Meniru untuk berjaya

Semua orang nak berjaya tetapi tak semua orang tahu bagaimana cara terbaik untuk berjaya. Jalan paling mudah untuk berjaya adalah dengan meniru cara orang yang telah berjaya.
.
Bayangkan, kalau kita lihat seorang tukang masak berjaya memasak seperiuk pengat durian, kita juga tentu boleh memasak pengat durian yang sama kalau kita tiru bulat-bulat apa yang dilakukan oleh tukang masak itu. Kalau dia letak 250g gula, kita letak 250g gula juga. Kalau dia guna 2 biji durian, kita guna 2 biji durian juga. Jadi, agak mustahil kalau kita tidak mendapat hasil yang sama.
.
Nak berjaya dalam pelajaran begitu juga. Tiru cara pelajar cemerlang belajar. Jangan tiru jawapan mereka semasa peperiksaan pula! 🙂
.
Tiru cara mereka fokus kepada pelajaran. Tiru azam mereka. Tiru semangat mereka untuk berjaya. Kalau semua perkara itu anda sudah tiru, adakah mustahil untuk mencapai kejayaan?
.

Leave a Comment