Kita rehat seketika daripada tips bercakap dikhalayak ramai. Kita akan sambung semula pada hari Isnin ini. Hari ini, saya nak ceritakan tentang soft skills.

albayanBeberapa hari lepas, saya menemani Dr Irfan menghadiri temuramah rancangan RTM Al-Bayan. Episod itu membincangkan tentang penagnggur terhormat. Rancangan ini dikendalikan oleh sahabat saya juga Fadzli Yusuf. Fazli ni junior saya di Kolej Islam Sultan Alam Shah dulu, tetapi tak sempat berkenalan kerana tahun beliau memasuki KISAS (1996), saya sudah tamat belajar di KISAS dan memulakan pengajian A-Level di Shah Alam.

Mungkin anda juga sudah tahu bahawa Fazli Yusuf adalah penulis buku-buku Resipi Kejayaan. JIka anda bercadang mahu memulakan tabiat membaca, buku-buku Fazli adalah tempat yang elok untuk bermula. :)

Berbalik kepada episod penganggur terhormat tadi, satu persoalan yang menarik perhatian saya semasa perbincangan dijalankan ialah, apakah caranya untuk pelajar universiti meningkatkan ’soft-skills’ atau kemahiran selain akademik mereka? Contoh soft-skill yang boleh dimiliki oleh pelajar adalah banyak sebenarnya seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, pengurusan kerja, kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagainya. Berita baiknya, terdapat banyak peluang di universiti untuk para pelajar mengasah bakat mereka. Malah, bukan sahaja di universiti, soft-skill pelajar boleh diasah bermula dari sekolah rendah lagi sebenarnya.

Selepas saya habis bincangkan tentang tips bercakap dikhalayak ramai nanti, insyaallah saya akan berikan tips-tips bagaimana anda boleh mula mengasah kemahiran yang boleh membantu anda mencari pekerjaan atau bagi yang sudah bekerja, bagaimana caranya untuk mengasah kemahiran anda supaya majikan lebih sayangkan anda. Malah, setelah mengasah kemahiran ini semua, anda mungkin tidak perlu lagi mencari pekerjaan kerana anda sudah boleh mencipta pekerjaan anda sendiri. :)