February 2007
Monthly Archive
Sun 18 Feb 2007
Berkawan dengan semua orang tetapi pilih siapa yang patut jadi kawan baik anda. Apabila anda bergaul dengan orang-orang disekeliling anda, anda harus pandai menyesuaikan diri. Ada satu kenyataan yang pernah saya baca menyatakan, anda mempunyai personaliti yang sihat apabila anda boleh bergaul dengan pelbagai jenis orang daripada pelbagai jenis latar belakang.
Maksudnya, jika anda ada personliti yang sihat dan anda pandai berkawan, anda boleh berkawan dan mesra dengan sesiapa sahaja tidak kira mereka pelajar cemerlang, tidak cemerlang, samseng, kaki gaduh, ajk surau, ketua pelajar dan sesiapa sahaja. Jika anda rasa anda hanya boleh bergaul dengan beberapa jenis orang sahaja, anda perlu pelajari dan berlatih bagaimana mahu luaskan kenalan anda.
Ini adalah kerana, apabila anda sudah bekerja nanti, anda akan jumpa pelbagai jenis orang…. mungkin anda akan jumpa seseorang dengan sifat dan perangai yang selama ini anda sangka tidak wujud langsung. Namun, dalam berkawan dengan semua orang ini, anda perlu juga memilih. Kita sambung esok.
Sat 17 Feb 2007
Hari ni kita lari dari topik soft skill sekejap. Jumaat minggu lalu seperti yang saya katakan saya ada buat satu program di Universiti Malaya untuk pelajar Akademi Pengajian Islam. Program itu bertajuk Usahawan Kreatif. Ada satu soalan daripada mahasiswa ketika itu yang agak menarik untuk saya kongsikan disini.
Soalan beliau (lebih kurang), apakah sumbangan saya ke arah mewujudkan usahawan muslim yang menghidupkan tradisi Islam seperti Sembahyang Dhuha, membantu usahawan islam yang lain dan sebagainya…..
Jawapan saya…. pertama sekali… saya adalah seorang usahawan… dan seorang muslim… itu adalah sumbangan utama saya…. meramaikan jumlah usahawan muslim walaupun saya ada pilihan untuk bekerja makan gaji. Kedua, amalan Solat Dhuha, bacaan ayat seribu dinar itu semua memang bagus, tetapi langkah pertama yang patut diambil ialah dengan menjadi usahawan, bukan menunggu amalan tu lengkap baru mahu bergelar usahawan muslim. Nasihat saya kepada semua Usahawan Muslim, ada satu perkara yang boleh kita sumbangkan untuk mewujudkan komuniti Usahawan Muslim iaitu menyokong usahawan-usahawan muslim yang sudah berjaya atau sedang menuju kejayaan.
Satu penyakit yang biasa kita lihat ialah apabila seseorang usahawan muslim berjaya, ada ramai antara kita orang Islam sendiri dengki dan menaburkan fitnah dan tohmah untuk menjatuhkan usahawan tersebut. Bolehkah komuniti Usahawan muslim meningkat jika begini? Ada satu bahaya besar jika anda merasa sakit hati atau cuba menjatuhkan nama orang lain. Bahaya utamanya ialah, minda anda akan mengaitkan kejayaan itu dengan sesuatu yang tidak baik. Maksudnya, bila anda memburukkan orang-orang yang sudah berjaya, minda anda akan faham bahawa kejayaan adalah tidak baik kerana jika anda berjaya nanti, orang lain pula akan cuba menjatuhkan anda.
Akibatnya, anda tidak akan sekali-kali berjaya dalam hidup anda…………………. bahaya bukan……?
Fri 16 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Khas[2] Comments
Alhamdulillah… syukur kehadrat Allah….. hari ini umur saya genap mencecah 13 tahun……. hehe…. kalau la masa boleh berpusing kembali kan…….
bukan 13…….. 31….. Umur saya genap 31 hari ini.
Hari ini, saya bersyukur dengan segala nikmat yang saya perolehi…. bersyukur dengan kasih sayang yang tidak pernah putus daripada kedua ibu bapa saya di Terengganu…. kasih sayang daripada ‘jantung’ hidup saya iaitu isteri kesayangan saya Elly dan anakanda saya yang saya manjakan Darwish……. juga kasih sayang dan kemesraan daripada adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan para pelajar yang sentiasa menyokong kejayaan saya….. saya rasa sangat bersyukur….
Dah banyak rasanya dugaan yang saya lalui selama 31 tahun ini… tetapi mungkin masih belum cukup untuk saya capai cita-cita saya yang utama….. apa yang penting, seperti yang selalu saya ceritakan dalam program-program saya, rasa syukur akan menambahkan lagi nikmat yang bakal kita perolehi walaupun kesyukuran kita itu adalah untuk seteguk air yang kita minum.
