Meningkatkan keyakinan diri

Keyakinan diriBeberapa minggu lalu saya ada ceritakan tentang hasrat saya untuk berkongsi beberapa tips mengenai keyakinan diri. Keyakinan diri yang saya maksudkan bukan sahaja keyakinan untuk berdiri di depan khalayak ramai, malah keyakinan diri untuk buat sesuatu yang baru, menghadapi cabaran dan mencipta kejayaan.
Bagi saya, keyakinan diri adalah sesuatu yang asas perlu dimiliki oleh semua orang. Ada banyak keadaan atau situasi yang boleh menggugat keyakinan diri kita. Contohnya kalau kita selalu gagal atau pernah gagal, kita akan takut untuk mencuba. Ini menunjukkan keyakinan diri kita untuk menebus kegagalan itu adalah teralu rendah atau langsung tidak ada.
Ada orang yang selalu diejek dan diperlekehkan. Ini membuat mereka rasa rendah diri, tidak percaya kepada kebolehan diri sendiri malah membenci diri mereka sendiri.
Ada orang yang terlalu selesa berada di dalam kawasan yang selamat bagi mereka. Jika mereka tidak pernah bersuara dalam mesyuarat atau perbincangan, mereka kekal tidak bersuara dan hanya memendamkan pendapat mereka. Jika mereka tidak pernah berniaga, mereka kekal makan gaji walaupun mereka sudah lihat 1001 sebab mengapa perniagaan boleh membantu mereka mencapai apa sahaja yang mereka inginkan.
Ada orang yang banyak idea tetapi tidak berani untuk menulis disebabkan bimbang karyanya tidak disukai orang. Keyakinan diri orang begini sangat rendah hingga dia sendiri memandang rendah terhadap karyanya sendiri.
Ada orang yang tidak pernah mengecap kejayaan besar yang boleh dibanggakan.  Lalu mereka sangka kejayaan bukanlah untuk mereka. Dalam erti kata lain, mereka seolah-olah percaya mereka telah lahir untuk gagal.
Insyaallah, minggu depan saya akan mula kongsikan beberapa tips keyakinan diri yang biasa saya kongsikan bersama peserta program saya. Malah saya juga ada lakukan sedikit kajian tambahan untuk kongsikan bersama anda beberapa tips dan petua untuk meningkatkan keyakinan diri. Minggu depan, kita akan mulakan dengan 3 rahsia keyakinan diri.  Mengapa saya kata rahsia? Kerana…….. kita tunggu minggu depan. 🙂

Comments are closed.