February 2007
Monthly Archive
Wed 28 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Soft SkillsNo Comments
Ada beberapa alasan popular yang digunakan oleh pelajar bermulut laser mengapa mereka lebih suka bermulut laser daripada tidak. Antara alasan mereka ialah, “Saya tidak suka bercakap bohong. Saya cakap perkara yang benar sahaja walaupun benda itu menyakitkan orang yang mendengarnya”, atau “Saya bukan nak sakitkan hati sesiapa, saya cakap benda yang betul. Kalau ada orang terasa, nasib la…”, atau “La… cakap sikit pun nak sakit hati ke…. masuk dalam hutan la kalau tak nak sakit hati….”
Pada pendapat peribadi saya, memang tidak salah kalau kita bercakap benar, memang itu yang patut kita lakukan. Namun, saya percaya, pelajar yang bermulut laser selalunya tidak tahu alternatif kepada cara untuk menuturkan apa yang mereka mahu katakan.
Contohnya, bila anda melihat seorang kawan memakai baju yang kelihatan agak kotor, pelajar bermulut laser akan kata, “kau tak basuh baju kau ke? Nampak kotor sangat ni…”. Alternatif kepada soalan itu ialah, “Baju kau kena apa?” atau lebih mudah, “kenapa baju kau kotor?”.
Apa yang saya hendak tunjukkan di sini ialah, pelajar bermulut laser selalunya terus membuat andaian negatif kepada apa yang mereka lihat. Jadi, tips hari ini ialah, jika anda lihat sesuatu, elakkan daripada menyoal soalan yang diikuti dengan andaian yang negatif. Jika anda lihat kawan anda lambat ke sekolah dan mahu tanya sebabnya, anda cuma perlu tanya “kenapa kau lambat tadi?”, jangan tanya begini, “Kenapa kau lambat, bangun lambat eh…? Ni mesti tak sembahyang subuh pagi-pagi ni….”. Hmmmm… ana boleh bayangkan apa perasaan kawan anda apabila anda bertanya dengan soalan berbentuk laser itu.
Soalan yang tidak laser selalunya lebih pendek dan tidak menyakitkan hati. Anda perlu ingat, apabila anda tamat belajar nanti, anda mungkin jumpa orang-orang yang bermulut laser. Anda akan dapat lihat bahawa orang-orang begini selalunya dijauhi oleh kawan-kawan yang lain. Apa yang menyedihkan, orang yang bermulut laser ini tidak sedar yang dia sedang dipulaukan. Jadi, dia terus seronok dengan tabiat mulut lasernya. Bukankah ini sangat menyedihkan?
Tue 27 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Soft SkillsNo Comments
Adakah anda kenal mana-mana kawan anda yang dikatakan ‘mulut laser’? Hmm… saya rasa anda tentu faham apa yang dikatakan mulut laser ni. Secara ringkas, pelajar yang bermulut laser ialah pelajar yang tidak menapis apa yang dikatakannya dan kata-kata mereka selalu menyakiti hati kawan-kawan yang lain.
Contohnya, apabila ada seorang kawan gagal dalam peperiksaan, pelajar mulut laser ini akan dengan selambanya berkata, “tu la, suruh belajar tak nak, kan dah jadi bodoh macam ni….”. Hehe… ini cuma contoh sahaja. banyak lagi contoh lain sebenarnya tetapi tidak sedap pula kalau saya kongsikan di sini.
Namun, secara umumnya, pelajar bermulut laser memang ada di mana-mana. Mereka ini tidak semestinya pelajar yang nakal atau tidak berdisiplin. Mereka ini tidak semestinya pelajar perempuan kerana ramai juga pelajar lelaki yang bermulut laser. Selalunya juga kalau pelajar lelaki bermulut laser, lebih dahsyat daripada pelajar perempuan yang bermulut laser kan…?
Tips ke 4 ini akan membincangkan tentang cara pertuturan anda dengan kawan-kawan anda. Ingat, apa yang anda tuturkan atau cakapkan menggambarkan apa yang ada dalam hati anda. Jadi, anda perlu tahu serba sedikit bagaimana caranya untuk bercakap dengan baik dan sopan dengan kawan-kawan anda.
Mon 26 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Soft SkillsNo Comments
Beberapa bulan lalu saya ada kongsikan beberapa teknik untuk bercakap di khalayak ramai. Teknik-teknik tersebut adalah sangat penting untuk dipraktikkan terutamanya jika anda mahu bercakap dengan berkesan dan mampu menarik perhatian penuh pendengar.