Kepada pembaca setia blog ini, terima kasih saya ucapkan di atas sokongan dan dorongan anda semua selama ini sama ada melalui komen anda atau melalui email anda kepada saya……
p/s hari ini saya baru habiskan program saya di Kuantan bersama TUDM dan akan terus bertolak balik ke Terengganu selepas Solat Jumaat nanti…. dah lebih 4 bulan tak jejak kaki ke kampung…
Thu 15 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Soft SkillsNo Comments
Tips kemahiran berkawan yang pertama ini akan membantu anda untuk mudah menyesuaikan diri di alam pekerjaan nanti. Di pejabat atau di mana-mana sahaja anda bekerja nanti, anda akan jumpa orang yang suka bercerita tentang diri mereka dan tidak mengendahkan cerita orang lain.
Orang-orang begini selalunya akan dipulaukan tanpa mereka sedari. Kawan sekerja lain akan cuba mengelak dari berbual dengan mereka kerana bosan asyik terpaksa mendengar cerita mereka.
Apabila anda menjadi pendengar yang baik, kawan-kawan sekerja akan selalu mencari anda menceritakan kisah-kisah hebat mereka. Mungkin sekali sekala anda akan rasa penat mendengar cerita orang lain. Tetapi, apa yang bagusnya, kawan-kawan yang selalu mencari anda ini tidak akan lupakan anda apabila mereka ada sesuatu yang baik untuk dikongsikan dan diceritakan seperti peluang untuk naik pangkat, peluang perniagaan dan sebagainya. Tidaklah anda bosan bekerja keseorangan kerana tidak ada kawan yang berani mendekati anda.
Wed 14 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Soft SkillsNo Comments
Tips pertama semalam menyuruh anda bertanya kepada kawan anda agar mereka bercakap lebih lanjut tentang cerita mereka. Hari ini, ada satu perkara yang perlu anda elakkan.
Seperti semalam, katakan kawan anda berkata, “Minggu lepas aku camping kat Gua Tempurung. best la camping kat sana.” Elakkan sama sekali daripada menjawab begini, “O ye ke…. ala biasa je Gua tempurung tu… aku pergi Gua Niah lagi best….. masa tu aku…… (terus buka cerita anda dan abaikan kawan anda yang baru nak buka cerita tadi…)…
Atau, anda jawab, “Bosan ah Gua Tempurung tu. Bukan ada apa. Aku dah biasa tengok dalam tv. Orang yang dah takde tempat nak pergi je yang pergi Gua tu……”
Selalunya, bila seseorang bercerita, kita rasa tak sabar nak ceritakan pengalaman kita yang mungkin serupa atau lebih hebat. Namun anda perlu berhati-hati dan bersabar. Beri peluang kepada kawan anda untuk bercerita dan menyerlah. Tidak rugi jika anda beri perhatian kepada kawan-kawan anda untuk bercerita.
Dalam masa yang sama, bayangkan apa yang anda rasa jika anda pula diperlakukan begitu apabila anda mahu membuka cerita….?
Tue 13 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Soft SkillsNo Comments
Banyakkan mendengar, kurangkan bercakap. Apabila saya katakan kurangkan bercakap, ia tidak bermaksud anda patut berdiam diri dan langsung tidak bercakap dengan kawan-kawan anda.
Ia bermaksud, anda perlu latih diri anda mendengar apa yang kawan-kawan anda perkatakan. Menurut pemerhatian saya dan pengalaman saya sebagai pelajar dulu, ada segolongan pelajar yang terlalu suka bercakap terutama sekali tentang diri mereka. Mereka sibuk bercerita tentang aktiviti, percutian, kerja sekolah, lawatan dan kegiatan masa lapang mereka. Masalah yang timbul selalunya ialah, mereka ini tidak berminat untuk mendengar cerita kawan-kawan lain pula.
Jika anda asyik sibuk bercerita dan berminat mendengar cerita orang lain, orang lain juga akan mula hilang minat untuk mendengar cerita anda. Malah, lebih buruk lagi, mereka akan cuba menjauhi anda kerana bosan dan tidak mahu mendengar cerita anda yang tidak berkesudahan itu. Mahukah anda ini terjadi?
