. Email palsu yang dicipta oleh defendan pertama sejak Januari 2012 bersama isi kandungannya.
  5. Isi kandungan beberapa email palsu yang menunjukkan bagaimana program syarikat dicuri dan dipintas oleh defendan semasa masih bekerja dan menerima gaji daripada OASC.
  6. Perbualan sms antara defendan semasa berkonspirasi membuat wang secara curang.
  7. Perbualan sms antara defendan semasa berpakat mencuri modul syarikat dan menukarkannya kepada nama syarikat mereka semasa masih bekerja dan menerima gaji daripada OASC..
  8. Perbualan sms antara defendan semasa membahagi-bahagikan wang hasil program yang dipintas.

******************************************
Keputusan Hakim pada 13 Mei 2015.
******************************************

Hakim mendapati bahawa kedua-dua defendan adalah bersalah dan dikehendaki membuat bayaran ganti rugi kepada pihak Osman Affan SmartStudy Consultant. Hakim menolak banyak penerangan yang diberikan oleh defendan kerana tidak munasabah dan gagal menolak bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak Osman Affan SmartStudy Consultant (OASC).

Dengan itu, Hakim mengarahkan:
Defendan pertama: Syed Faizal Sitheek Rahman?(Syed Faizal S Rahman) Syed Faizal Training Consultant (Syed Faizal Best Belajar).

  1. Membayar OASC sejumlahRM6,085
  2. Faedah pada kadar 5% setahun bagi jumlah RM6,085 dikira daripada tarikh saman difailkan hingga penyelesaian penuh.
  3. Ganti rugi kemungkiran kontrak, niat jahat pecah amanah dan frod berjumlah RM100,000.
  4. Faedah pada kadar 5% setahun bagi jumlah RM100,000 dikira daripada tarikh saman difailkan hingga penyelesaian penuh.
  5. Membayar OASC kos perbicaraan sebanyak RM8,000.

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh defendan pertama ialah sebanyak RM114,085.

**********************

Defendan kedua: Mohd Hanis Jenalis?(Hanis Jenalis).

  1. Membayar OASC sejumlah RM200.
  2. Faedah pada kadar 5% setahun bagi jumlah RM200 dikira daripada tarikh saman difailkan hingga penyelesaian penuh.
  3. Ganti rugi kemungkiran kontrak, niat jahat pecah amanah dan frod berjumlah RM25,000.
  4. Faedah pada kadar 5% setahun bagi jumlah RM25,000 dikira daripada tarikh saman difailkan hingga penyelesaian penuh.
  5. Membayar OASC kos perbicaraan sebanyak RM2,000.

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh defendan kedua ialah sebanyak RM27,200.

**********************

Pihak Osman Affan SmartStudy Consultant mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak peguam yang bertungkus-lumus membuktikan penganiayaan yang telah berlaku kepada syarikat kami hingga membuat syarikat kami hampir-hampir bankrap dan ditutup pada Disember 2013.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat dan kenalan FB yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan agar kami kuat menghadapi dugaan sepanjang proses perbicaraan ini.

Kes ini telah selesai sepenuhnya. Pihak kami akan membuat update dari semasa ke semasa berkenaan bukti dan segala persoalan yang terdapat di dalam kes ini.

Terima kasih.
**********************

=============================

KRONOLOGI KES SAMAN TERHADAP HANIS JENALIS & SYED FAIZAL

=============================

Kronologi kes_15

==================================================

Antara bukti pecah amanah dan kecurian yang dipaparkan di mahkamah.

==================================================

============================

BUKTI EMAIL PALSU YANG DICIPTA OLEH SYED FAIZAL SITHEEK RAHMAN

=============================

Email rasmi Osman Affan SmartStudy & Consultant adalah [email protected] Pada Januari 2012, selepas lebih setahun bekerja di OASC, Syed Faizal mencipta satu email palsu di atas nama [email protected]

Tujuan email ini dicipta ialah supaya dia boleh berkomunikasi dengan bakal pelanggan OASC tanpa pengetahuan pihak pengurusan OASC. Contohnya, apabila ada kaunselor sekolah hubungi OASC untuk jalankan program, Syed Faizal akan hubungi semula kaunselor ini melalui email palsu ini dan lakukan segala perbincangan di sini.

