• Home
    • SmartStudyTV.com
  • Blog
    • SmartStudyTV.com
    • MotivasiBelajar.com
  • Program/Product
    • Corporate – Mind Power
    • SmartStudy Memory Skills
      • Pecutan Akhir SmartStudy
    • Skor Sejarah
    • SayaSmartStudy.com
    • MathMedic.com.my
      • Master My Maths
    • Bijak Bicara
  • About
    • About Osman Affan
    • SmartStudy Team
    • About the company
    • Testimoni
    • Media
  • Rangkaian Social
    • Facebook SmartStudy
    • Youtube
    • Facebook Skor Sejarah
    • Facebook MasterMyMaths
  • Hubungi Kami
  • Member’s Area

Malas berfikir, tanya ‘soalan bodoh’…

  • Posted in:Fikir
  • Posted by:admin
0

Adik-adik pelajar yang saya kasihi,

tentu adik-adik pernah mendengar pepatah Melayu ini, ‘Malu bertanya sesat jalan’. Ia mengingatkan kita tentang kepentingan bertanya untuk mengetahui sesuatu. Aktiviti bertanya soalan kelihatan seperti sesuatu yang mudah tetapi kadangkala ia begitu sukar dilakukan. Saya dapati kebanyakan pelajar malu hendak bertanya kerana mereka rasa, apabila mereka bertanya, ia menunjukkan bahawa mereka tidak tahu. Ia kelihatan seperti mereka ini tidak berilmu dan lebih buruk lagi, mereka rasa seperti orang bodoh.

Persoalannya, adakah bertanya soalan boleh membuat kita kelihatan seperti ‘orang bodoh‘?

Sudah tentu tidak bukan? Ramai guru atau cikgu kita yang ingatkan bahawa ‘Tidak ada soalan bodoh di dalam dunia ini‘. Jika kita mahu tahu apa-apa, tanya sahaja kerana soalan kita itu tidak mungkin soalan yang bodoh. Jadi adik-adik, mulai hari ini, jangan malu bertanya jika kita mahu tahu apa-apa.

Namun, setelah beberapa lama saya fikirkan, ada ketikanya, kita memang ada mendengar soalan yang boleh dikategorikan sebagai soalan bodoh. Contohnya mungkin

1) Ketika melawat seorang sahabat yang sedang sakit kuat di hospital, kita datang dan bertanya, “apa khabar kau, sihat?”

2) Ketika melihat kawan sedang membasuh kereta, kita bertanya, “buat apa tu?”

3) Kita melihat kawan yang jatuh basikal hingga berdarah lutut, betis dan siku, lalu kita bertanya, “sakit ke?”

4) Kita lihat kawan kita menangis hingga merah mata selepas keluar dewan peperiksaan lalu kita tanya, “susah sangat ke soalan tadi?”

Apa yang perlu adik-adik lihat di sini ialah soalan ini semua adalah soalan yang biasa sahaja. Apa yang membuat ia dikategorikan sebagai soalan bodoh ialah kerana ‘situasi’ atau ‘suasana’ semasa soalan itu diajukan. Jadi, soalan itu sendiri bukan soalan bodoh. Cuma ia diajukan pada masa yang tidak sesuai hingga ia boleh dikategorikan sebagai soalan bodoh.

Sebagai pelajar, bagaimanakah keadaannya kita mungkin bertanya soalan yang bodoh? Jika kita tidak tahu sesuatu dan bertanya, adakah ia akan jadi soalan bodoh lalu menampakkan diri kita sebagai seorang yang bodoh juga?

Jangan bimbang. Saya ingin kongsikan dengan adik-adik satu tips mudah. Jika adik-adik rasa bimbang tertanya soalan bodoh, ingat definisi ‘soalan bodoh’ ini.

Saya definisikan soalan bodoh sebagai ‘soalan yang diajukan tanpa berfikir terlebih dahulu‘. Maksudnya, jika mahu tanya soalan, tanya diri kita soalan itu terlebih dahulu. Apabila kita tanya diri kita dahulu, kita akan terpaksa BERFIKIR. Daripada apa yang telah kita fikirkan, kita akan tanya soalan yang lebih baik.

