Pernahkah anda terfikir, mengapa ada pelajar yang begitu sibuk dengan aktiviti sekolah masih boleh cemerlang dalam peperiksaan sedangkan pelajar lain yang tidak begitu sibuk tidak cemerlang?

 

 

Apakah maksud Teknik Pengurusan Masa?

Teknik Pengurusan Masa tidak hanya merujuk kepada teknik membuat jadual harian. Jadual harian mungkin hanya sebahagian kecil daripada Teknik Pengurusan Masa sahaja.

Secara ringkas, Teknik Pengurusan Masa merujuk kepada cara menguruskan masa agar anda dapat mencapai matlamat anda. Dengan Teknik pengurusan masa yang berkesan, anda dapat capai banyak perkara dalam masa yang singkat.

 

 

Mengapa anda perlu pelajari Teknik Pengurusan Masa?

Kebanyakan pelajar merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada kecemerlangan akademik. Adakah ini kerana mereka benar-benar sibuk atau kerana mereka tidak dapat uruskan masa mereka dengan baik? Tentu mudah untuk menjawab soalan ini.

Kemahiran pengurusan masa amat penting kerana tanpanya, anda akan habiskan masa anda dengan aktiviti-aktiviti yang menghalang anda daripada mencapai matlamat anda. Tanpa kemahiran pengurusan masa juga, anda tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik.

Contohnya, jika anda belajar selama dua jam, mungkin keberkesanannya hanya selama 10 minit sahaja. Jadi anda telah sia-siakan 1 jam 50 tadi. Inilah sebabnya mengapa anda rasa anda telah luangkan banyak masa belajar tetapi hasilnya tidak kelihatan.

 

 

 

Bagaimanakah program Teknik Pengurusan Masa ini boleh membantu?

 

Program Pengurusan Masa SmartStudy akan memberikan anda panduan dan teknik untuk menguruskan masa anda dengan berkesan. Setelah anda menghadiri program ini, anda akan:

  • Faham mengapa selama ini anda rasa seperti tidak cukup masa.
  • Sedar mengapa anda rasa sukar untuk mengikuti jadual waktu anda.
  • Sedar akan kesilapan pengurusan masa anda selama ini.
  • Kuasai teknik untuk mengawal 'mood' anda untuk belajar.
  • Mampu menyiapkan kerja anda dalam masa yang ditetapkan.

Program ini juga menerangkan teknik-teknik bagaimana pelajar boleh mengawal emosi dan perasaan mereka dalam melakukan kerja kerana salah satu masalah utama dalam pengurusan masa ialah pelajar ada masa, tetapi tidak dapat membuat apa-apa kerana minda mereka tidak bersedia atau berada di dalam 'mood' yang betul

 

 

 

 

Bagaimanakah cara program Teknik Memori ini dijalankan?

UIA Gombak

 

Di dalam program ini, peserta akan diberikan penerangan asas tentang konsep pengurusan masa. Peserta juga akan diajar beberapa teknik asas dalam menguruskan masa mereka menggunakan teknik kuadran masa, Pareto Principle dan juga beberapa petua pengurusan masa berkesan.

Selain daripada itu, program ini juga akan memberikan latihan praktikal untuk menguruskan masa harian, mingguan dan bulanan pelajar. Sesi ini selalunya dijalankan dalam bentuk latihan berkumpulan.

UITM Perak

 

 

Jika anda berminat untuk menjalankan program Teknik Pengurusan Masa ini di tempat anda, sila klik disini untuk maklumat tentang cara menghubungi kami atau email kepada kami di info@osmanaffan.com.

 

© All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com