Pihak kaunselor akan menyangka bahawa mereka sedang berurusan dengan pihak pengurusan OASC sedangkan sebenarnya mereka sedang berurusan terus dan secara rahsia bersama Syed Faizal.

Akibatnya, pihak pengurusan OASC tidak tahu sebarang jemputan dan program yang dicuri oleh Syed Faizal menggunakan kaedah email palsu ini. Duit yang diperolehi melalui program ini juga akan diambil semuanya oleh Syed Faizal.

Hingga sekarang, pihak OASC tidak ada akses kepada email ini. ‘Screen Shot’ yang dipaparkan ini semua hanyalah apa yang diperolehi daripada handphone syarikat yang dirampas semasa Syed Faizal dipecat.

Email Palsu Dicipta Syed Faizal S Rahman

Email Palsu Dicipta Syed Faizal S Rahman

 

=============================

AYAT STANDARD YANG DIGUNAKAN KEPADA PELANGGAN UNTUK MENCURI PROGRAM

=============================

Ayat standard yang digunakan untuk mencuri dan memintas program yang masuk ke syarikat. Katanya jadual boss sudah penuh. Lebih baik jemput dia kerana modulnya sama sahaja, malah dia lebih murah kosnya.

Ayat Syed Faizal Hanis Jenalis untuk mencuri dan memintas program yang masuk ke dalam syarikat.

Ayat Syed Faizal Hanis Jenalis untuk mencuri dan memintas program yang masuk ke dalam syarikat.

Email_Palsu_Syed_Faizal

=============================

CARA SYED FAIZAL & HANIS JENALIS MENIPU KAUNSELOR SEKOLAH DAN MEROSAKKAN NAMA BAIK OSMAN AFFAN SMARTSTUDY & CONSULTANT UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN PERIBADI

=============================

Semasa masih bekerja di bawah OASC, mereka menerima jemputan kaunselor sekolah dan berjanji bahawa Osman Affan akan turun menjalankan program. Jemputan ini dirahsiakan daripada Osman Affan.

Pada hari program dijalankan, mereka hadir menjalankan program. Apabila kaunselor sekolah marah-marah kerana rasa ditipu dan bertanya mengapa Osman Affan tidak hadir seperti yang dijanjikan, mereka cuma salahkan Osman Affan dengan berkata, “Boss sibuk, kami yang ganti untuk jalankan program.”

Duit program pula mereka minta kaunselor masukkan ke dalam akaun peribadi mereka atau mereka minta kaunselor bayar menggunakan tunai agar tidak dapat dikesan oleh pihak OASC.

Rujuk contoh-contoh di bawah untuk melihat contoh invois palsu yang mereka keluarkan bagi mengaut duit yang sepatutnya masuk ke akaun syarikat terus ke akaun peribadi mereka.

Kegiatan tidak bermaruah ini menyebabkan nama Osman Affan SmartStudy & Consultant disenarai hitamkan oleh beberapa sekolah kerana kononnya menipu pihak kaunselor dan sekolah. Padahal, pihak OASC langsung tidak tahu tentang jemputan dan program tersebut.

 

=============================

ANTARA GAMBAR PROGRAM YANG DICURI, DIPINTAS DAN DIJALANKAN TANPA PENGETAHUAN PIHAK SYARIKAT YANG DIPAPARKAN DI MAHKAMAH.

=============================

Curi_Syed_Faizal_Hanis_Jenalis_Iezah

Syed_Faizal_Curi_Rosakkan_Syarikat

SYED_FAIZAL_HANIS_JENALIS_SMK_AMINUDDIN_BAKI

Syed_Faizal_Curi_Program_Sitti_Maimunah_Shahul_Hamid

Syed_Faizal_Program_Curi

=============================

CARA SYED FAIZAL & HANIS JENALIS BERPAKAT UNTUK MEMPERDAYA PIHAK PENGURUSAN OSMAN AFFAN SMARTSTUDY

=============================

Pihak pengurusan OASC dan Osman Affan sendiri tidak sedar tentang aktiviti penipuan dan kecurian yang berlaku selama lebih 2 tahun disebabkan cara mereka berpakat menjaga rahsia dan menipu boss. Perbualan dibawah menunjukkan contoh bagaimana mereka menipu agar boss tidak sedar yang mereka sebenarnya tidak buat kerja dan sibuk dengan kerja mencuri duit dan program syarikat sahaja.

