Adakah anda merasa takut untuk meletakkan matlamat untuk berjaya dengan cemerlang? Adakah anda mempunyai masalah tidak yakin dengan kebolehan diri anda sendiri? Pernahkah anda merasa tidak bijak seperti pelajar lain?

 

 

Apakah maksud Persediaan Minda Cemerlang?

SmartStudy terbahagi kepada tiga bahagian, Persediaan Minda, Kemahiran Belajar dan Psikologi Menghadapi Peperiksaan.

Persediaan minda adalah bahagian yang terpenting di antara 3 bahagian di atas. Minda pelajar adalah sesuatu yang sangat berharga. Tanpa persediaan minda, jangan kata hendak berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh, memasang cita-cita untuk mendapat keputusan yang cemerlang pun pelajar tidak akan mahu. Jika ini berlaku, kecemerlangan tidak mungkin akan dikecapi.

Persediaan minda ini akan membuat anda sedar bahawa mungkin selama ini segala potensi kehebatan dan kecemerlangan anda telah terbatas oleh minda anda sendiri.

 

 

 

Mengapa anda perlu ada Persediaan Minda Cemerlang?

 

 

Anda perlu tahu bahawa, jika selama ini anda rasa anda tidak ada potensi untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, anda tidak perlu rasa terlalu sedih atau risau.

Jika anda rasa otak anda lemah, daya ingatan anda kurang, daya konsentrasi anda terhad dan bakat anda terbatas, anda tidak perlu risau juga.

Apa yang anda rasakan itu semua hanyalah di dalam minda anda sahaja.

Satu berita gembira untuk anda, keputusan peperiksaan anda selama ini atau di dalam kelas mana anda berada di sekolah tidak menggambarkan potensi sebenar anda. Anda perlu sedar bahawa potensi anda untuk berjaya adalah lebih tinggi daripada apa yang anda sangkakan selama ini.

Di dalam kursus ini, anda akan pelajari beberapa teknik dan cara yang boleh membuktikan bahawa anda juga berpotensi untuk menjadi pelajar yang sangat cemerlang. Kecemerlangan itu sebenarnya bermula daripada minda anda sendiri.

 

 

 

 

Bagaimanakah program Persediaan Minda Cemerlang ini boleh membantu?

 

 

Program Pengurusan Masa SmartStudy akan memberikan anda panduan dan teknik untuk menguruskan masa anda dengan berkesan. Setelah anda menghadiri program ini, anda akan:

  • Faham mengapa selama ini anda rasa seperti tidak cukup masa.
  • Sedar mengapa anda rasa sukar untuk mengikuti jadual waktu anda.
  • Sedar akan kesilapan pengurusan masa anda selama ini.
  • Kuasai teknik untuk mengawal 'mood' anda untuk belajar.
  • Mampu menyiapkan kerja anda dalam masa yang ditetapkan.

Program ini juga menerangkan teknik-teknik bagaimana pelajar boleh mengawal emosi dan perasaan mereka dalam melakukan kerja kerana salah satu masalah utama dalam pengurusan masa ialah pelajar ada masa, tetapi tidak dapat membuat apa-apa kerana minda mereka tidak bersedia atau berada di dalam 'mood' yang betul

 

 

 

 

 

Bagaimanakah cara program Persediaan Minda Cemerlang ini dijalankan?

SMK Benta Pahang

 

Di dalam program ini, peserta akan diberikan penerangan asas tentang konsep potensi diri yang sebenar. Pelajar akan pelajari dan mencari matlamat hidup mereka dan membina semangat serta keyakinan diri bermula di situ.

Peserta juga akan membuat beberapa latihan yang akan membuktikan kepada mereka bakat dan kebolehan mereka yang selama ini terpendam.

 

SMK Ayer Baloi Johor

 

 

Jika anda berminat untuk menjalankan program Teknik Persediaan Minda Cemerlang ini di tempat anda, sila klik disini untuk maklumat tentang cara menghubungi kami atau email kepada kami di info@osmanaffan.com.

 

© All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com