Sun 16 Sep 2007
Sabtu 15 September bersamaan 3 Ramadhan, saya telah diundang oleh ahlijawatankuasa MEDCY, sebuah persatuan jurusan perubatan Matrkulasi Universiti Islam Antarabangsa, untuk menjalankan program Bengkel Kemahiran Belajar SmartStudy. Ini kali pertama saya menjalankan program untuk persatuan ini. Pendapat pertama saya ialah, persatuan ini sangat hebat kerana dapat menjalankan dan menganjurkan program walaupun dalam bulan Ramadhan. lebih mengejutkan lagi, ini adalah program berbentuk bengkel kemahiran belajar pertama anjuran mereka. Tahniah saya ucapkan terutama sekali kepada Ain, Anas dan Farouk yang banyak berurusan dengan saya semasa program dijalankan.
Program sehari ini menyentuh beberapa kemahiran utama untuk menjadi pelajar cemerlang di universiti. Dalam ucapan pembukaan saya, saya ucapkan tahniah kepada peserta yang menyertai
program ini. Mengapa? Dahlah program ini dijalankan pada hari Sabtu (hari di mana pelajar boleh pilih untuk pulang kerumah, peserta pula perlu membayar yuran penyertaan.
Dengan membuat pilihan untuk datang belajar, ia menunjukkan peserta sudah mempunyai satu semangat dan ciri-ciri pelajar cemerlang. ramai lagi pelajar lain yang membuat pilihan untuk tidur di bilik pada pagi sabtu atau pulang ke rumah. Tambahan pula hari tersebut adalah hari puasa, tentu lebih banyak alasan boleh diberikan untuk tidak hadir.
Ditambah pula ada yuran penyertaan,semakin banyak alasan pelajar beri untuk tidak hadir. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, pelajar lebih rela membelanjakan duit mereka untuk bahan hiburan atau prepaid
handphone daripada membelanjakan ke arah pendidikan. Sebab itulah terlalu kecil jumlah pelajar (walaupun di peringkat universiti) yang berbelanja dengan membeli buku-buku yang berbentuk pembangunan diri.
Jadi, sekali lagi tahniah kepada ahli jawatankuasa MEDCY dan semua peserta yang berjaya menjadikan bengkel kemahiran belajar SmartStudy ini satu kenyataan.
Saya sendiri merasa sangat gembira melihat kesungguhan anak bangsa saya sendiri berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Ini adalah kerana pada zaman ini, kita tidak lagi boleh bergantung atas bantuan orang lain untuk berjaya. Untuk memastikan kita berjaya, kita sendiri yang mesti usahakannya.
Itu juga nasihat saya kepada semua peserta program ini. Untuk berjaya, berhenti merungut dan menyalahkan orang lain. Merungut dan menyalahkan orang lain tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Selamat berjaya!
Kepada semua pelajar tahun 6, hari ini merupakan hari yang sangat penting buat mereka. Hari peperiksaan UPSR bermula. Ini bermakna, segala persiapan yang telah dibuat selama ini akan teruji hari ini. Segala penat dan lelah semasa belajar akan dapat dilihat hasilnya tidak lama lagi.
asyik lihat puncak gunun, anda mungkin akan langgar semua batu kecil di hadapan anda yang mungkin menyebabkan anda gagal sampai ke puncak.
Sejak Sabtu lalu hingga semalam, saya berada di Johor Baru bagi menjayakan program ‘Pecutan Akhir’ bagi Yayasan Bandaraya Johor Baru dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wangsa. Selama beberapa hari saya tinggal di hotel berhampiran bangunan Kotaraya Johor Baru. Itu bermakna, makan tengahari, minum petang atau makan malam, saya sentiasa ke bangunan Kotaraya ini. Bangunan ini sudah tidak asing lagi buat saya kerana disitulah letaknya pejabat Unit Bestari Johor Corporation. Bulan ini sahaja sudah 2 kali saya mengadakana program bersama mereka.
Program Pecutan Akhir sebenarnya adalah program yang menerangkan apa yang pelajar perlu lakukan menjelang peperiksaan utama. Banyak ketikanya, pelajar merasa buntu dan tertekan menjelang peperiksaan hingga tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan. Lebih buruk lagi, jika mereka terlalu tertekan dan buntu, mereka mungkin akan hilang keupayaan untuk menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Di zaman saya bersekolah dulu, saya ada dengar kisah pelajar yang langung ‘blank’ dalam dewan peperiksaan hingga dia tidak sedar langsung apa yang dia lakukan semasa peperiksaan. Akhirnya, setelah keputusan peperiksaan untuk kertas itu keluar, dia gagal dan yang lebih memeranjatkan, dia cuma menghantar kertas kosong. Pelajar ini langsung tidak ingat yang dia sendiri menghantar kertas kosong disebabkan fikirannya yang ‘blank’ semasa peperiksaan itu.