Syed_Faizal_Hanis_Jenalis_Menipu_Boss

 

=============================

BUKTI SYED FAIZAL S RAHMAN MEMINTAS PROGRAM YANG MASUK, MENGGUNAKAN MODUL SYARIKAT OASC DAN MENUKARKANNYA KEPADA NAMA PROGRAM KONONNYA CIPTAANNYA SENDIRI

=============================

 

Best Belajar adalah program yang dicuri dan diciplak bulat-bulat daripada program SmartStudy.

Best Belajar adalah program yang dicuri dan diciplak bulat-bulat daripada program SmartStudy.

 

Bukti modul Best Belajar Syed Faizal S Rahman sebenarnya adalah modul ciplak dan dicuri daripada modul SmartStudy.

Bukti modul Best Belajar Syed Faizal S Rahman sebenarnya adalah modul ciplak dan dicuri daripada modul SmartStudy.

 

Bukti modul Best Belajar Syed Faizal S Rahman sebenarnya adalah modul ciplak dan dicuri daripada modul SmartStudy.

Bukti modul Best Belajar Syed Faizal S Rahman sebenarnya adalah modul ciplak dan dicuri daripada modul SmartStudy.

=============================

BUKTI SYED FAIZAL S RAHMAN MEMINTAS PROGRAM YANG MASUK, MENGGUNAKAN MODUL SYARIKAT OASC DAN MENUKARKANNYA KEPADA NAMA PROGRAM KONONNYA CIPTAANNYA SENDIRI

=============================

Syed_Faizal_Curi_Program_Curi_Modul_Osman_Affan

=============================

BUKTI HANIS JENALIS MENCIPTA INVOIS PALSU, JALANKAN PROGRAM BERSAMA UPSI ATAS NAMA SMARTSTUDY TETAPI MAHU CURI DUIT PROGRAM DAN MASUKKAN TERUS KE AKAUN PERIBADI

=============================

Bukti invois palsu yang dicipta oleh Hanis Jenalis semasa menjalankan program atas nama Syarikat Osman Affan SmartStudy tetapi cuba memasukkan duit program ke dalam akaun peribadi, dengan cara memalsukan bahagian akaun penerima dalam invois. Nama penerimanya mengikut invois asal ialah nama syarikat OASC.
Perkara ini hanya diketahui setelah pihak UPSI menghubungi OASCbagi bertanya mengapa bayaran perlu dibuat atas Hanis Jenalis, bukan nama syarikat. Apabila peguam OASC bertanya kepada Hanis mengapa tukar nama penerima dalam invois, jawabnya Bendahari UPSI yang arahkan begitu. Jawapan tidak masuk akal dan ditolak mentah-mentah dalam mahkamah.

 

Bukti invois yang dipalsukan oleh Hanis Jenalis untuk memasukkan semua duit hasil program ke dalam akaun peribadinya.

Bukti invois yang dipalsukan oleh Hanis Jenalis untuk memasukkan semua duit hasil program ke dalam akaun peribadinya.

=============================

BUKTI SYED FAIZAL S RAHMAN MENCIPTA INVOIS PALSU DAN CURI DUIT PROGRAM BERSAMA UTEM TANPA PENGETAHUAN OASC

=============================

Bukti invois palsu yang dicipta oleh Syed Faizal Sitheek Rahman semasa menjalankan program atas nama Syarikat Osman Affan SmartStudy tetapi cuba memasukkan duit program ke dalam akaun peribadi, dengan cara memalsukan bahagian akaun penerima dalam invois. Nama penerimanya mengikut invois asal ialah nama syarikat.

