October 2006


Zon Selesa saya ulangi, adalah kawasan atau situasi yang selesa bagi anda, tidak kira anda pelajar atau sesiapa sahaja. Sebelum saya kongsikan teknik untuk menguatkan diri untuk keluar dari zon selesa, biar saya terangkan lebih lanjut tentang konsep ini kepada anda.

zon1Bayangkan anda adalah petak merah itu. Warna kuning disekeliling anda adalah zon selesa anda. Jika anda tidak suka membaca buku, kawasan kuning menandakan betapa anda selesa jika anda tidak perlu membaca buku.

 

zon2Apa akan jadi bila suatu hari anda perlu membaca buku, bukan sikit, banyak pulak tu? Apa terjadi kepada zon selesa ini? Jika itu berlaku, itu bermaksud anda terpaksa keluar daripada zon anda itu. Ia seperti petak merah itu terpaksa melangkah keluar daripada bulatan kuning tersebut. Apabila anda berada diluar kawasan kuning itu, sudah pasti anda akan rasa tidak selesa, takut, gementar, bimbang, dan bermacam-macam lagi. Anda juga akn sentiasa terfikir untuk balik semula ke kawasan kuning itu, iaitu kawasan selesa anda.

zon3Apa yang anda mungkin tidak sedar ialah, setiap kali anda keluar dari zon selesa anda dan melakukan sesuatu yang baru, anda telah perlahan-lahan mencipta satu zon selesa yang baru. Maksudnya, satu kawasan kuning baru terbentuk daripada tempat baru anda itu.

Apabila ini berlaku, kawasan selesa anda telah menjadi lebih besar dan luas. Ini bermakna, anda boleh lakukan lebih banyak perkara dan merasa selesa melakukannya. Ia juga bermaksud kebolehan dan kemahiran anda juga akn bertambah. Bayangkan jika anda melakukan beberapa perkara lagi di luar kawasan selesa anda.

        

zon5

Jadi, jika anda merasa tidak selesa semasa melakukan sesuatu yang baru, anda perlu ingat. Perkara yang tidak selesa ini akan menjadi selesa juga nanti dan apabila anda sudah merasa selesa, kebolehan dan kemahiran anda dalam bidang yang baru akan bertambah. Anda perlu ingat tentang konsep ini setiap kali anda terdengar tentang perkataan Zon Selesa.

Zon selesa bermaksud satu keadaan yang menyelesakan buat anda. Contohnya, jika anda biasa duduk di bahagian hadapan kelas, anda akan merasa selesa duduk di depan. Tetapi bagi pelajar lain yang biasa duduk di belakang, mereka akan rasa tidak selesa jika disuruh duduk di depan.

Jika anda tidak pernah berucap di khalayak ramai, anda akan rasa tidak selesa malah gementar apabila disuruh berucap di hadapan 500 orang penonton. Namun, jika anda sudah biasa berucap begitu, anda rasa biasa sahaja, selesa dan agak tenang. Ini adalah konsep zon selesa. Anda akan rasa selesa membuat sesuatu yang sudah biasa anda lakukan.

Ada dua penjelasan yang mahu saya buat mengenai zon selesa ini. Pertama, jika anda sudah terlalu selesa dengan apa yang anda lakukan selama ini, anda akan rasa berat untuk berubah. Contohnya, jika anda sudah selesa membuat kerja rumah disaat akhir, belajar di saat akhir dan malas mengulangkaji, anda akan rasa sangat berat dan tidak selesa untuk berubah. Akibatnya, anda akan kekal selama-lamanya dalam zon anda itu. Jika anda biasa gagal atau tidak cemerlang dalam zon anda itu, anda akan kekal begitu juga.

Jika anda sudah selesa mendiamkan diri dalam kelas dan tidak mahu bersuara atau bertanya, anda akan kekal juga begitu hingga suatu hari nanti anda buat keputusan untuk berubah. Anda perlu ingat, tanpa perubahan, adalah sukar untuk anda maju ke hadapan.

bukuKedua, jika anda rasa terlalu selesa di dalam zon anda, anda akan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda tidak biasa berucap, anda akan menolak semua tawaran atau peluang untuk berucap kerana ia tidak menyelesakan. Akibatnya, anda rugi kerana berucap adalah satu peluang untuk mengasah teknik berkomunikasi.

Anda tidak biasa membaca buku, lalu anda elakkan diri dari membaca mana-mana buku kerana ia tidak menyelesakan. Akibatnya, anda sangat RUGI kerana membaca adalah sebenar-benarnya jambatan ilmu.

Anda tidak biasa mengulangkaji awal, anda akan tunda semua aktiviti mengulangkaji ke saat akhir kerana mengulangkaji awal tidak menyelesakan. Akibatnya, keputusan peperiksaan anda juga kekal seperti apa yang anda perolehi selama ini. Rugi bukan?

