Maju Bersama Kekuatan Jenama SmartStudy!…

Maju Bersama Kekuatan Jenama SmartStudy!

Anda mungkin pernah dengar tentang program-program atau kursus berbentuk ‘certification’. Dengan membayar sejumlah tertentu, selalunya RM1000 ke atas, anda akan berkursus selama 3 hingga 7 hari untuk belajar mengenai ilmu tersebut.

Saya sangat suka konsep tersebut. Sebabnya, jika kita tidak ada ilmu, kita perlu belajar daripada seseorang yang tahu dan mahir tentang ilmu tersebut.

Certification pula menjadi satu bonus kerana ia menguatkan lagi kredibiliti kita sebagai seorang trainer atau penceramah.

SmartStudy Licensed Trainer mempunyai sedikit perbezaan. Bukan sahaja anda akan mendapat certification, anda juga akan menerima modul siap & sempurna untuk disampaikan.

Ini adalah satu KELAINAN yang sangat BESAR dan BERMAKNA kerana biasanya, setelah hadiri kursus selama 5 mahupun 14 hari, apabila tamat kursus, anda perlu luangkan masa untuk mencipta modul, mengujinya, membetulkannya dan memasarkannya.

Ia mungkin memakan masa pula selama berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun. Ini adalah faktor utama mengapa ramai peserta kursus certification berhenti di tengah jalan.

Saya & SmartStudy mengubah situasi ini. Saya tawarkan bukan sahaja modul, slides powerpoint, buku kerja, marketing kit dan manual program, saya juga menawarkan tawaran panduan & bimbingan secara peribadi selama 1 tahun.

Maksudnya, selepas mendapatkan lesen ini, anda diberi akses untuk menghubungi saya dan saya ada tanggungjawab untuk membantu anda agar mampu menyampaikan modul ini dengan baik dan paling penting, memberi pulangan pada pelaburan awal anda semasa membeli modul ini.

Isnin, 24 Disember 2018
===================

Nantikan peluang terbaru untuk menjadi SmartStudy Licensed Trainer pada hari Isnin 24 Disember 2018 ini, modul 1 hari, SmartStudy Quick Learner Strategies ya.

Maju Bersama Kekuatan Jenama SmartStudy!

Comments are closed.