Alasan sama yang digunakan oleh Hanis Jenalis, apabila peguam tanya mengapa tukar nama pada bahagian penerima, katanya pihak Bendahari UTEM yang minta begitu untuk memudahkan proses bayaran. Tidak lojik, tidak diterima dan tidak ada bukti yang menunjukkan pihak bendahari UTEM memberi arahansebegitu.

invois_Palsu_Syed_Faizal_Best_Belajar

=============================

BUKTI PERBUALAN BERKENAAN MEMBAHAGI-BAHAGIKAN HASIL DUIT DARIPADA PROGRAM YANG DICURI

=============================

Perbualan antara Hanis Jenalis Syed Faizal menggunakan HP syarikat. Sibuk berbincang membahagi-bahagikan duit yang diperolehi daripada program yang dicuri daripada syarikat.

Perbualan antara Hanis Jenalis Syed Faizal menggunakan HP syarikat. Sibuk berbincang membahagi-bahagikan duit yang diperolehi daripada program yang dicuri daripada syarikat.

=============================

MODUS OPERANDI SYED FAIZAL S RAHMAN MENIPU PENGURUSAN OASC DENGAN MENGATAKAN DIA CUMA JALANKAN PROGRAM AMAL DAN PERCUMA

=============================

Syed_Faizal_Best_Belajar_Curi_Modul_Curi_Duit

=============================

BUKTI SALINAN CHEQUE YANG DITERIMA SYED FAIZAL S RAHMAN. DIA MEMBERITAHU PIHAK OASC YANG PROGRAM INI ADALAH PROGRAM PERCUMA. DIA MEMINTA PIHAK SEKOLAH MEMBAYAR TERUS KE AKAUN PERIBADINYA AGAR PIHAK OASC TIDAK DAPAT MENGESAN STATUS PROGRAM INI

=============================

Syed_Faizal_Best_Belaajr_Curi_Duit_Program_SmartStudy

=============================

POSTING BERBUNYI SANTAI TENTANG PROGRAM SFTC. SIAPA YANG MEMBACA TENTU TIDAK SEDAR BAHAWA INI ADALAH PROGRAM YANG DIPINTAS DAN DICURI DARIPADA OASC

=============================

Screen Shot 2016-04-02 at 11.22.32 PM

=============================

BUKTI SYED FAIZAL MENJALANKAN PROGRAM MENGGUNAKAN MODUL SYARIKAT TANPA KEBENARAN & MENGAUT SEMUA HASIL PROGRAM KE AKAUN SENDIRI

=============================

Syed_Faizal_Curi_Program_Rosakkan_Kewangan_Syarikat

=============================

CONTOH PERBUALAN BAGAIMANA DENGAN MUDAH SYED FAIZAL DAN HANIS JENALIS MAHU MENUKARKAN MODUL SMARTSTUDY (MathMedic) KE ATAS NAMA SYARIKAT MEREKA

=============================

Syed_Faizal_Curi_Modul_SmartStudy

SYED FAIZAL cuba menipu dan menafikan bahawa SFTC dalam handphone itu bukanlah Syed Faizal Training & Consultant tetapi ia adalah ‘Syed Faizal Team & Crew. Apa kata Hakim mahkamah sivil berkenaan cubaan menipu ini.

Syed_Faizal_Berdolak_Dalik

=============================

POSTING SYED FAIZAL S RAHMAN KE DALAM SECRET GROUP BEKAS PESERTA PROGRAM SMARTSTUDY

=============================

Posting Syed Faizal dalam group tertutup, mengutuk usaha beberapa pekerja OASC yang membantu menyiasat kes kecurian & pecah amanah yang dilakukannya. Pekerja-pekerja ini dilabelkan sebagai tukang tikam rakan sekerjadan tiada maruah.

Syed_Faizal_GCAP

=============================

BUKTI PAKATAN SYED FAIZAL & HANIS JENALIS MEMBUAT KERTAS KERJA BAGI MENCURI PROGRAM YANG SEPATUTNYA MASUK KE AKAUN SYARIKAT OASC

=============================

Syed_Faizal_Hanis_Jenalis_Curi_Program_Yayasan_Johawaki

=============================

Bukti salinan cheque yang diterima oleh Syed Faizal Training & Consultant daripada Yayasan Johawaki dan dimasukkan ke akaun syarikat mereka. Di mahkamah, Syed Faizal maklumkan akan masukkan semula sejumlah wang ini ke dalam akaun OASC tetapi sebenarnya tidak ada apa-apa yang dilakukan hingga setakat ini.

