Mutiara Kata

Jika anda lakukan sesuatu yang bodoh, semua orang pernah lakukannya. Jika anda merasa seperti orang bodoh, ada ubat untuk merawatnya. Tetapi, jika anda percaya bahawa anda adalah seorang yang bodoh, bodohlah anda jadinya. ~Osman Affan~
Apa yang kita percaya tentang diri kita, itulah diri kita yang sebenarnya. Ada pelajar yang selalu gagal dalam peperiksaan lalu percaya bahawa dia bodoh. Selagi dia percaya begitu, selagi itulah dia akan kekal bodoh. Sebaliknya, jika dia percaya bahawa kegagalan itu hanyalah satu kesilapan bodoh yang dia lakukan (sebab tidak berhati-hati semasa menjawab soalan, tidak membuat persediaan yang cukup, tidak menggunakan teknik kemahiran belajar yang baik), dia akan berusaha dengan cara yang lain untuk berjaya. Jadi, masih ada harapan! 🙂
Mengikut pengalaman saya, pelajar yang sering gagal sudah mula percaya yang mereka bodoh. Untuk membantu mereka, saya bukan kena ajar bagaimana mahu menjawab soalan peperiksaan dengan lebih baik, tetapi bagaimana mahu menghilangkan rasa percaya yang mereka adalah bodoh.(Ikuti catatan-catatan saya yang seterusnya dalam mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini……. )
 

Comments are closed.