Sejak bulan Mac 2007, saya menulis ruangan teknik belajar di majalah Fokus SPM terbitan Karangkraf Sdn Bhd.. Karangkraf sudah agak terkenal kerana menerbitkan banyak bahan bacaan terutamanya majalah. Buat kali pertama pada minggu lalu, saya berpeluang mengendalikan satu program SmartStudy bersama anak-anak kakitangan di Karangkraf ini.
Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Karangkraf, Tuan Haji Hussamudin Haji Yaacob. Beliau memberikan ucapan dan kata-kata perangsang yang sangat bermakna buat para peserta program ini.
Pada 18 Ogos yang lalu, saya buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Universiti Darul Iman sebagai penceramah untuk program kecemerlangan pelajar. Sebenarnya, itu bukanlah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Universiti tersebut yang lebih dikenali dengan nama Kusza (Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin). Saya dibesarkan di Terengganu dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Jiring Kuala Terengganu. Sekolah saya itu dekat benar dengan Universiti Darul Iman ini. Malah, salah satu pilihan saya untuk melanjutkan pelajaran satu ketika dulu ialah Univerisiti Darul Iman ini.
Dalam program sehari ini, saya telah kongsikan beberapa pengalaman saya sendiri sebagai pelajar dan beberapa petua yang boleh pelajar amalkan untuk berjaya. Saya rasa sangat lega apabila melihat semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar dalam program ini. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai kemahuan dan semangat yang diperlukan untuk berjaya dengan cemerlang suatu hari nanti.
Kepada para peserta program di UDM ini, semoga anda berjaya mencapai semua cita-cita yang telah anda tuliskan semasa program tersebut. Jika ada kesempatan, kita akan berjumpa lagi di dalam program yang akan datang. Selamat berjaya!
Setiap tahun pelajar UPSR dahulu yang akan menghadapi medan penguji tahap pengetahuan
mereka setelah 6 tahun berada di sekolah kebangsaan. Bagi saya sendiri, sekolah kebangsaan merupakan satu asas dan persediaan bagi menghadapi cabaran yang lebih mencabar dan menarik di sekolah menengah kebangsaan.
Selamat Bersedia Menghadapi Peperiksaan UPSR
Apakah cita-cita sebenar anda? Maksud saya, jika tidak ada halangan untuk anda jadi apa sahaja, apakah akan anda pilih sebagai cita-cita? tukang masak? Mekanik? Usahawan? Doktor? Kontraktor?
Beberapa minggu kebelakangan ini saya sangat banyak menjalankan program pelajar dari usia 8 tahun hinggalah ke pelajar di peringkat universiti. Malah, terdapat juga beberapa aktiviti yang saya jalankan untuk orang dewasa dari usia 25 tahun hinggalah yang sudah bersara.
Pernahkah anda dengar mana-mana pelajar yang didenda guru disiplin dan berkata, “Semua cikgu disiplin memang macam ni, suka je nak rotan orang!” Atau
Rabu lalu saya berada di Kota Tinggi Johor bagi menjayakan Projek Mutiara Johor yang dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia(PERDASAMA) Nasional. Projek ini dirasmikan oleh Menteri Besar Johor YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Othman. Projek ini dihadiri oleh Presiden Perdasama Nasional Dato’ Moehamad Izat Emir dan juga YB Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Osman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Negeri Johor.
Dalam sesi ceramah saya ini, saya terangkan 3 langkah untuk membuat proses pembelajaran menjadi sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Langkah pertama ialah ‘hapuskan halangan minda’. Jika anda rasa belajar itu tidak seronok, membosankan malah menyakitkan, anda mungkin mempunyai halangan minda terhadap proses pembelajaran. Mungkin anda selalu gagal atau tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Ini menyebabkan wujud halangan minda dalam diri anda hingga anda tidak suka kepada proses pembelajaran. Jadi, selepas anda hapuskan halangan minda anda, anda akan rasa belajar itu adalah sesuatu yang mudah dan sangat menyeronokkan.