Seperti kenyataan di atas, anda akan lupa lebih 90% apa yang telah anda pelajari selepas 48 jam. Jika anda tidak percaya, cuba ingat semula semua yang cikgu anda ajarkan 3 hari lepas. Bolehkah anda ingat semuanya?
Kenyataan ini adalah benar jika anda tidak lakukan sesuatu dalam masa 48 jam itu untuk mengulang kaji apa yang telah anda pelajari. Maksudnya, katakan anda pelajari sesuatu hari ini dan anda ulangkaji apa yang telah anda pelajari itu dalam masa kurang daripada 48 jam, peratus lupa ini akan menurun. Ini adalah salah satu daripada maklumat dan pengetahuan yang akan anda perolehi melalui teknik memori ini.