Ini yang boleh anda lakukan. Tidak salah untuk bercerita tentang diri anda. Tetapi, apabila kawan-kawan anda mula bercerita tentang mereka pula, anda tumpukan sepenuh perhatian kepada cerita mereka. Cuba fahami apa yang mereka katakan. Ketawa jika cerita mereka kelakar
. Kemudian, tanya soalan berkenaan cerita mereka. Contohnya, jika kawan anda bercerita “minggu lepas aku pergi camping kat Gua Tempurung. Best la camping kat sana.” Jadi anda patut tanya, ” o ye ke… apa kau buat kat sana…?”
Dengan bertanya begitu, ia akan memberi peluang kepada kawan anda untuk bercerita tentang pengalaman beliau. Kawan-kawan anda akan rasa seronok kerana dapat bercerita dan apa yang bagusnya, mereka akan rasa seronok bila berada bersama anda. Setiap kali mereka lakukan apa2 aktiviti, mereka akan teringat kepada anda kerana mereka tidak sabar mahu ceritakan kepada anda. Bukankah bagus begitu?
Mon 12 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Soft SkillsNo Comments
Sabtu lalu saya berpeluang berdiri di hadapan mahasiswa dan mahasiswi Kolej Ke 14 Universiti Putra Malaysia. Mereka menganjurkan program yang bertajuk “Fight For the Future” iaitu program mengenai kerjaya selepas tamat pembelajaran. Saya memberi ceramah pembukaan yang bertajuk “Kenali Potensi Diri”. Ini adalah tajuk yang sama saya bentangkan di UKM beberapa minggu lepas. Cuma semasa di UPM ini, masa sedikit terhad dan saya tidak sempat membicarakan kesemua 4 aspek dalam mengenali potensi diri kepada pelajar.
Saya sebenarnya sangat kagum melihat pelajar menganjurkan program-program sebegini. Program di UPM (dan juga di UKM dan UM) dianjurkan sendiri oleh para pelajar. Mereka uruskan
semua perkara termasuk mencari penceramah, menetapkan topik dan juga menguruskan semua kerja yang perlu dijalankan pada hari program.
Ini adalah gambaran kepada potensi sebenar pelajar. Para pelajar sebenarnya boleh berdikari dalam melakukan sesuatu. JIka mereka boleh lakukan semasa di universiti, mereka pasti boleh lakukan di alam pekerjaan juga.
Tahniah saya ucapkan kepada urusetia dan semua mahasiswa mahasiswi yang menjayakan program sebegini. Saya percaya serba sedikit, anda semua telah melihat potensi yang ada dalam diri anda semua. Tahniah!!
p/s Tahniah juga kepada wakil pelajar yang memberi ucapan menggantikan pengarah program. Saya puji beliau kerana kelihatan yakin semasa memberi ucapan (walaupun beliau mungkin rasa berdebar ketika itu
) dan sentiasa tersenyum manis semasa berucap. Tahniah!
Sun 11 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Soft Skills[4] Comments
Pada hari Jumaat lalu, saya mengendalikan satu program dengan tajuk diatas. Peserta program ini ialah mahasiswa dan mahasiswi di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Program ringkas ini bertujuan membuka minda peserta tentang apa yang boleh mereka lakukan selepas mereka tamat belajar. Secara khususnya, mereka didedahkan kepada satu teknik asas dalam mencari idea perniagaan.
Dalam masa yang singkat ini, saya cerita tiga langkah asas dalam mencari idea perniagaan yang menguntungkan dan cara untuk mengekalkan diri untuk meneruskan perniagaan walaupun menghadapi kesukaran.
Jika saya tanya anda, anda akan memilih untuk bekerja atau berniaga?…… Hmmm… jawapannya tentulah bergantung kepada banyak perkara bukan…… satu mesej yang saya cuba sampaikan kepada peserta program ini ialah…. membuat perniagaan boleh kelihatan sangat menyeronokkan kerana peluang pendapatan adalah tidak terhad dan peniaga biasanya banyak yang terluang untuk diri mereka sendiri. Namun, tahukah anda bahawa perjalanan dalam dunia perniagaan tidak selalunya lancar?
Dengan pengetahuan bahawa pasti akan ada halangan dan ujian dalam dunia perniagaan, saya ceritakan serba sedikit apa yang peserta perlu sediakan secara mental supaya usaha mereka untuk berjaya bergelar usahawan berjaya akan tercapai. Saya ucapkan selamat berjaya….!
Sat 10 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Soft SkillsNo Comments
Semalam saya ada memberi cadangan supaya menyertai program-program dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di tempat anda belajar. Selain daripada mendapat pengalaman dalam melakukan tugas, anda boleh belajar bagaimana cara mahu bergaul dengan baik dengan kawan-kawan anda. Jika anda menyertai aktiviti sebegini, kadangkala anda dapat berkenalan dan bergaul dengan pelajar-pelajar daripada sekolah. kolej atau universiti lain. Ini akan mengukuhkan lagi kebolehan anda untuk menyesuakan diri dan bergaul dengan orang daripada pelbagai latar belakang.