Kita sambung lagi esok berkenaan Zon Selesa…..

Perubahan adalah sesuatu yang tidak menyelesakan. Namun, tanpa perubahan, anda hanya boleh mengharapkan hasil sebagaimana yang telah anda kecapi selama ini sahaja. ~Osman Affan~

Perubahan membuat anda tidak selesa kerana anda akan keluar daripada zon selesa anda. Insyaallah esok saya akan ceritakan dengan lebih lanjut mengenai konsep zon selesa.

Kekuatan tidak bermakna tanpa beban dan usaha tidak bermakna tanpa kesungguhan. ~Osman Affan~

Pernahkah anda terfikir bahawa anda sering bernasib malang kerana selalu ditimpa masalah? Satu pengajaran yang ingin saya kongsikan disini, bagi setiap masalah yang melanda, pasti ada peluang yang menanti disebaliknya. Ini semua terpulang kepada cara anda melihat kepada masalah tersebut.

Jika anda fokuskan kepada masalah itu sahaja, fikiran anda akan dipenuhi dengan masalah tersebut dan anda pasti tidak akan dapat menyelesaikannya. Tetapi anda fokuskan kepada apakah kelebihannya jika anda berjaya menyelesaikan masalah tersebut, anda pasti akan mendapat jawapannya dan menikmati hasilnya. :)

Pagi semalam saya menghadiri satu mesyuarat di Universiti Islam Antarabangsa Gombak. Semasa saya sampai, saya pelik kerana tidak banyak kereta di sekitar kawasan universiti. Senang betul saya nak parking. Pelik juga, cuti ke fikir saya. Rupa-rupanya memang cuti Nuzul Quran. Mungkin ini kesannya kalau bekerja sendiri, memang tak sedar tentang cuti-cuti umum sebab selalunya, bila orang cuti saya bekerja, bila saya bercuti orang bekerja.

Mesyuarat itu adalah untuk berbincang dan membina modul bagi pelajar-pelajar cemerlang di UIA. Lama juga mesyuarat itu dijalankan memandangkan ini bulan puasa. Namun, ada satu persoalan yang menarik perhatian saya dalam mesyuarat itu. Persoalannya lebih kurang, “mengapa pelajar sekarang suka membazirkan peluang untuk belajar yang dikurniakan kepada mereka oleh Allah sedangkan saudara-saudara seagama mereka di seluruh dunia banyak yang tidak mendapat peluang dan nikmat sebegitu?”

Persoalan ini menyentuh hati saya kerana saya terbayang, kalau la saya yang berada di negara-negara yang sedang berperang dan tidak mendapat kesempatan untuk belajar dengan aman di negara seperti Malaysia ini, tentu saya akan benar-benar bersyukur jika mendapat walaupun separuh daripada peluang yang dinikmati oleh pelajar di Malaysia ini. Seperti puasa, kita mula menghargai nilai makanan yang selama ini kita langsung tidak pandang. Tetapi jangan tunggu hingga anda hilang peluang untuk menikmati proses pembelajaran dengan aman barulah anda ingin menghargai peluang yang anda ada.

Saya cekalkan hati, saya kata sekali lagi, “bang Wan, turunkan kaki tu….” KP Wan masih tak menggerakkan kaki beliau. Say lihat kepada KP-kp lain, seolah meminta pendapat. KP Amin kata, “Abih, kalau kau tegur orang tak dengar, kau nak buat apa??”

Saya nekad. Saya pergi lebih dekat kepada KP Wan, saya angkat kaki beliau dan hempas kan ke lantai. Nyaris KP Wan jatuh daripada kerusi beliau. Muka beliau berubah. KP Wan bersuara, “Kau campak aku yer….”…. Balas saya…. “Abis, Abang Wan tak nak dengar cakap saya suruh letak bawah…….”…..

Muka KP Wan, mula2 serius….. kemudian dia tersenyum dan akhirnya ketawa. KP Wan ni sebenarnya agak rapat dengan saya. Beliau adalah editor bagi majalah khas cetakan Badan Agama Pelajar Kisas. jadi beliau pernah meminta saya menghantar hasil tulisan saya kepada majalah tersebut. Saya pasti beliau saja dipilih supaya berlakon seperti biadab dengan meletakkan kaki ke atas meja untuk melihat apa reaksi saya. Semua KP lain juga mula kelihatan lebih tenang dan tidak menjerit lagi.