Semalam, saya jalankan program satu hari berkenaan teknik bercakap dikhalayak ramai. Program itu dianjurkan oleh persatuan pelajar ‘Communication Student’s Association’ UIA Gombak. Mereka telah menjemput saya untuk membantu peserta memajukan cara mereka bercakap di depan khalayak ramai.
Secara umumnya, peserta mahu tahu bagaimana mereka boleh atasa rasa takut mereka dan cara menghilangkan debaran yang mengganggu konsentrasi mereka. Saya ada terangkan dari aspek itu. Tetapi, apa yang paling ialah peserta perlu tahu bagaimana cara mencari isi-isi penting untuk diperkatakan supaya pendengar berminat untuk mendengar ceramah atau ucapan mereka.
Saya telah berikan beberapa teknik untuk mengeluarkan suara, menggunakan intonasi berbeza dalam menyampaikan mesej dan juga beberapa teknik menggunakan Microsoft PowerPoint secara berkesan.
Jika anda masih lagi belajar, anda perlu mula fikirkan tentang kebolehan anda untuk bercakap di khalayak ramai. Anda perlu ingat, ramai tidak bermaksud anda perlu bercakap di depan 100 - 500, tetapi 10 hingga 15 orang juga sudah dikira ramai. banyak ketikanya nanti dalam hidup anda sama ada di tempat kerja atau di rumah di mana anda perlu bercakap di depan. Anda perlu rebut peluang untuk belajar tentang teknik ini. Sertai program yang dianjurkan oleh sekolah, kolej atau universiti anda. Peluang tidak akan selalu melintas di depan terutamanya peluang yang sangat baik. Jadi, buka mata anda kepada semua peluang yang ada di sekeliling anda. Belajar teknik bercakap di depan khalayak ramai sekarang.
Sun 25 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Mutiara Kata ,
MotivasiNo Comments
Sahabat yang baik umpama memori yang indah. Memori yang indah sentiasa menceriakan, menenangkan dan dan memberikan semangat. ~Osman Affan~
Anda boleh berjaya dengan cemerlang jika anda bekerja sendirian. Namun anda akan berjaya dengan lebih cemerlang dengan lebih mudah jika anda mendapat pertolongan sahabat-sahabat anda. Seingat-ingat saya, saya ada ramai sahabat baik yang telah membantu saya untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan juga universiti.
Hargai sahabat baik anda kerana mereka akan memainkan peranan yang penting dalam hidup anda. Jadilah seorang sahabat yang baik agar anda juga dapat menyumbang ke arah kejayaan sahabat-sahabat anda.
Sat 24 Feb 2007
Jika anda hanya memandang pada peluang yang melintas di depan anda, ia pasti akan meninggalkan anda. ~Osman Affan~
Peluang tidak selalu datang dalam hidup anda. Lebih buruk lagi jika anda melepaskan peluang yang anda ada. Selalunya anda akan kesal kerana melepaskan sesuatu peluang selepas ia telah berlalu. Sama seperti penjelasan saya di bulan Ramadhan dulu, semasa waktu siang di bulan ramadhan, makanan yang tidak menyelerakan pun nampak sedap dan membuat anda terliur. Ia jadi begitu kerana anda tidak boleh memakannya. Waktu itu anda mungkin menyesal kerana tidak makan makanan tersebut pada waktu lain (selain siang di bulan Ramadhan).
Begitu juga dengan pelajaran. Ia merupakan satu peluang yang berdiri di depan anda. Jika anda lepaskan peluang itu dengan tidak belajar bersungguh-sungguh, peluang itu pasti meninggalkan anda. Sedar-sedar nanti, apabila anda sudah bekerja dan menghadapi kesukaran untuk maju, anda terasa menyesal kerana membiarkan peluang belajar tadi meninggalkan anda…….
Fri 23 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Soft SkillsNo Comments
Daripada tips semalam, ada satu perkara yang anda perlu pelajari. Saya ada katakan bahawa pujian yang disampaikan dibelakang tuan punya diri akan berbunyi ikhlas dan mendatangkan kesan yang baik. Jadi tips untuk hari ini, jika anda hendak memuji kawan-kawan anda, puji mereka tanpa kehadiran mereka. Maksudnya, puji mereka semasa mereka tidak ada bersama anda.