Sebagai contoh, 4 contoh soalan di atas tadi adalah soalan yang diajukan tanpa berfikir terlebih dahulu. Ia umpama melepaskan tembakan tanpa melihat sasarannya. Bayangkan situasi pertama di mana kita berada di hospital melawat sahabat yang sedang sakit. Sebelum kita tanya kawan kita “apa khabar kau, sihat ke?”, cuba tanya soalan tersebut di dalam minda kita sendiri. Bagaimanakah bunyinya? Bolehkah kita jawab soalan itu sendiri?

Saya percaya, kalau kita tanya diri sendiri dan cuba fikirkan jawapannya, tentu kita akan terfikir, “Eh, mestilah kurang sihat. Sebab itulah ada dekat hospital!”

Apabila kita tanya diri sendiri tentang jawapan kepada soalan ini dan FIKIRkan jawapannya, akan timbul pula soalan lain yang lebih mendalam. Kita mungkin terfikir, “Memang sahabat aku ni sedang sakit, tetapi, adakah sakitnya semakin berkurangan?”

Besar kemungkinannya yang kita benar-benar tidak tahu jawapan kepada soalan kedua ini. Jadi, ini adalah soalan yang lebih baik untuk kita tanya sahabat kita. Bayangkan, kita melawat kawan kita yang bernama Ahmad yang sedang sakit di hospital. Kita bertanya, “Doktor sudah bagi ubat Mad?”

“Sudah.” Jawab Ahmad. Kita bertanya lagi, “Ada kurang atau tidak sakitnya?”

Soalan begini lebih baik daripada soalan awal tadi bukan? Ia bukan sahaja menunjukkan kita sudah fikir dahulu malah ia membuat kita kelihatan lebih prihatin terhadap kesihatan sahabat kita ini.

Jadi, tips mudah hari ini, fikir dahulu sebelum kita bertanya. Sebelum kita ajukan soalan kepada seseorang, ajukan soalan itu kepada diri sendiri dahulu dan dengar bunyinya. Ia tidak memakan masa yang lama. Ingat,

Soal diri sendiri dalam minda ==> Fikir jawapannya ==> Timbul soalan yang tidak boleh dijawab ==> Ajukan soalan

Aktiviti menyoal diri sendiri ini benar-benar akan meningkatkan kebolehan kita untuk berfikir dan kemudian memudahkan kita untuk belajar sesuatu yang baru kelak.

Insyaallah saya akan sambung dalam bahagian kedua bagaimana mahu cepat belajar ilmu baru dengan bertanya kepada diri sendiri. :-)

Related Posts

  • 7 tanda anda akan GAGAL di universiti – Tanda 47 tanda anda akan GAGAL di universiti – Tanda 4
  • 7 tanda anda akan GAGAL di universiti – Tanda 4.17 tanda anda akan GAGAL di universiti – Tanda 4.1
  • 7 tanda anda akan GAGAL di universiti – Tanda 6.17 tanda anda akan GAGAL di universiti – Tanda 6.1
  • Harga untuk minda yang laparHarga untuk minda yang lapar
  • 7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam.7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam.

Comments

Login Status

You are not currently logged in.






» Register
» Lost your Password?

Categories

  • Blog
  • SayaSmartStudy.com
    • Memori (Teknik Belajar)
  • SmartStudyTV.com
    • Cuti Sekolah
    • Ibu Bapa
    • Keyakinan Diri
    • Strategi Belajar
  • Motivasi Belajar
    • Bahasa Inggeris
    • Cerita
    • Fikir
    • Hafal
    • Internet
    • Jawapan
    • Khas
    • Mengurus Stress
    • Motivasi
    • Mutiara Kata
    • Pengumuman
    • Persediaan Minda
    • Petua
    • PowerPoint
    • Program Motivasi
    • Psikologi Peperiksaan
    • Soft Skills
    • Teknik Belajar
    • Video Motivasi

Recent Posts

  • Kenapa saya sangat takut dan benci subjek membaca?
  • Teknik Asas Menghafal
  • Kenapa Susah Sangat Nak Ingat Ni?
  • Buka Minda Untuk Menerima Ilmu
  • Meniru untuk berjaya

Contact Us

Our Location

6-1, First Floor, Jalan AU 1A/4C,
Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur 54200

Contact Info

T : 03 - 4260 1103
F : 03 - 4260 1102
info@osmanaffan.com

Copyright © 2013 OsmanAffan.com. All Rights Reserved.