Dipendekkan cerita, saya termasuk dalam senarai 20 bakal KP untuk tahun 1993. Saya dihantar mengikuti kursus-kursus kepimpinan untuk menyiapkan diri bagi jawatan besar itu. Tidak lama selepas itu, temuduga yang dijalankan oleh guru pula berlangsung. Cuma 12 KP sahaja yang akan dilantik daripada 20 bakal KP itu…… dan saya adalah salah seorang daripada KP yang terpilih…..   (Tamat) :)

“Saya suka persatuan silat saya…. saya pun suka kalau dapat jadi KP. Kalau saya dapat kedua-duanya, saya kena usaha lebih sikit la supaya dua-dua bidang tu saya berjaya. lagipun saya tengok KP Mazlan pun pengerusi Karate-Do dan seorang KP. Boleh je dia uruskan tanpa masalah.” Jawab saya sambil tersenyum macam orang kena paksa senyum…. :)

KP-kp tu semua diam sekejap. Tiba-tiba KP Rafiq bersuara lagi, “Pandai menjawab eh budak ni…!” Kuat betul suara KP Rafiq ni. Dia memang terkenal dengan tengking menengking ni. Kalau dia menengking di dewan makan, macam nak pecah telinga ni mendengarnya.

Setelah saya disoal dengan beberapa soalan lagi dan menjawabnya dengan penuh hati-hati, kemudian KP Amin bertanya. “Kalau nak jadi KP, kau kena mencegah kemungkaran kan?” “Ya….” jawab saya.

“Abis, ada tak kau nampak apa2 kemungkaran dalam bilik ni?” Soal KP Amin lagi. Saya mula memandang ke kiri dan ke kanan bilik itu. Tak ada apa yang tak kena. kemudian saya menoleh ke belakang bilik, saya lihat KP Wan sedang meletakkan kedua-dua belah kakinya di atas meja. Sebenarnya dari saya masuk tadi lagi kaki beliau sudah diletakkan begitu. nampak macam samseng koboi yang lepak dalam bar minuman cerita dulu-dulu.

Saya fikir, “ni mesti nak uji aku la ni…..” Kemudian, saya bersuara, ” kemungkaran…. ermm…. KP Wan tu letak kaki atas meja… tak elok tu…..”

“Kalau tak elok, apsal ko diam je…. kata nak jadi KP, kau tak nak buat apa2 ke??”tengking KP Rafiq lagi. ……. Saya mati kutu…..mati akal…. apa yang perlu saya buat…. nak buat apa…. nak tegur ke KP tu…. saya rasa mesti dia saja je buat macam tu sebab nak tengok apa reaksi saya…… Saya pun beranikan diri dan bangun menuju ke KP Wan.

“bang Wan…. tek elok letak kaki atas meja tu. Boleh letak bawah……” kata saya. KP Wan tak berganjak. Dia buat2 tak dengar saja kata saya.  Saya lihat KP Rafiq dan KP Amin dan tersengih dan ketawa kecil…… macam budak-budak agaknya cara saya menegur tu… mungkin sebab tu mereka ketawa………

Bersambung….

Kemudian….. saya tahan nafas…. dan ketuk pintu bilik itu…… “Masuk!!” saya dengar… macam nak makan orang je diorang ni fikir saya…… Saya berdiri menghadap 3 KP yang berada di meja utama di hadapan saya. Ada dua KP lagi di sebelah kiri dan seorang KP di bahagian belakang bilik kecil itu. “Haaa…. ko tercegat apasal…? Tak nak duduk?” kata KP Wan. Saya duduk perlahan-lahan.

Kemudian KP Amin membuka mulut….. “kau rasa kenapa kitorang panggil ko ni?”….. saya cemas….. apa nak jawab ni… saya rasa ni mesti temuduga untuk jadi KP tahun depan untuk menggantikan diorang ni…. kang salah jawab kang kena tengking lak…… Saya beranikan diri berkata, “saya rasa ni sebab temuduga untuk bakal KP tahun depan agaknya…….”… perlahan sahaja suara saya.

KP Zam menyambung…. “Haaa…. ko rasa ko layak ke jadi KP ni…?!” ishhhh…dalam hati saya…. kenapa la diorang ni brutal sangat hari ni….. tak makan breakfast kat dewan makan ke pagi tadi……

“Kalau tanya saya, saya rasa saya layak…..” saya beranikan diri kata begitu…. berdebar nak tunggu respond dari KP-KP tu.

“LAYAKKKKK!!!!!???” bukan ko ke awal tahun dulu kena ragging dengan KP sebab dapat surat dari orang perempuan…??!

Aiseh… saya tahu diorang mesti ungkit pasal benda tu. Padahal bukan apa sangat. Sekolah saya ni sekolah Agama. Masa awal-awal saya masuk dulu, saya ada terima kiriman surat dari seorang kawan perempuan dari terengganu…. bukan teman wanita ke apa, kawan baik biasa masa kat sekolah… tu pun diorang buat kecoh sampai denda saya dalam bilik macam banduan……. kelakar pulak bila diingatkan semula….. :)

“itu salah faham je bang… saya rasa kita pun pernah bincang pasal benda tu…..” saya jawab dengan tersenyum…..” Saya lihat Ketua umum yang dari tadi hanya diam membisu mengangguk-anggukkan kepala beliau…….