==============================

Syed_Faizal_Curi_Cheque_Yayasan_Johawaki

=============================

SEBARKAN CERITA KONONNYA GAJINYA TIDAK DIBAYAR SEDANGKAN DUIT MASUK KE AKAUN PERIBADI SECARA PURATA ADALAH RM10,000 SEBULAN

=============================

Apabila Majikan difitnah tidak bayar gaji sedangkan duit masuk ke dalam akaun peribadi secara purata RM10k sebulan!

Setakat ini, daripada aduan yang pihak OASC mendengar aduan bahawa bekas trainer ini menyebarkan cerita bahawa mereka

1. Tidak dibayar gaji.
2. Tidak dibayar EPF & Socso
3. Tidak dibayar elaun/claim.

FAKTA:

1. Gaji yang tidak dibayar cuma gaji bulan terakhir dia dipecat. Saya minta dia jelaskan kepada saya semua kegiatannya sebelum saya bayar gaji bulan terakhir. Tidak ada respon. Kemudian, pihak mahkamah pun berikan keputusan supaya gaji bulan terakhir ini tidak perlu dibayar.

2. EPF dan Socso ada tertunggak dalam bulan-bulan terakhir di saat bisnes saya sudah semakin nazak sehingga sewa pejabat, utiliti, kenderaan dan urusan kos harian pun sukar untuk diuruskan (semua ini juga hasil kerja mereka juga yang memintas program daripada masuk ke syarikat).

3. Claim/elaun. Sibuk cerita claim tidak dibayar. Yang tidak diceritakan ialah MEREKA TIDAK HANTAR CLAIM tersebut. Seorang tidak hantar claim hampir setahun setengah walaupun sudah diminta.

Seorang lagi tidak hantar lebih kurang 8 bulan.Mereka cuma hantar claim tersebut menjelang akhir tahun 2013 semasa syarikat sedang nazak dan kemudian terus mereka heboh-hebohkan dalam industri training yang elaun mereka tidak dibayar.

 

BERIKUT ADALAH RINGKASAN PENYATA AKAUN BANK (QUARTERLY SUMMARY) SALAH SEORANG BEKAS TRAINER YANG DITUDUH SEMASA MASIH BEKERJA DAN SEMASA KEWANGAN SYARIKAT SEDANG NAZAK

1

KENYATAAN HAKIM MAHKAMAH SIVIL BERKENAAN JUMLAH WANG RM10,000 SEBULAN

2

=============================

MENURUT PUAN HAKIM, PENUBUHAN SYED FAIZAL TRAINING & CONSULTANT ADALAH SATU TINDAKAN PENIPUAN & PECAH AMANAH KERANA MELAKUKAN PERSEPAKATAN MEMINTAS PERNIAGAAN OASC BAGI MENDAPATKAN KEUNTUNGAN SECARA SENDIRI

=============================

Screen Shot 2017-08-02 at 7.43.22 PM

=============================

BEKAS EJEN SYED FAIZAL AKUI BAHAWA MODUL BEST BELAJAR ADALAH MODUL YANG DICIPLAK DARIPADA MODUL SMARTSTUDY

=============================

Best_Belajar_Modul_Ciplak

=============================================

Status Terkini: Keputusan Mahkamah Tinggi Terhadap Rayuan Syed Faizal

Dipetik daripada Posting Facebook Bertarikh 30 Jun 2017.

==============================================

Screen Shot 2017-06-30 at 12.52.48 PM

 

30 Jun 2017. Alhamdulillah. Mendapat perkhabaran gembira daripada Peguam Rasmi Osman Affan SmartStudy & Consultant (OASC) sebentar tadi. KAMI MENANG!

Mahkamah Tinggi telah MENOLAK RAYUAN Syed Faizal Sitheek Rahman & Syed Faizal Training & Consultant berkenaan keputusan mahkamah sivil kes PECAH AMANAH, FROD & membuat duit secara CURANG semasa masih bekerja di bawah OASC pada tahun 2010-2013.

Syed Faizal cuba membuat rayuan untuk menolak keputusan mahkamah sivil pada Mei 2015 yang mengarahkan dia dan Hanis Jenalis membayar OASC jumlah keseluruhan sebanyak RM141,000.