Jika anda bercerita tentang perkara yang tidak baik tentang kawan anda dibelakang mereka, itu adalah gosip dan mengumpat. Perbuatan ini adalah sangat tidak baik dan boleh merosakkan hubungan dan juga nama baik anda. Tidak ada orang yang suka kepada seseorang yang suka mengumpat dan menyebarkan gosip. Tetapi, jika anda puji kawan ada dibelakang mereka, perkara sebaliknya akan berlaku. Anda akan dilihat sebagai seorang yang ikhlas dan baik hati.
Apabila anda sedang berborak-borak dengan sekumpulan pelajar dan anda mahu bercerita tentang pelajar lain, ceritakan tentang yang baik sahaja. Jika anda kawan anda dalam kumpulan itu yang bercerita tentang keburukan pelajar lain, anda jangan turut serta dengan memberi komen atau menambah-nambah cerita itu. Jika sesi bercerita tentang keburukan pelajar lain itu berterusan, minta diri dan tinggalkan kumpulan tersebut seketika.
Tujuan saya berkongsi tips ini bukanlah untuk memanipulasikannya dan cuba buat anda kelihatan baik di depan kawan-kawan anda. Tips ini adalah untuk anda amalkan dan jadikannya sebahagian daripada perwatakan anda. Anda akan jadi insan yang lebih baik jika anda sebarkan pujian dan berita baik berbanding jika anda sebarkan kutukan, fitnah, gosip dan berita buruk.
Jadi, mulai hari ini, fikirkan, apakah perkara baik yang anda boleh puji kawan-kawan anda? Apakah berita-berita baik yang anda boleh kongsikan bersama mereka?
Thu 22 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Soft SkillsNo Comments
Tips untuk menjadi pembawa berita gembira semalam ialah dengan mengelakkan diri anda daripada menyampaikan berita-berita buruk atau cerita tidak baik kepada kawan-kawan anda. Tips untuk hari ini ialah sampaikan berita gembira kepada kawan-kawan anda secepat mungkin.
Katakan anda mendengar berita baik seperti kawan anda mendapat markah penuh dalam peperiksaan Matematik, sampaikan kepada beliau secepat mungkin. Tetapi pastikan berita itu betul kerana jika ia tidak betul kesan sebaliknya akan berlaku. Namun, satu perkara yang saya minta anda sampaikan kepada kawan anda secepat mungkin ialah berita berkenaan pujian kepada mereka.
Maksudnya begini. Katakan anda sedang bercakap dengan sahabat A dan sahabat A memuji sahabat B (sahabat B tidak ada disitu). Setelah anda mendengar pujian itu, anda perlu seberapa segera menyampaikan pujian itu kepada sahabat B. Tetapi jangan terlalu segera hingga anda terus tinggalkan sahabat A yang sedang bercakap tadi….
Dua perkara akan berlaku bila anda lakukan perkara ini. Pertama, anda akan jadi pembawa berita gembira. Sahabat B akan kaitkan anda dengan rasa gembira. Kedua, hubungan antara sahabat A dan B akan jadi bertambah akrab. Pujian yang disampaikan secara tidak berdepan begitu selalu membawa kesan yang positif. Sahabat B akan rasa bahawa pujian sahabat A itu adalah ikhlas dan boleh dipercayai. Jadi, hubungan mereka akan jadi lebih baik.
Suatu hari nanti ditempat kerja anda, lakukan perkara sebegini juga. Sampaikan pujian yang anda dengar kepada tuan punya diri. Anda akan disenangi oleh kawan-kawan sekerja anda nanti.
Bila ini berlaku, anda telah melakukan sesuatu yang baik dalam hidup anda…
Wed 21 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Soft SkillsNo Comments
Seingat-ingat saya, saya ada ramai kawan yang suka membawa berita gembira ini. Kawan-kawan begini, rasa seolah tidak sabar untuk menceritakan berita-berita yang menggembirakan. Contoh berita gembira yang mereka bawa ialah berita tentang kejayaan seseorang, cerita tentang kebaikan seseorang, cerita tentang kesusahan yang diakhiri dengan kemenangan dan cerita-cerita menarik yang boleh membuat anda rasa seronok, gembira dan bersemangat.