Hari ini, saya mahu anda lihat kawan-kawan disekeliling anda. Adakah anda ada ramai kawan? Atau, adakah anda mempunyai ramai musuh?
Ada pelajar yang mengadu kepada saya bahawa di sekolah beliau banyak pelajar yang jahat, sakit hati, dengki dan sebagainya. Disebabkan itu, beliau tidak suka bergaul dengan pelajar-pelajar disekolah beliau. Pernahkah anda rasa begini?
Hmm… mungkin ada pelajar yang nakal atau tidak berdisiplin di sekolah anda. Namun, jika anda langsung tidak mempunyai kawan walau ke mana-mana sahaja anda pergi, masalahnya mungkin berada pada kawan-kawan disekeliling anda. Maksud saya, mungkin andalah masalahnya!
Begini, apabila anda tidak mempunyai ramai kawan, anda patut kaji apakah sebabnya. Apakah benar pelajar-pelajar lain semuanya sombong hingga tidak mahu berkawan dengan anda? Atau, adakah sesuatu yang anda suka lakukan hingga tidak ada pelajar yang suka mendampingi anda?
Anda perlu berhati-hati, jika anda suka lakukan sesuatu yang membuat pelajar lain tidak sukakan anda, anda mungkin akan bawa perangai itu hingga anda masuk ke alam pekerjaan. Ini akan beri kesan yang tidak baik kepada anda nanti. Jadi, saya akan kongsikan minggu depan beberapa tips dalam mengelakkan diri anda daripada melakukan sesuatu yang boleh membuat anda dibenci oleh kawan-kawan di sekeliling anda…….
Fri 9 Feb 2007
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Soft SkillsNo Comments
Tahukah anda, menurut satu kajian di negara barat, lebih 80% pekerja dibuang kerja bukan disebabkan oleh masalah tidak pandai melakukan kerja. Tetapi mereka dibuang kerana mereka mempunyai masalah dalam sikap terutamanya masalah dalam bergaul dengan rakan sekerja.
Semasa anda berusaha untuk berjaya di zaman persekolahan dan universiti, anda lakukan untuk kejayaan peribadi anda. Anda bekerja keras belajar dan mengulangkaji dan hasilnya anda mendapat kejayaan individu. Di tempat kerja, kejayaan anda bukanlah kejayaan individu. Anda perlu bekerjasama dengan pekerja lain untuk mencapai kejayaan secara berkumpulan. Jika anda tidak biasa dengan cara bekerja dalam berkumpulan, anda akan rasa janggal dan susah untuk menyesuaikan diri.
Lebih teruk lagi, jika anda masih terbawa-bawa sikap anda di zaman persekolahan di mana anda suka bekerja sendirian tanpa campur tangan orang lain. Anda perlu ingat, teknik dan strategi anda di masa lalu tidak menjanjikan kejayaan di masa akan datang. Maksudnya, untuk berjaya, anda perlu sentiasa sesuaikan strategi dan teknik anda dengan keadaan yang baru.
Disebabkan itu, saya cadangkan anda menyertai persatuan atau apa-apa projek yang dijalankan di tempat anda belajar. Mungkin ada projek mengutip derma, projek hari sukan, projek kembara, projek kempen membaca dan sebagainya. Banyak perkara anda boleh pelajari apabila anda menyertai projek atau program sebegini.
Satu contoh perkara yang saya ingin anda belajar semasa menyertai aktiviti di tempat anda belajar ialah:
- Teknik berbincang di dalam kumpulan atau dalam mesyuarat. Perhatikan, adakah mudah untuk berbincang di dalam sesuatu perbincangan atau dalam sesuatu mesyuarat? Apakah masalah-masalah yang mungkin timbul apabila sekumpulan pelajar duduk berbincang tentang sesuatu yang hendak dilakukan? Katakan kalau ada guru yang turut serta dalam perbincangan itu, adakah perbincangan itu menjadi semakin sukar atau senang?
Ada masanya, anda tidak perlu tunggu hingga ada mesyuarat rasmi untuk perhatikan perkara ini. Anda boleh lihat juga ketika anda lakukan perbincangan kumpulan atau semasa anda melakukan belajar berkumpulan (study group). Jadi hari ini, fikirkan tentang soalan yang saya berikan sebentar tadi. Kita akan sambung perbincangan ini esok.
« Previous Page — Next Page »