Akibat rayuan ditolak ini, bukan sahaja dia perlu MEMBAYAR KESEMUA jumlah saman, pihak Mahkamah Tinggi juga mengarahkannya untuk membayar KOS GUAMAN sebanyak RM8,000 kepada peguam OASC untuk kes rayuan di Mahkamah Tinggi ini.

==========
Lebih Agresif
==========

Selama ini, pihak OASC tidak dapat dedahkan dengan meluas semua penyelewengan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh Syed Faizal & Hanis Jenalis terhadap OASC sepanjang 2010-2013 kerana kes mahkamah tinggi ini masih berlangsung.

Kami tidak dapat dedahkan individu-individu yang bersubahat mencuri bersama mereka dan kemudian aktif pula mengutuk keputusan kami untuk mengambil tindakan mahkamah.

Kini, pihak OASC akan lebih agresif untuk menuntut semula semua ganti rugi dan meminta agar Syed Faizal & Hanis Jenalis membersihkan semula nama OASC dengan memberikan penjelasan terbuka kepada pelanggan-pelanggan OASC yang pernah ditipu sebelum ini.

========================
Contoh Menipu Kaunselor Sekolah
========================

Semasa masih bekerja di bawah OASC, mereka menerima jemputan kaunselor sekolah dan berjanji bahawa Osman Affan akan turun menjalankan program. Jemputan ini dirahsiakan daripada Osman Affan.

Pada hari program dijalankan, mereka hadir menjalankan program. Apabila kaunselor sekolah marah-marah kerana rasa ditipu dan bertanya mengapa Osman Affan tidak hadir seperti yang dijanjikan, mereka cuma salahkan Osman Affan dengan berkata, “Boss sibuk, kami yang ganti untuk jalankan program.”

(Sehingga sekarang pihak kami masih merasa pelik + hairan, tidakkah ADA RASA MALU atau BERSALAH bila menipu, mengkhianat, mencuri dan merosakkan nama insan yang mendidik mereka tentang training & public speaking dan kemudian berceramah pula tentang topik kepentingan sahsiah diri mulia di hadapan ratusan pelajar?)

Duit program pula mereka minta kaunselor masukkan ke dalam akaun peribadi mereka atau mereka minta kaunselor bayar menggunakan tunai agar tidak dapat dikesan oleh pihak OASC.

(Rujuk pautan di bawah untuk melihat contoh email palsu yang mereka gunakan dan invois palsu yang mereka keluarkan bagi mengaut duit yang sepatutnya masuk ke akaun syarikat terus ke akaun peribadi mereka.)

===============
Ucapan Terima Kasih
===============

Kami di OASC mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga, rakan FB & sahabat-sahabat yang setia dan terus mengirimkan doa dan menyokong usaha kami untuk membersihkan nama kami sejak tahun 2014 hingga kini.

Abaikan individu-individu yang cuba menghina dan mengutuk kami kerana mengambil tindakan mahkamah dan buat keputusan untuk dedahkan perkara ini. Kebanyakan mereka ini adalah kuncu-kuncu mereka yang turut bersubahat menganiaya kami sebelum ini. Sangat sakit hati mereka setiap kali terbaca berita kemenangan kami ini.

Walaupun mereka sudah kalah di mahkamah, masih terdengar di telinga kami fitnah yang mereka sebarkan kononnya mereka lakukan pengkhianatan itu semua kerana mereka terlebih dahulu dianiaya oleh kami dengan tidak dibayar gaji dan elaun.

Kami ada bukti mahkamah yang sah bahawa ini adalah tidak benar. Fitnah ini adalah semata-mata untuk ‘justify’ aktiviti pengkhianatan mereka.

Sangat tidak lojik kalau bekerja selama 3 tahun, tidak dibayar gaji dan elaun tetapi masih kekal bekerja hingga kena pecat akibat pecah amanah.

==============
Terima Kasih Khas
==============

Ucapan Terima Kasih Khas buat peguam kami, sahabat saya, Tuan Shahdan Johari yang bertungkus-lumus dan tidak pernah berputus-asa untuk memastikan kemenangan pada pihak yang benar. Terima kasih Tuan. Alhamdulillah.

Leave a Comment