Maklumbalas peserta program Keyakinan Diri UDM

Maklumbalas peserta program Keyakinan Diri UDM

Di dalam posting 27 Julai lalu saya ada ceritakan program keyakinan diri yang saya jalankan di Universiti Darul Iman Terengganu. Minggu lalu, saya terima kiriman maklumbalas daripada pihak pengurusan UDM. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Hayati dan Puan Rosni di atas kiriman maklumbalas. Maklumbalas peserta adalah sesuatu yang saya perlukan untuk panduan dan juga sebagai pembakar semangat saya untuk jalankan program yang lebih baik.

UDM

Di sini saya kongsikan beberapa maklumbalas yang saya terima daripada para peserta program.
Program ini amat berkesan untuk para pelajar dan program ini betul-betul membuatkan saya cukup berpuas hati dan kalau diberi peluang untuk menyertai program seperti ini lagi, saya akan menghadirinya sekiranya En Osman Affan penceramahnya.” ~Noor Hafiza Othman~
Program ini telah membuka minda saya bahawa setiap kejayaan mahupun kegagalan berasal daripada kita sendiri. Justeru itu, saya telah buktikan minda yang positif memberi jalan untuk saya capai kejayaan. Syabas En Osman. Anda memang hebat!” ~Nur Iffah Aziz~
Satu pendekatan yang amat rapat, seperti sudah lama kenal. Mudah diajak berbincang dan satu perjalanan ceramah yang tak pernah buat saya tutup mata atau tertidur.” ~Siti Zubaidah Abdullah~
Program ini amat bagus kerana memberi kesan untuk lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Di samping itu program ini dapat membantu saya dan rakan-rakan tampil dengan berani dan bersemangat.”~Norziati Juwaini Jusoh~
Very happening Talk Show. Memberi saya semangat baru dalam mencapai matlamat hidup saya.” ~Nadiah Mohd Razali~
Program yang membuat saya sangat teruja. Saya suka cara En Osman Affan menarik perhatian audience. Sekali sudah menghadiri program ini pasti akan datang lagi.”~Norsalina Abdullah~
Program motivasi ini amat seronok dan menggembirakan. Program ini merupakan program yang paling best pernah saya hadiri. Program ini amat berguna bagi saya dan rakan-rakan yang lain.”~Siti Norasiah Awang Su~
Amat bagus untuk diri saya yang selalu merendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri. EXCELLENT!” ~Nik Ayuni Nik Aziz~

UDM

Program ini amat memberi kesan kepada diri saya. Melalui program sebegini saya mampu mengembangkan bakat serta potensi diri yang terpendam sekaligus memberi keyakinan dalam setiap tindakan dalam usaha untuk menjadi insan yang cemerlang.”~Nurul Ashikin Basri~
Sebelum ini saya selalu merasakan diri saya tidak berguna dan berharga tetapi sekarang saya tahu diri saya sahaja yang boleh merubah dan menjadi yang terbaik. Thanks a lot for giving me more confidence to be successful.” ~Nurul Hazirah Deraman~
Program yang memberi banyak langkah untuk meningkatkan keyakinan diri dari segi minda, kemahiran dan aktiviti sesuai untuk pelajar terutamanya pelajar universiti yang kurang keyakinan diri.” ~Nur Izzatina Abd Ghafar~
Penceramah motivasi yang amat santai dan pandai menarik perhatian kami untuk terus menyertai bengkel ini sehingga ke akhirnya dengan keadaan yang bersemangat dan perkataan bosan tidak pernah terlintas di fikiran kami… Syabas!” ~Nur Syazana Shanan~

UDM

Maklumbalas yang lain daripada kebiasaan dan sedikit mencuit hati saya. 🙂
Kawan-kawan saya selalu mempermainkan saya setiap kali gambar En Osman dipamerkan di setiap tempat kerana saya mempunyai tahi lalat yang sama dengan En Osman. Jadi saya mengambil keputusan untuk pergi program yang dianjurkan. Apabila saya hadiri program ini saya amat gembira sekali kerana En Osman mengajar saya supaya cintakan diri sendiri. Saya berharap program ini akan diadakan lagi san saya kagum En Osman dan saya berazam untuk menjadi seperti En Osman.” ~Nurmuhsila Md Yusoff~
Tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada semua peserta program keyakinan diri anjuran Unit Kaunseling Universiti Darul Iman ini.

Leave a Comment