Namun, anda perlu berhati-hati juga dengan apa yang saya maksudkan dengan berita gembira ini. Ada pelajar yang merasa gembira apabila mendengar cerita-cerita tidak baik seperti cerita tentang pelajar dirotan, gagal dalam peperiksaan dan juga gosip-gosip liar. Bukan ini yang saya maksudkan dengan berita gembira. Anda juga perlu berhati-hati jika anda rasa gembira dan seronok apabila mendengar cerita-cerita tidak baik begini kerana….. ada kemungkinan anda adalah seorang berfikiran sangat negatif……. ya…. pelajar yang berfikiran negatif amat gembira apabila mendengar tentang keburukan dan kelemahan pelajar lain. Ini kerana, cerita-cerita begitu membuat mereka rasa lebih hebat…… menyedihkan bukan….?
Jadi, tips pertama untuk menjadi seorang pembawa berita gembira ialah, elakkan diri anda daripada membawa berita-berita yang tidak baik kepada kawan anda. Contohnya, anda mendengar sahabat A bercerita tentang sesuatu yang tidak baik tentang sahabat B. Jangan anda pergi kepada sahabat B dan ceritakan apa yang sahabat A katakan. Ada dua sebab utama mengapa. Pertama, jika anda sampai berita itu, anda akan jadi pembawa berita buruk….. kedua, anda akan menyebabkan sahabat A dan sahabat B berbalah. Hakikatnya, anda mungkin tersalah faham apa yang sahabat A cuba katakan.
Jadi, anda perlu ingat, jangan jadi pembawa berita buruk dan gosip. Sikap ini biasa dilihat ditempat-tempat kerja. Majikan benci pekerja yang mempunyai sikap begini kerana ia akan merosakkan suasana kerja yang baik. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya juga pernah memberhentikan seorang pekerja saya walaupun beliau mempunyai bakat dan bagus dalam kerja beliau. Mengapa? Anda boleh teka mengapa….
Tue 20 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Soft SkillsNo Comments
Semasa saya menunggu keputusan sama ada mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara atau tidak, saya selalu menunggu kedatangan posmen. Saya selalu berharap agar posmen datang dengan senyuman dan memberikan surat yang mengatakan bahawa saya berjaya mendapat biasiswa tersebut. Apabila hari yang dinantikan tiba, seorang posmen benar-benar datang dan memberi saya surat yang membawa berita gembira tersebut.
Saya rasa, sejak itu, bagi saya posmen membawa maksud sesuatu yang gembira kepada saya. Maksudnya, setiap kali saya melihat seorang posmen, saya akan kaitkan beliau dengan berita gembira. Mengapa? Kerana beliau selalu membawa berita gembira kepada saya.
Tips untuk meningkatkan kemahiran anda berkawan hari ini ialah, anda perlu jadi seperti posmen tadi……. hmmm…. saya tidak bermaksud menyuruh anda menjadi posmen…
Maksud saya, saya menyuruh anda menjadi seorang pembawa berita gembira. Semua orang sukakan berita gembira buat mereka. Berita gembira amat menggembirakan…… (semua orang tahu tentang perkara ini kan?)
Setiap kali anda membawa berita gembira kepada kawan-kawan anda, mereka akan kaitkan anda dengan kegembiraan. Jadi, setiap kali mereka melihat anda, mereka akan rasa gembira. Bukankah itu yang anda mahukan?
Saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai teknik ini esok.
Mon 19 Feb 2007
Walaupun anda mungkin berkawan dengan seorang kaki buli atau ketua samseng di tempat anda belajar, ini tidak bermakna anda rapat dengan mereka hingga anda juga jadi seperti mereka. Anda perlu berhati-hati siapa yang anda pilih sebagai kawan baik. Ini adalah kerana, kawan baik anda adalah cermin kepada keperibadian anda. Maksudnya, keperibadian anda akan dipengaruhi oleh keperibadian kawan-kawan baik anda ini.
Siapakah yang patut anda pilih untuk menjadi kawan baik anda? Satu tips daripada saya, jangan pilih berdasarkan harta atau populariti kawan anda itu. Pilih berdasarkan cita-cita mereka dan semangat mereka untuk berjaya.
Ada antara kawan-kawan anda yang sangat bersemangat untuk berjaya dan mempunyai cita-cita yang hebat. Mereka ini sentiasa berusaha untuk menuju ke arah matlamat mereka. JIka anda tidak dapat jadi kawan baik mereka pun, sekurang-kurang anda perlu cuba rapat dengan mereka agar anda dapat terikut-ikut dengan semangat untuk berjaya itu.
— Next Page »