tuition“Cikgu….macam ni cikgu……” Kata ibu pelajar tu.

 ”Saya panggil cikgu ni nak suruh cikgu ajar anak saya sampai habis semua silibus sekolah tu. Saya tak suka bila cikgu bagi latihan-latihan macam ni. Kalau nak bagi latihan, kat luar waktu kelas pun boleh. Saya bayar ikut jam….” Sambungnya lagi.

Badan saya dah panas sejuk. Saya tahu saya takkan suka apa yang akan saya dengar. Pelajar tadi hanya menundukkan kepala sambil terus membuat latihan seperti dia tidak mendengar apa yang ibunya katakan.

“Saya bayar cikgu mahal, 40 sejam tau. Dua jam dah 80 ringgit. Tu gaji saya sehari tu.” kata ibu pelajar itu lagi.

Badan saya yang panas sejuk tadi dah makin lembik. Kalau ada pilihan, mau je saya lari keluar daripada rumah tu.

“Saya nak cikgu ajar semua topik biar habis. Latihan tak payah buat. Kalau buat latihan macam ni, rugi la saya bayar.”

Pening kepala saya mendengar perkataan bayar, rugi, mahal ni….. dalam hati saya terfikir, ibu pelajar ni tahu ke apa yang saya buat? Dia tahu ke saya sibuk mencari kelemahan pelajar tu yang boleh saya perbaiki? Dia tahu ke, apa gunanya mengajar sesuatu yang pelajar tu dah tahu sebab itu takkan membantu menaikkan prestasinya. Saya terus mendengar…..

tuitionSaya rasa saya dah lupa apa lagi katanya. Tapi apa yang selalu bermain di ingatan saya ialah bagaimana air muka saya jatuh di depan anak murid baru saya. Setelah ibu pelajar itu habis bercakap, saya ingat saya ada kata, “Takpe lah kak, sesi ni kakak nak bayar separuh je pun takpe. Tak pun tak payah bayar, biar saya yang tanggung sesi ni.”

Saya rasa tidak ada situasi yang tidak baik ketika itu. Saya pun bukan jenis yang panas baran atau mudah berkasar. Tetapi, saya melangkah keluar dengan perasaan yang sangat kecewa.

Saya pulang ke pusat tuisyen saya. Tunang saya ketika itu (Sekarang isteri saya :) ) boleh lihat air muka saya yang tidak ceria. Bermula petang itu hingga lebih kurang pukul 10 malam, kepala saya tidak henti berfikir. Adakah saya mahu teruskan mengajar home tuition ini? Adakah patut saya katakan sesuatu untuk menjelaskan apa yang saya telah lakukan sebenarnya? Akhirnya, saya telefon salah seorang cikgu saya yang aktif membuat home tuition. Saya minta dia menggantikan saya mengajar pelajar itu. Saya minta cikgu tu meninggalkan pesan saya kepada ibu pelajar bahawa dia tidak perlu membayar apa-apa sesi 2 jam petang tadi. Saya buat keputusan ketika itu juga bahawa, “Saya bersara daripada membuat home tuition!“…….