Menurut pengalaman kami, pelajar selalu menghadapi kesukaran untuk memahami dan mengingati nota mereka menjelang peperiksaan. Ini adalah kerana nota mereka terlalu panjang dan mereka terpaksa meluangkan banyak masa untuk memahami nota mereka sendiri.
Jadi, teknik ini akan mengajar pelajar untuk membuat nota dalam bentuk yang ringkas, mudah difahami dan kreatif. Nota yang kreatif sebenarnya boleh menarik minat pelajar itu sendiri untuk membacanya nanti.