Thu 28 Jun 2007
7 Petua Memikat Hati Rakan Sebaya - petua 3
Posted by Osman Affan under Motivasi , Soft SkillsNo Comments
Petua yang ketiga ini adalah petua termudah tetapi selalunya paling susah diamalkan. Petua ketiga berbunyi, “SENYUM”. Mudah bukan?
Senyuman yang manis dan mesra mempunyai satu keajaiban. Ia boleh menyampaikan mesej kemesraan dan keceriaan. Sebagai contoh, jika anda selalu tersenyum, anda akan menarik kawan-kawan yang ceria disekeliling anda. Ini adalah kerana, kawan-kawan yang ceria selalu tertarik dengan kawan-kawan yang kelihatan ceria juga. Sebaliknya, jika anda selalu bermasam muka, anda akan dijauhi kawan-kawan anda.
Persoalannya, bagaimana mahu senyum jika anda selalu ada masalah? Ya, saya faham, bila anda ada masalah, anda akan mudah bermasam muka. Apabila anda bermasam muka, anda akan rasa sedih dan marah. Ini akan membuat lebih ramai lagi kawan-kawan menjauhi anda. Jalan penyelesaian yang mudah ada sebenarnya. Begini:
- Jika anda sedang dilanda masalah dan mula merasa sedih, cuba anda senyum. Senyum betul-betul seperti anda sedang merasa gembira.
- Sambil anda senyum, wujudkan rasa gembira di dalam diri anda. Bayangkan satu situasi di mana anda merasa gembira dan seronok. Kekalkan imaginasi yang menggembirakan itu sepanjang anda tersenyum tadi.
- Bergerak seperti orang yang sedang gembira. Mulai hari ini, lihat di sekeliling anda. Lihat bagaimana orang yang sedih bergerak dan bagaimana pula orang yang sedang gembira bergerak. Tiru pergerakan orang yang sedang gembira dan anda akan rasa perasaan yang sama.
Apabila anda mula amalkan sikap yang mudah tersenyum, anda akan kelihatan mesra dan mudah didekati. Saya selalu perhatikan kawan-kawan saya yang mudah tersenyum. Walaupun mereka kadangkala ada masalah tersendiri, mereka pandai mengasingkan masalah mereka daripada kehidupan seharian mereka. Mereka sentiasa tersenyum dan mudah pula ketawa. Mereka ini mempunyai kawan yang ramai.
Apa yang boleh anda lakukan ialah berlatih untuk mudah tersenyum. Jika selama ini anda memang susah hendak tersenyum, latih diri anda setiap pagi untuk senyum di depan cermin. Wujudkan rasa seronok di dalam diri anda apabila anda senyum. Insyaallah, anda akan dapati semakin ramai kawan-kawan rapat kepada anda.
Petua kedua ialah, anda perlu menghargai apa-apa sahaja pertolongan atau pemberian kawan-kawan anda. Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda memberikan kawan anda sesuatu dan dia kelihatan seperti tidak kisah dan tidak kelihatan gembira dengan pemberian anda? Apa yang anda rasakan ketika itu?
Apabila anda menunjukkan tanda-tanda bahawa sesuatu yang anda terima itu tidak penting, anda akan melukakan hati kawan anda itu.. Apabila ini berlaku, anda mungkin tidak akan menerima apa-apa lagi daripada dia atau hubungan anda dengannya akan menjadi renggang.
Petua pertama berbunyi, “Timbulkan rasa minat dalam diri anda untuk mengetahui tentang cerita dan kisah kawan-kawan anda.” Bayangkan anda ada dua orang kawan rapat. Kawan pertama ini suka benar mendengar cerita-cerita anda. Apabila anda pergi ke mana-mana atau lakukan sesuatu, kawan anda ini suka mendengarnya. Dia kelihatan khusyuk mendengar setiap kali anda bercerita atau berbual dengannya tentang diri anda.
Maksud petua ini begini. Jika anda ada rasa minat dan menunjukkan rasa minat anda mengenai apa yang kawan-kawan anda ceritakan, anda akan disukai oleh kawan-kawan anda. Kawan-kawan akan mencari anda apabila mereka ada sesuatu yang hendak diceritakan. Apabila mereka pergi ke mana-mana tempat yang istimewa, mereka akan teringat kepada anda. Malah, mungkin mereka akan dapatkan sesuatu untuk anda sebagai cenderahati.
Assalamualaikum w.b.t…….. hmmm… hari ni kita mulakan dengan nada yang berbeza…. apabila saya tulis perkataan memikat, apakah yang bermain di fikiran anda? Saya percaya ramai antara anda yang akan terfikir tentang lelaki memikat wanita atau sebaliknya. Bukan itu yang saya maksudkan sebenarnya…namun, ia boleh juga jadi begitu jika teknik-teknik ini digunakan.
Sepanjang pengalaman saya belajar di merata-rata tempat di Malaysia, pasti ada saya jumpa pelajar yang saya gambarkan ini. Apa yang saya sedar ialah, pelajar ini tidak bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa atau membuat orang disekelilingnya memandang serong kepadanya.
Kebetulan pula, sebaik sahaja saya habis bercerita tentang 21 tips Microsoft Power Point, saya dijemput mengendalikan satu sesi mengajar teknik presentation menggunakan perisian ini oleh UIA, Gombak. Di dalam program ini, saya juga terangkan asas-asas dalam membuat presentation (untuk assignment dan course subject) supaya mahasiswa dan mahasiswi mendapat perhatian dan mendapat markah yang tinggi daripada pensyarah.
Tip ke 20 ini amat mudah. Tip ini kata, “Keep on trying”, teruskan mencuba. Mengapa saya beri tip ini? Mudah sahaja.
dilakukan. Jadi dia serahkan kepada pelajar untuk melakukannya dengan cara masing-masing.Pensyarah cuma akan memeriksa portfolio ini setiap 4 minggu. Oleh kerana modul ini mengambil masa 3 bulan, jadi pensyarah akan memeriksa portfolio ini sebanyak 3 kali.
dalam kelas. Apabila saya mahu hantar untuk diperiksa, pensyarah saya suruh saya hantar akhir sekali nanti. Akhirnya, bila tiba saya menghantar portfolio saya, pensyarah meminta saya berdiri di hadapan dan ceritakan kepada kelas bagaimana saya buat keseluruhan portfolio saya itu. Ada antara pelajar seperti tidak percaya apa yang saya tunjukkan itu menggunakan microsoft powerpoint. Mereka sangka saya gunakan perisian lain.
Kadang-kadang, anda tidak perlu tulis isi yang anda mahu katakan. Anda boleh letakkan gambar. Gambar sangat menarik jika anda gunakan. Contohnya, dalam program saya, ada saya ceritakan tentang sejenis ulat bulu yang suka berjalan mengikut ulat bulu yang lain. Ulat bulu ini dinamakan ‘processionary caterpillar’. Jadi, untuk mengingatkan saya sendiri supaya bercerita tentang ulat bulu ini, saya letakkan gambar ulat bulu ini di slide yang berkenaan. (Di mana mahu cari gambar begini? Mudah sahaja, cari di enjin pencari