“OK” kata KP Amin. “Kami dengar kau mungkin dilantik sebagai pengerusi persatuan silat gayung nanti….. ko nak pilih yang mana, nak jadi KP ke nak jadi pengerusi silat gayung?”

“ermmmm…. nak jadi dua-dua tak boleh ke?” tanya saya …..

“Tamaknya ko ni!!!… Larat ke ko nak jaga dua-dua jawatan tu….?” tengking KP Rafiq.

Saya terdiam….. fikir saya, saya memang tahu saya akan memegang jawatan pengerusi silat tu, tapi saya tak pernah terlintas akan diberi peluang ditemuduga untuk jadi KP. KP di sekolah saya adalah satu jawatan yang sangat disanjungi. Tradisi memilih KP memang ketat hingga bakal KP terpaksa melalui berbagai halangan dan cubaan sebelum dicalonkan.

Bayangkan, sebelum menjadi KP, KP senior akan menemuduga semua bakal KP dahulu. Mereka akan berseronok dalam proses ini. ye la, mana tak seronok melihat bakal KP terketar-ketar menjawab soalan….. Kemudian, calon yang di pilih akan dihantar ke kursus yang dianjurkan oleh golongan pemimpin pelajar ini sendiri. Setelah dilihat akan perwatakan bakal-bakal KP, barulah KP senior ini akan memberikan senarai nama yang mereka cadangakan kepada guru pengawas.

Guru pengawas pula ada calon mereka juga. jadi mereka akan lihat sama ada calon mereka sama dengan calon KP senior tadi. Jika tidak sama, mereka akan berdebat untuk memilih calon mereka. Namun selalunya cikgu pengawas akan bersetuju dengan calon KP senior kerana KP senior lebih mengenali pelajar dengan dekat kerana tinggal bersama di asrama…….

Bersambung…..

Saya adalah bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) 1992-1993. Pengawas disekolah saya ketika itu dipanggil ketua pelajar atau dengan nama ringkasnya…. KP.

Pada akhir tahun 1992, saya masih di tingkatan 4, pada hari Ahad kalau tidak silap saya, pukul 9.00 pagi….. saya terdengar nama saya dan nama beberapa kawan saya dipanggil melalui pembesar suara daripada bilik kawalan KP. Terkejut juga saya. Kenapa ni agaknya. Ada buat salah ke….. (masa tu kalau kena panggil dengan KP je selalunya mesti ada benda yang tak kena).

Saya pun pergi ke bilik utama KP. Apabila saya sampai di sana, saya nampak seorang sahabat saya keluar daripada bilik utama KP itu. Muka beliau kelihatan merah. kemudian beliau berlari sambil menutup muka ke asrama. Semakin berdebar hati saya. Ni mesti kene dera dengan KP ni fikir saya. Kemudian, seorang KP tingkatan 5 membuka pintu dan melihat ke arah saya dan beberapa pelajar lain di situ. KP tersebut lihat ke arah saya dan memberi isyarat supaya saya masuk. Jantung saya berdegup dengan semakin laju.

Saya masuk ke dalam bilik KP itu. Saya lihat ada 6 KP tingkatan 5 di situ termasuk termasuk Ketua UMUM (Ketua umum adalah ketua semua pengawas. Selalunya KU adalah pelajar tingkatan 6 atas).

Saya beri salam. Baru selangkah saya masuk ke bilik itu tiba-tiba seorang KP menjerit sekuat hati, “Kau masuk tadi kau ketuk pintu tak??!!” Pucat sekejap muka saya mendengar tengkingan tu. “….saya rasa……” belum habis saya cakap lagi KP tersebut kata, “Kau keluar balik, nak masuk nanti kau ketuk pintu dulu…!!!”

Saya keluar semula…..muka saya merah… mungkin semerah muka kawan saya yang berlari balik ke asrama tadi…… kemudian……

(Kita sambung esok….)

Sebagai kesimpulan untuk tajuk ini, ada beberapa perkara yang anda perlu ingat.

air

1. Gunakan air penerang hati sebagai ikhtiar untuk menjadi lebih tenang dalam dewan peperiksaan, bukan sebagai tempat bergantung.

2. Dapatkan air penerang hati daripada sumber yang baik terutamanya daripada bacaan Al-Quran, sembahyang hajat atau doa.

3. Berusaha dengan bersungguh-sungguh sebelum menjelang peperiksaan. Setelah berusaha termasuk menggunakan air penerang hati, berserah kepada Allah.

Selamat Berjaya!

« Previous PageNext Page »