Menurut kajian American Psychological Association, lebih 90% penyakit adalah disebabkan tekanan perasaan. Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengawal tekanan perasaan menjelang peperiksaan?

 

 

Apakah maksud Teknik Psikologi Peperiksaan?

 

Teknik psikologi peperiksaan merujuk kepada teknik-teknik yang anda boleh gunakan untuk mengawal tekanan perasaan anda menjelang peperiksaan.

Bukan sahaja anda dapat belajar mengawal tekanan perasaan, anda akan belajar untuk meningkatkan tahap motivasi diri anda. Ini bermakna, sewaktu pelajar lain berdebar, lemah semangat, takut, tidak boleh fokus kepada pelajaran dan tidak ada 'mood' untuk belajar, anda yang mahir dengan teknik psikologi peperiksaan akan rasa tenang, bersemangat dan yakin bahawa anda akan berjaya.

 

 

 

Mengapa anda perlu pelajari Teknik Psikologi Peperiksaan?

Menjelang peperiksaan, ada pelajar yang terlalu berdebar hingga langsung tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Secara lojiknya, apabila menjelang peperiksaan mereka patut berusaha lebih kuat, tetapi sebaliknya, mereka jadi semakin malas, kuat tidur dan mengelak daripada melihat buku-buku pelajaran mereka.

Ini semua adalah salah satu tanda pelajar menghadapi tekanan perasaan disebabkan peperiksaan yang bakal menjelang itu. Dengan mempelajari teknik ini, pelajar akan kuasai beberapa teknik untuk mengelakkan perkara-perkara tadi berlaku.

 

 

Bagaimanakah program Teknik Psikologi Peperiksaan ini boleh membantu?

 

 

Program psikologi Peperiksaan SmartStudy akan memberikan anda panduan dan teknik untuk mengawal tekanan perasaan dan juga memotivasikan diri anda. Setelah anda menghadiri program ini, anda akan:

  • Faham beberapa sebab utama mengapa anda rasa tertekan.
  • Sedar mengapa anda rasa terlalu berdebar dan resah menjelang peperiksaan.
  • Sedar bahawa tekanan perasaan anda itu sebenarnya disebabkan oleh apa yang anda selalu fikirkan.
  • Kuasai teknik untuk mengawal apa yang anda fikirkan dan teknik untuk mengekalkan imej kejayaan di dalam minda anda.
  • Mampu menaikkan semangat diri anda apabila anda memerlukannya.
  • Kuasai 7 teknik motivasi diri menjelang peperiksaan.

Di akhir program ini, melalui beberapa latihan yang anda amalkan, anda akan rasakan sendiri bahawa anda boleh pilih untuk merasa tenang dan selesa sementara menunggu ketibaan hari peperiksaan.

 

 

 

 

Bagaimanakah cara program Teknik Psikologi Peperiksaan ini dijalankan?

Universiti Kebangsaan M'sia

 

Di dalam program ini, peserta akan diberikan penerangan asas bagaimana cara mengawal tekanan perasaan mereka. Peserta juga akan melakukan beberapa aktiviti yang akan menguji tahap kesabaran dan ketekunan mereka dalam menyelesaikan masalah. Melalui ini, mereka akan pelajari bagaimana caranya untuk menangani rasa tekanan akibat bebanan cuba menyelesaikan sesuatu masalah.

 

 

 

UITM Kedah

 

 

Jika anda berminat untuk menjalankan program Teknik Psikologi Peperiksaan ini di tempat anda, sila klik disini untuk maklumat tentang cara menghubungi kami atau email kepada kami di info@osmanaffan.com.

 

© All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com